Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mempunyai persatuan yang menjaga dan memperjuangkan hak dan kebajikan ahli-ahli. Persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik atau dikenali sebagai PPTD. Wawasan PPTD adalah Mengekalkan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebagai Perkhidmatan Perdana dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Objektif penubuhan PPTD adalah:

Menyemaikan perasaan berpesatuan dan meningkatkan semangat kerjasama di antara ahli-ahli

Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka

Memupuk kesedaran ahli-ahli akan tanggungjawab berkaitan dengan jawatan yang mereka sandang

Meluaskan pengalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan ahli-ahli dalam menjalankan tugas-tugas mereka

Mengembelingkan tenaga ahli-ahli bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat

Memastikan PTD sebagai perkhidmatan terpenting dan utama dalam negara

Memupuk hubungan baik dengan pucuk pimpinan serta dengan perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam serta swasta.

Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik

No. 515 Persiaran Sultan Salahuddin

50480 Kuala Lumpur

Tel: (03) 2930336 atau (03) 2912345

 

Text Box: Jawatankuasa Kerja