Visi Sekolah : SMK Jelai (F) Menjadi Sekolah Cemerlang Dalam Kalangan
Sekolah-Sekolah Felda Negeri Sembilan Menjelang Tahun 2010
pengetua
sejarah
akademik
peperiksaan
kokurikulum
album
soalan lazim
 
pautan ilmu
data guru
enrolmen
buletin
misi sekolah
diari
lagu & bendera
 
laman utama
bahan p&p
web panitia
kejayaan
sekolah selamat
keunikan
buku pelawat
 

Web Pusat Sumber Sekolah

NEA 5056
SMK Jelai (Felda)
73480 Gemas, Negeri Sembilan
Tel / Faks : 06-4347094/4347096
Sekolah Gred A
http: //smkjelai.net
Mirror : http://www.oocities.org/smjelai
E-mel - smkjelai_felda@yahoo.com.my


Web Unit Bimbingan
dan Kaunseling
 
 




Laman Web ini
dikemas kini pada
8 Julai 2007


Hakcipta Terpelihara


:: Fakta Ringkas ::
x

:: E-mel rasmi sekolah yang baru ialah smkjelai_felda@yahoo.com.my Harap maklum.

:: Program Perkampungan Ilmu bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 diadakan sepanjang Cuti Pertengahan Tahun. Seramai 20 pelajar tingkatan 3 dan 20 pelajar tingkatan 5 terpilih.

:: Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula pada 14 Mei 2007 (menengah atas) dan 18 Mei 2007 (menengah rendah). Pastikan anak-anak kita bersedia sepenuhnya.

:: Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada 23 Mei 2007.

:: Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas peringkat neegri berlangsung pada 19 Mei 2007 di SMK Jelai (F) dan dirasmikan oleh YB. Dato' Shaziman Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

:: Majlis Bacaan Yaasin sempena Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Tampin yang dikelolakan oleh SMK Jelai (F) dijayakan di Masjid Felda Jelai 3 pada 24 Mei 2007.

:: Kejohanan Olahraga Daerah Tampin kali 1 berlangsung pada 1, 5, 6 dan 7 Mac 2007 di SMK Gemas. SMK Jelai (F) telah memenangi 6 pingat emas dalam acara lari berganti-ganti.

::Ujian bulan April dijalankan pada 19 dan 20 April 2007. Semoga berjaya. Pastkan anda mengejar pencapaian cemerlang mengatasi TOV !

:: Majlis Tiga Penjuru melibatkan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 akan diadakan pada 7 Mac 2007. Ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 diminta hadir pada majlis tersebut yang diadakan pada jam 3 petang.

:: Pelancaran Program Mentor-Mentee PMR dan SPM 2007 juga diadakan pada 7 Mac 2007.

::Kekas Tambahan PMR dan SPM telah bermula pada 1 Mac 2007. .Kerjasama ibu bapa diminta untuk memastikan anak-anak anda hadir mengikut jadual yang ditetapkan.

:: Keputusan SPM 2006 dijangka diumumkan pada awal Mac 2007.Bersedia untuk menuai hasilnya kepada calon SPM 2006.

::Terima Kasih diucapkan kepada Penilai Penghakiman Pusat Sumber Sekolah dari BTP dan Perpustakaan Negara sempena Penghakiman PSS Luar Bandar peringkat kebangsaan pada 24 Mei 2006.

:: Tahniah kepada 3 atlet sekolah kerana berjaya mewakili Negeri Sembilan dalam SUKMA 2006 di Kedah iaitu Nurshuhada Bahari (400 meetr berpagar), Nor Amira Norzilan (100 meter berpagar dan Siti Rahayu Nasir (Pentahlon)

:: SMK Jelai (F) menerima
Anugerah Sekolah Selamat - tempat ketiga kategori sekolah menengah peringkat Negeri Sembilan pada 28 Februar i2006

:: Puan Saniah Mamat, guru Kelas Pendidikan Khas menerima Anugerah Khas Ibu Kinwanis peringkat kebangsaan. Tahniah dan Syabas.



 
 
 

 

 
Berita Terkini
 
 
Pengumuman Khas
Kini, warga sekolah dan bekas pelajar boleh bersembang dan bertemu secara maya . Klik teks Mesej/Forum di atas.

Selamat Datang GPK Akademik Baru
Pihak sekolah mengalu-alukan En. Abd. Aziz bin Abd. Rahman, GPK Akademik yang mulai bertugas secara rasmi pada 16 Jun 2007. Ucapan terima kasih kepada En. Zainal bin Sabu yang bertukar ke SMK Datuk Undang Abdul Manap.

