Nama dan Watak Tembang

Nama Tembang
Watak Tembang
 Kinanti
Senang, kasih, dan cinta. Tujuannya untuk menghuraikan ajaran falsafah, cerita yang bersuasana asmara dan keadaan mabuk cinta.
 Pucung
Kendur, tanpa perasaan yang memuncak. Tujuannya untuk cerita yang tidak bersungguhan.
 Asmaradana
Memikat hati, sedih kerana asmara. Tujuannya untuk menceritakan kisah asmara.
 Mijil
Melahirkan perasaan. Tujuannya untuk memberikan nasihat tetapi boleh juga digubah untuk orang yang mabuk asmara.
 Maskumambang
Patah hati, sedih dan merana. Tujuannya untuk melahirkan perasaan sedih, hati yang merana dan menangis.
 Pangkur
Perasaan hati yang memuncak. Tujuannya untuk cerita yang mengandungi maksud kesungguhan, memberi nasihat yang bersungguh-sungguh dan jika mabuk asmara akan sampai ke puncaknya.
 Sinom
Ramah tamah, meresap sedap. Tujuannya untuk menyampaikan amanat dan nasihat.
 Dhandhanggula
Halus dan lemas. Umumnya untuk melahirkan sesuatu ajaran, berkasih-kasihan juga untuk menutup sesuatu karangan.
 Durma
Keras, bengis dan marah. Tujuannya untuk melukiskan perasaan marah atau cerita perang, saling menentang dan sebagainya.
 Gambuh
Karib dan perasaan kekeluargaan. Tujuannya untuk melahirkan nasihat dengan bersungguh-sungguh.
 Megatruh
Sedih, asmara bercampur perasaan putus asa. Biasanya digunakan untuk perasaan kecewa, patah hati dan hati merana.
 Balabak
Sembrono. Tujuannya untuk suatu cerita yang melukiskan keadaan seenaknya.
 Wirangrong
Hati-hati dan berwibawa. Tujuannya untuk melahirkan perasaan terharu kerana terpikat dengan suatu hal yang mulia dan luhur.
 Jurudemung
Mewah dan genit. Biasanya untuk cerita yang berisi hiasan-hiasan dan sanjungan.
 Girisa
Penuh harapan. Tujuannya untuk melahirkan nasihat dengan harapan ia akan dilaksanakan oleh si pendengar atau si pembaca.

 

Contoh tembang dalam bentuk kinanti

Anoman mlumpat sampun (8u)
prapteng witing nagasari (8i)
mulat managandap katingal (8a)
wanodya ju kuru aking (8i)
gelung rusak awor kisma (8a)
ingkang iga-iga keksi(8i)

Terjemahannya:
Anoman telah melompat
sampai di atas pohon nagasari
melihat ke bawah terlihat
wanita cantik nan kurus kering
sanggul rosak bercampur tanah
tulang iganya kelihatan.

 

Dhandhanggula mempunyai sepuluh baris ayat dan suku kata bagi setiap barisnya tidak tetap. Contoh tembang bentuk ini seperti berikut:-

endyang ra winursita nenggih (10i)
dinten Senen Desember wulannya (10a)
kaping dwidasa tanggale (8e)
ing Balekota kumpul (7u)
Walikota Resden, tri Mantri (9i)
lan Pak Gatot Subrata (7a)
Militer Gupernur (6u)
Jendral major Pak Suharja (8a)
Pak Suraso dene kang dadi penulis (12i)
Sumardi aranira (7a)

Terjemahannya:-
Shahadan maka keesokan harinya
hari Isnin bulan Disember
tanggal (ke) dua puluh
di Balaikota berkumpullah
Walikota, Residen, tiga orang Menteri
dan Pak Gatot Subroto
Gabenor militer
Jeneral Mejar Pak Suharjo
dan Pak Suraso, adapun yang menjadi penulis
bernama Sumardi

 

Asmaradana mempunyai lapan baris dan setiap baris memupunyai lapan suku kata kecuali pada baris ke lima mempunyai tujuh suku kata. Contoh tembang bentuk ini seperti berikut:-

Anjasmara ari mami (8i)
Masmirah kulaka warta (8a)
Dasihmu tan wurung lajon (8a)
Aneng kuta Prabalingga (8a)
Prang tanding Wurubisma (7a)
Karija mukti wong aju (8u)
Pun kakang pamit parastra (8a)

Terjemahannya:-
Anjasmara adindaku (Damarwulan)
Juitaku dengarlah suatu khabar,
Kekasihmu tak urung akan mati,
Di kota Prabalingga,
Berperang melawan Wurubisma,
Selamat tinggal manisku,
Kakanda minta diri ke akhirat. Ibid.

 

 

 

 


 

Kesusasteraan

tulisan atau karangan
yang indah bahasanya
dan baik isinya.


Perkembangan kesusasteraan Jawa bermula dengan kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur Hindu yang amat ketara terutamanya di dalam puisinya yang dipanggil kekawin.
Namun begitu unsur Hindu menjadi semakin berkurangan pada zaman kesusasteraan Jawa Tengahan.
Pengarang mula mencari jati dirinya dengan menggunakan unsur-unsur tempatan yang terdapat di sekeliling mereka.
Pada zaman Kesusasteraan Jawa Baru yang dikenali sebagai zaman Surakarta awal muncul bentuk penulisan baru.
Pada zaman ini karya sastera Jawa Kuno telah di salin semula dalam bentuk Jawa Baru, manakala dalam kesusasteraan Jawa Moden pula Balai Pustaka telah berperanan penting dalam menerbitkan buku-buku untuk bacaan kanak-kanak.

 

 

>>Watak Tembang

LATAR BELAKANG
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN JAWA
Oleh: yusmilayati

 

Pembentukan candrasangkala itu mempunyai dasar atau pedoman yang disebut guru.
Guru itu mempunyai lapan bentuk iaitu:

i.    Guru ¨C dasanama. Jika ertikata sama atau bersamaan dengannya maka nilai bilangannya sama pula.
ii.   Guru ¨C sastra. Jika tulisannya sama meskipun ertinya tidak sama mempunyai nilai bilangan yang sama,
      misalnya : esti ¨C gajah, esti ¨C fikiran ¨C 8.
iii.  Guru ¨C wanda. Jika wanda, katanya ada yang sama nilai bilangannya, misalnya : dadi dan waudadi ¨C 4.
iv.  Guru ¨C wanga. Jika segolongan, sekeluarga maka nilai bilangannya sama pula, misalnya : ular, buaya,
       kerana termasuk reptilia maka sama-sama mempunyai nilai 8.
v.    Guru ¨C karja. Sesuatu barang yang af¡¯al (perbuatannya) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : mripat (mata)        dengan mandeng (melihat) sama dengan 2, pendeta dengan pitutur (nasihat) sama dengan 7.
vi.   Guru ¨C sarana. Sarana atau alat nilai bilangannya sama dengan penggunannya, misalnya : ilat (lidah) dengan rasa (perasaan)        sama dengan 6.
vii.  Guru ¨C darwa. Sifat-sifat barang mempunyai nilai bilangan yang sama dengan barang yang mengandungi sifat itu, misalnya :        panas dengan geni (api) sama dengan 3.
viii. Guru ¨C djarwa. Kata dengan tafsiran (sama djarwa) mempunyai nilai bilangan yang sama, misalnya : retu (kata susastera)        oleh djarwanya : obah, oreg, geger (gempur dan sebagainya) sama dengan 6.