Fungsi dan peranan Pentadbiran Awam dalam pemerintahan negara ini telah bermula sejak sebelum zaman penjajah lagi. Semasa pemerintahan penjajah fungsi ini dapat disusurgalurkan seawal tahun 1826. Sejarah pewujudan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah rentetan dari beberapa perubahan ke atas perkhidmatan yang diwujudkan semasa pemerintahan Inggeris. Secara ringkas peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah PTD adalah:

  • 1826 - Pentadbiran Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dijalankan oleh Eastern Cadetship Service

  • 1865 -  Perkhidmatan Awam untuk Negeri Selat atau Straits Settlements Civil Service ditubuhkan atas perakuan Jawatankuasa Robinson. Pegawai-pegawai diambil dari Britain dan dilantik oleh Colonial Office dengan gaji £200 sebulan. Antara pegawai muda yang dilantik pada tahun 1871 adalah Frank Swettenham yang kemudiannya telah memainkan peranan yang penting dalam Perkhidmatan Awam Malaya.

  • 1874 - Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 25 Januari di mana selepas itu Negeri Perak telah menerima sistem pentadbiran penjajah Inggeris. Residen pertama James W.W. Birch telah menjalankan urusan pentadbiran awam dan undang-undang dengan dibantu oleh pegawai-pegawai Inggeris yang dilantik ke Perkhidmatan Awam.

  • 1875 - Pentadbiran secara sistem residen dimulakan di Selangor. J.G. Davidson menjadi Residen dibantu oleh Frank Sweettenham sebagai penolong Residen.

  • 1876 - Pegawai Inggeris ditempatkan di Sungai Ujung untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran awam.

  • 1888 - Sistem pentadbiran Residen ditubuhkan di Pahang

  • 1904 - Malayan Civil Service (MCS) ditubuhkan.

  • 1910 - Malay Administrative Service (MAS) ditubuhkan untuk menampung pegawai Melayu dalam Perkhidmatan Awam. Pewujudannya untuk mengimbangi MCS yang dikhaskan untuk pegawai Inggeris. MAS diwujudkan, antara lainnya bertujuan untuk menjadi feeder service kepada MCS.

  • 1933 - Sekil gaji yang berbeza diwujudkan bagi pegawai MCS dan MAS.

  • 1946 - Seramai 30 orang pegawai MAS diserap ke MCS

  • 1949 - Dasar lantikan terus graduan universiti ke perkhidmatan MCS diperkenalkan. Syarat utama ialah memiliki ijazah dengan kepujian.

  • 1953 - Lima orang graduan dilantik terus sebagai pegawai MCS. Pegawai bukan Melayu mula dilantik sebagai pegawai MCS.

 

 

 

 

 

 

 

  Sambungan...

 

Peserta Kursus Latihan Asas PTD Kali Pertama

(26 Januari 1973 hingga 21 April 1973) - Gambar ehsan  INTAN