Gotong Royong Perdana Berjalan Lancar
Semua pelajar dan guru terlibat bagi menjayakan program khas ini pada 30 Jun 2007. Antara projek ialah menanam pokok bunga, mengecat, membersihkan kawasan sekolah, mengemas bilik-bilik khas, keceriaan dewan dan kelas.
Program Tiga Penjuru Setengah Tahun
Ramai ibu bapa dan penjaga hadir pada 27 Jun 2007 untuk sesi perjumpaan bersama guru dan anak mereka, membincangkan keputusan peperiksaan setengah tahun. Ibu bapa serta pelajar tingkatan 3 dan 5 turut mendengar taklimat khas pengetua di Dewan Bestari tentang pencapaian semasa anak mereka.
Majlis Bacaan Yasin Hari Guru di Masjid Jelai 3
Majlis tersebut bagi Sekolah-Sekolah Daerah Tampin sempena Sambutan Hari Guru Daerah Tampin Rembau dijayakan di Masjid Jelai 3 pada malam 24 Mei.
Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah pada 23 Mei
Selain perhimpunan khas, acara lain ialah perlawanan persahabatan bola sepak, bola jaring dan sepak takraw antara pelajar dan guru. Juga, persembahan pelajar dan guru.
Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas meriah
Program pada 19 Mei dirasmikan oleh YB Dato' Shaziman Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Seramai 220 peserta dari kelas Pendidikan Khas seluruh Negeri Sembilan mengambil bahagian. Tahniah, pengelolaan yang cemerlang.
Malis Akur Janji PMR dan SPM 2007
Semua pelajar PMR dan SPM telah menyempurnakan majlis Akur Janji pada 25 April 2007. Mereka menetapkan matlamat dan target untuk pencapaian akhir mereka. Semoga impian mereka akan tercapai. Doakan kejayaan mereka.
Majlis Pentauliahan Pengawas dan PSS 2007
Pada 30 April, semua Pengawas Sekolahdan Pengawas Pusat Sumber telah menerima watikah pelantikan rasmi setelah menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan. Watikah disampaikan oleh Tuan Inspektor Rudy bin Paisan dari IPD Tampin.
Kawad Kaki NGO dan GO : Tiga kejuaraan Daerah 2007
Pasukan Kadet Polis Lelaki dan Perempuan serta Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Perempuan berjaya menjadi juara kawad kaki daerah Tampin 2007. Tahniah. dan syabas.
Sambutan Maulidur Rasul 2007
Pada 13 April, seluruh warga sekolah meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Perarakan dan ceramah khas turut mewarnai kemeriahan program.
Juara Nyanyian Solo Pesta Muzik Daerah dan Tempat Ketiga Pertandingan Puisi dan Lagu Puisi Daerah Tampin 2007
Kumpulan 6 orang deklamator, penyanyi dan pemain muzik berjaya mendapat tempat ketiga Pertandingan Lagu Puisi 2007 manakala Suhana bt. Sharif berjaya menjadi johan acara nyanyian solo Pesta Muzik 2007 peringkat daerah Tampin. Tahniah.
Juara Kawad Kaki KRS Daerah 2007
Pasukan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah SMK Jelai (F) berjaya menjadi johan dalam kategori lelaki dan perempuan. Mereka berjaya mempertahankan pencapaian 2006.
SMK Jelai (F) Juara Pantun Daerah 2007; No.3 Negeri
Pasukan Pantun Sekolah berjaya menjadi johan daerah Tampin buat tahun kedua berturut-turut. Sdar. Nur Izzatie Noor Haslin terpilih sebagai Pemantun Terbaik. Rakan sepasukannya ialah Hafsham Abu dan Masanie Abd. Ghani. Pada peringkat negeri pula, mereka berjaya berkongsi tempat ketiga bersama pasukan Sekolah Menengah Sains Seremban.
Keputusan SPM 2006
Pencapaian terbaik ialah 5A yang dikongsi bersama oleh 4 pelajar iaitu Noor Fatin Yahaya, Nur Hidayat Che Musa, Juliana Jamaluddin dan Siti Halijah Azmi. Gred Purata Sekolah semakin baik iaitu 6.56 berbanding 6.68 pada 2005. Kelulusan terbaik ialah subjek Bahasa Melayu - 97.5% berbanding 87.8% pada 2005.
Pelancaran Mentor Mentee 2007 dan Perjumpaan Tiga Penjuru
Seramai 300 pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dipilih menjadi mentee kepada 72 guru. Program petang 7 Mac ini turut dihadiri lebih 400 ibu bapa yang menghadiri perjumpaan 3 Penjuru bagi meneliti prestasi anak bagi Ujian Bulan Februari 2007.
Juara Kejohanan Olahraga Daerah Tampin Rembau Kali-1 2007
Atlet-atlet SMK Jelai (F) berjaya menjuarai kejohanan setelah menggondol 33 pingat emas,
19 perak dan 14 gangsa pada 5-8 Mac 2007 di SMK Gemas. Pesaing terdekat ialah SMK Undang Rembau yang memperoleh 12 pingat emas. 3 atlet SMK Jelai (F) iaitu Mohd. Shamimi Azmi, Nurul Azrin Sulong dan Mohd. Faizol Sharif pula terpilih atlet terbaik kategori umur. Tahniah dan syabas.
Juara Kejohanan Merentas Desa Daerah Gemas 2007
Kontingen sekolah berjaya menjuarai keempat-empat kategori lelaki dan perempuan peringkat daerah dalam acara yang berlangsung di SMK Palong 7. Tahniah dan syabas.

