kesusastraan jawa kuno

 



 

Kesusasteraan

tulisan atau karangan
yang indah bahasanya
dan baik isinya.


Perkembangan kesusasteraan Jawa bermula dengan kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur Hindu yang amat ketara terutamanya di dalam puisinya yang dipanggil kekawin.
Namun begitu unsur Hindu menjadi semakin berkurangan pada zaman kesusasteraan Jawa Tengahan.
Pengarang mula mencari jati dirinya dengan menggunakan unsur-unsur tempatan yang terdapat di sekeliling mereka.
Pada zaman Kesusasteraan Jawa Baru yang dikenali sebagai zaman Surakarta awal muncul bentuk penulisan baru.
Pada zaman ini karya sastera Jawa Kuno telah di salin semula dalam bentuk Jawa Baru, manakala dalam kesusasteraan Jawa Moden pula Balai Pustaka telah berperanan penting dalam menerbitkan buku-buku untuk bacaan kanak-kanak.

 

 

LATAR BELAKANG
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN JAWA

Oleh: yusmilayati


>>Kesusasteraan Jawa Kuno

 

Kesusasteraan Jawa

 

Menurut kepercayaan masyarakat awal Jawa, kesusasteraan adalah puisi. Justeru itu dalam kesusasteraan Jawa umumnya, hasil sastera banyak sekali ditulis dalam bentuk puisi berupa kekawin, kidung dan tembang. Sastera klasik yang adiluhung ini merupakan warisan dari generasi-generasi terdahulu. Jenis sastera ini sebahagian besarnya tersusun dalam bentuk puisi, yang pada mulanya memang dimaksudkan untuk dinyanyikan dan didengarkan sedangkan prosa yang diakui nilai sasteranya hanya tersedia bagi mereka yang mampu membaca bahasa Belanda, dan dicadangkan untuk golongan elit sahaja.

Bidang kesusasteraan tidak sepatutnya mempunyai tahap-tahap pemisahan seperti adanya pengaruh-pengaruh tertentu karena pengaruh di dalam Kesusasteraan itu sering berlanjutan. Di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional juga terdapatnya pengaruh-pengaruh sesuatu peradaban seperti Hindu, Jawa, Islam dan Barat. Begitu juga halnya dengan Kesusasteraan Jawa yang dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan kepada penggunaan bahasa dan bentuk penulisan.

1. Kesusasteraan Jawa Kuno ¨C mulai kira-kira abad 8 Masihi sehingga awal Zaman Majapahit.
2. Kesusasteraan Jawa Tengahan ¨C mulai pada zaman kegemilangan Majapahit sehingga abad 17.
3. Kesusasteraan Jawa Baru ¨C bermula pada abad 18 (Surakarta awal sehingga Pujangga     Ranggawarsita.)

Selain pembahagian tersebut terdapat pembahagian yang mengikut zaman yaitu berdasarkan karya-karya yang dicipta.

1. Karya-karya zaman Hindu.
2. Karya-karya zaman Majapahit.
3. Karya-karya zaman Islam.
4. Karya-karya zaman Mataram.

Dalam kajian ini saya lebih tertarik untuk menghuraikannya seperti dalam bahagian pertama kerana ia lebih jelas dan mudah difahami.

.

 

Pembentukan candrasangkala itu mempunyai dasar atau pedoman yang disebut guru.
Guru itu mempunyai lapan bentuk iaitu:

i.    Guru ¨C dasanama. Jika ertikata sama atau bersamaan dengannya maka nilai bilangannya sama pula.
ii.   Guru ¨C sastra. Jika tulisannya sama meskipun ertinya tidak sama mempunyai nilai bilangan yang sama,
      misalnya : esti ¨C gajah, esti ¨C fikiran ¨C 8.
iii.  Guru ¨C wanda. Jika wanda, katanya ada yang sama nilai bilangannya, misalnya : dadi dan waudadi ¨C 4.
iv.  Guru ¨C wanga. Jika segolongan, sekeluarga maka nilai bilangannya sama pula, misalnya : ular, buaya,
       kerana termasuk reptilia maka sama-sama mempunyai nilai 8.
v.    Guru ¨C karja. Sesuatu barang yang af¡¯al (perbuatannya) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : mripat (mata)        dengan mandeng (melihat) sama dengan 2, pendeta dengan pitutur (nasihat) sama dengan 7.
vi.   Guru ¨C sarana. Sarana atau alat nilai bilangannya sama dengan penggunannya, misalnya : ilat (lidah) dengan rasa (perasaan)        sama dengan 6.
vii.  Guru ¨C darwa. Sifat-sifat barang mempunyai nilai bilangan yang sama dengan barang yang mengandungi sifat itu, misalnya :        panas dengan geni (api) sama dengan 3.
viii. Guru ¨C djarwa. Kata dengan tafsiran (sama djarwa) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : retu (kata susastera)        oleh djarwanya : obah, oreg, geger (gempur dan sebagainya) sama dengan 6.

 

1