Penempatan pegawai PTD mempunyai dasar yang telah digubal dan diikuti sejak dahulu lagi. Dasar ini menghubungkaitkan penempatan pegawai ke sesuatu jawatan itu kepada beberapa objektif antaranya ialah untuk pendedahan kepada pengalaman kerja di pelbagai peringkat pengurusan iaitu daerah, negeri, jabatan, kementerian dan agensi pusat. Pegawai-pegawai  PTD yang ingin bertukar tempat bertugas, bolehlah mengemukakannya kepada Unit PTD, Bahagian Perkhidmatan melalui e-mail yang disediakan atau melalui surat. Permohonan yang dibuat setelah berbincang dengan ketua jabatan sahaja yang akan direkodkan dan ditimbang. Permohonan boleh dikemukakan mengikut gred seperti berikut:

Semua permohonan pertukaran di samping nama dan no.K/P (lama dan baru) pemohon, hendaklah dinyatakan:

  • pilihan tempat (kementerian/jabatan) untuk bertukar

  • sebab pertukaran

  • sama ada telah dimaklumkan kepada ketua jabatan