MENU UTAMA
 HOME
INFO KAUNSELING
PROGRAM KAUNSELING
AKTIVITI SEMASA
DOWNLOAD
GALERI MENCUIT HATI
ARTIKEL PILIHAN
LINK / PAUTAN
SOAL JAWAP KAUNSELING
MUTIARA KATA

"Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
Sabda Rasulullah s.a.w.

love one self to love others

"Success is a journey not a destination. The doing is usually more important than the outcome. Not everyone can be Number 1"

Arthur Ashe

"Everyone has to learn to think differently, bigger, to open to posibilities."
Oprah Winfrey

"All things are POSSIBLE until they are proved imposible..."
Pearl S. Buck

Learn to see the unshown potential within.

"If you've made progress overcoming the
bad, it's time to start creating the good".


Melody Beattie

To be trusted
is a greater compliment
than to be loved.

- George MacDonald

"If you want to know your past, look into your present conditions.If you want to know your future look into your present actions."

"The Possibilities are unlimited as long as you are true to your life's purpose"
Marcia Wieder

think beyond yourself

"We must not allow other people's limited perceptions to define us."

Virginia Satir

KAUNSELING ONLINE

KAUNSELING INDIVIDU
 

KAUNSELING INDIVIDU                                                                                                  

oleh Hj. Mohamed Rafie Sabaktullah

  • Definisi
  • Pengenalan Kaunseling

Definisi

Kaunseling merupakan satu proses untuk membina perhubungan di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berdasarkan etika kaunseling.

Kaunseling individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (campur tangan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri. (Cawangan Kaunseling dan Keutuhan BSM, KPM 2006)

 

Pengenalan Kaunseling

Dalam realiti kehidupan, tiada seorang manusia normal di dunia ini yang tidak mempunyai masalah. Tidak kira masalah yang dihadapi besar atau kecil, ia akan tetap mengambil ruang kepada kestabilan mental individu dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Ada yang menerima masalah dan tekanan tersebut sebagai ujian dan dugaan daripada Ilahi malah tidak kurang juga yang menyalahkan takdir Tuhan.

Tekanan dalam menghadapi permasalahan ini pula berbagai dan bergantung kepada kekuatan mental individu tersebut. Antara langkah yang boleh digunakan dalam meredakan tekanan tersebut adalah melalui kaedah kaunseling.

Menurut Blocher (shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Burk dan Steffire (George & Cristiani,1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien.  Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu.  Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap kehidupan, dan belajar manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai.  Kaunselor perlu berpandangan terbuka.  Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.

Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Manakala Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Tidak dapat disangkal, membicarakan mengenai kaunseling, lazimnya tidak dapat lari daripada teori, kaedah dan teknik kaunseling yang dibawa dari Barat. Nama-nama seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis sangat sinonim dengan ilmu kaunseling sehinggakan terdapat pandangan negatif yang melihat kaunseling seringkali mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia, iaitu elemen agama mahupun kerohanian (Sapora Sipon: 2005).

Ahli-ahli Psikologi Barat kini sendiri telah memperakui sekaligus menidakkan teori Freud dan rakan-rakan sezamannya mengenai perkaitan antara agama dan masalah psikologikal ini. Keperluan agama dalam merawat masalah psikologikal diakui oleh West (2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dilihat serta diakui sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Kajian oleh Glaser dan Bozarth (2001) mendapati kerohanian yang positif adalah sangat perlu untuk perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. Individu yang mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi interpersonal dan emosi individu.

Berkesannya kaunseling berpendekatan Islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah s.w.t., hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.

Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan empat perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu (www.pkpim.net).

1.Pembangunan Roh

Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.

2. Pembangunan Akal

Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada Allah yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan, juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan.

3. Pembangunan Hati

Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah s.w.t.

4. Pengimbangan Nafsu

Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa.

Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas kesihatan mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih mengikut kesejahteraan mental daripada yang lain (Jensen & Bergin, 1988).

Agama juga berperanan sebagai satu mekanism untuk membantu menghadapi kesukaran kehidupan. Ini kerana institusi keagamaan dan sistem kepercayaan berfungsi sebagai satu mekanism yang bersifat pencegahan. Banyak bukti empirikal mencadangkan kepercayaan agama, latihan dan institusi menjadi berkesan dengan peranan pencegahannya. Penglibatan agama yang diukur melalui pelbagai cara dilihat mengurangkan kejadian membunuh diri, penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta perpecahan keluarga (Payne, Bergin, Bielema & Jenkins, 1992).

Sources:

  • Brosur Cawangan Kaunseling dan Keutuhan
  • Bahan Ceramah Institut Aminudin Baki
  • www.pkpim.net (Portal Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
 


                                                                

 
 
PENAFIAN

Isi kandungan dalam laman ini tidak menggambarkan pendirian Jabatan Pelajaran Sabah. Pengelola laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

EMAIL WEBMASTER

webmaster
kindly send me email

ARTIKEL KAUNSELING
  ARTIKEL

KENALI KAUNSELOR ANDA...
Cr. MOHD MAKHTAR BIN HJ NOR
Cr. NAIMAH BINTI HJ. DIN
HJ. MOHD RAFIE SABAKTULLAH
Cr. HJ ABDUL NASIL BIN TAIBON
EN. FADZIL BIN JAMIL
EN. AZIZ BIN LAZIM
EN. DATU SAINUDDIN  D. HUSIN
PN. HALIMAH BTE ISMAIL
EN. MOHD ANIS BIN TAHIR
TN HJ SHAPAWI BIN SALLEH
KUIZ MINAT MOTIVASI

 

Anda berada di tengah rumah dan terpaksa membuat satu keputusan segera bagi mengambil tindakan mengikut keutamaan berdasarkan senario yang berlaku serentak seperti berikut:

1. Pintu rumah diketuk-ketuk dengan kuat bertubi-tubi

2. Anak kecil di ayunan menangis sekuat hati

3. Telefon Bimbit anda berdering berulang-ulang

 4. Air Pili/Paip tercurah dengan deras sekali di bilik basuh

 5. Kain/Pakaian di jemuran mula dibasahi dengan hujan lebat yang tiba-tiba turun

SOALANNYA...

  Bayangkan anda dalam situasi itu, apakah tindakan yang mula-mula sekali anda pilih?
Klik Pilihan Anda pada senario yang berlaku di atas untuk menegetahui maksud tersirat di sebaliknya.....