Program Tunas Murni Ting.1 2007
Program ini berlangsung mulai 8 Jan. hingga 28 Februari bertujuan melahirkan generasi pelajar berwatak baru dengan mengamalkan nilai dan budaya sekolah yang berdisiplin. Slot 30 minit sehari diharap dapat mencelikkan minda dan hati mereka.

Minggu Orientasi Ting.1 dan Mantap Kendiri Ting.4 2007
Program Haluan Pelajar Ting.1 dijalankan selama 2 hari pada 4 dan 5 Januari manakala program Mantap Kendiri Pelajar Ting.4 pada 8 dan 9 Januari 2007.
Keputusan PMR 2006
Gred Purata Sekolah ialah 3.34 manakala pelajar terbaik ialah Masliza Mat Lasim yang memperoleh 9A dan 4 orang lain memperoleh 8A. Tahniah dan Syabas.
Surau Terbaik
Surau Sekolah telah diiktiraf dalam Majlis Anugerah Kualiti JPNS pada awal Disember apabila dipilih sebagai Surau Terbilang Sekolah Menengah 2006. Tahniah.
Kejohanan Lari Berganti-ganti Juara Sekolah-Sekolah Malaysia :
1 Emas dan Rekod Baru Milik KIta
Pelajar tingkatan empat, Mohd. Faizol Sharif, Mohd. Faizal Sharif, Hamdan Jamaluddin, Azwan Husin dan Hairul Akmal Zakaria (simpanan) mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas dan rekod baru kejohanan acara 4x400 meter. Catatan masa 3:33 minit mereka di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu mengharumkan nama kontingen Negeri Sembilan.
Kempen Budi Bahasa dan Sayangi Sekolah :
Pelancaran kempen diadakan pada 1 Ogos 2006. Budaya mengucapkan salam, bersabar, menghormati ibu bapa dan guru, menjaga harta benda sekolah ialah antara nilai yang harus disemai dalam kalangan pelajar. Marilah kita berpegang pada nilai agama dan bangsa demi melahirkan modal insan yang berguna.
Naib Johan Kawat Negeri 2006 :
Pasukan kawat kaki NGO sekolah iaitu PBSM Putera dan PBSM Puteri berjaya menjadi naib johan pertandingan kawad kaki peringkat negeri. Pasukan kawat KRS Putera pula berjaya mendapat tempat ketiga peringkat negeri. Tahniah dan syabas !
Kita Juara Kejohanan Lari Berganti-ganti Negeri 2006 :
Pasukan lari berganti-ganti sekolah menjadi juara keseluruhan kejohanan peringkat MSSM Negeri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban apabila memenangi 7 emas dan 1 perak . Kuartet 4x400 meter lelaki 18 tahun juga mencipta kejayaan manis setelah berjaya memecahkan rekod MSSM Malaysia.
5 kejuaraan kawat kaki daerah Tampin milik SMK Jelai (F) :
Pasukan kawat kaki Kadet Remaja Sekolah Putera dan Puteri berjaya menjadi johan kawat kaki daerah pada 15 Jun 2006. Sehari sebelumnya, pasukan kawat kaki Persatuan Bulan Sabit Merah Putera dan Puteri menjadi johan kawat kaki kategori NGO dan pasukan kawat kaki Kadet Polis Puteri menjadi johan kawat kaki GO manakala Kadet Polis Putera memenangi tempat ketiga.
 
 
Pelajar Kelas Pendidikan Khas hebat : Pelajar kelas khas ini menunjukkan ketrampilan mereka apabila memenangi tempat ketiga pertandingan nasyid Pendidikan Khas peringkat negeri dan seorang atlet mewakili Negeri Sembilan dalam acara tenpin bowling. Seorang bekas pelajar pula, Nurul Hariyani menerima anugerah Tokoh Kanak-Kanak Pendidikan Khas pada Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan.
 
 
Jemputan Khas Pameran Kecemerlangan Pendidikan : Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YAB Dato' Seri Utama Mohamad bin Hj. Hasan melawat gerai pameran Pusat Sumber SMK Jelai (F) di SMK Dato' Mohd. Taha, Gemencheh.
 
 
Keputusan SPM 2005 : Siti Hajar Abd. Kadir cemerlang 7A
Siti Hajar Abd. Kadir memperoleh 6A1 dan 1A2 manakala 3 pelajar lagi memperoleh 4A. Mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik memperlihatkan peningkatan kelulusan.
 
 
SMK Jelai (F) juara Kejohananan Olahraga Daerah Gemas 2006 :
Pencapaian tahun ini adalah pretasi terbaik dalam sejarah kejohanan apabila menggondol 43 pingat emas, 25 pingat perak dan 17 pingat gangsa. Kontinjen sekolah mencipta 24 rekod baru kejohanan dan 2 orang pelajar kita terpilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati - Hamdan Jamaludin dan Nor Amira Norzilan.