Bidang tugas pegawai PTD adalah merancang, mentadbir, mengurus dan mengawalselia hampir setiap bidang aktiviti kerajaan. Pegawai PTD juga merupakan pemimpin kepada kesemua kementerian dan jabatan-jabatan utama serta pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Dari segi tugas, pegawai-pegawai PTD bertindak sebagai penggubal dasar, pemikir dan perancang strategik, perunding khidmat nasihat dan pelaksana dasar-dasar kerajaan.

Bidang tugas utama pegawai PTD boleh dibahagikan kepada:

Pengurusan Sumber Ekonomi

Pengurusan Sumber Kewangan,

Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),

Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi,

Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur,

Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan,

Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri, dan

Keselamatan dan Pertahanan Negara.

Bidang tugas dan peranan PTD telah berubah dari era tahun 60an ke era tahun 90an sejajar dengan perubahan pembangunan negara. Perubahan ini dapat dijelaskan melalui carta di muka berikutnya.