Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

Fokus Oktober 1999

Soalan Ramalan Kimia SPM 1999

Kertas 2 : Episod  3 (Soalan Esei)

Soalan 1
  1. Dengan contoh yang sesuai, terangkan apakah itu garam ?
  2. Huraikan bagaimana anda dapat menyediakan setiap jenis garam berikut :
    (i) kuprum(II) klorida,
    (ii) plumbum(II) klorida.
    Anda mesti menyatakan bahan-bahan uji yang digunakan dan menulis persamaan bagi semua tindak balas yang berlaku.
  3. Anda diberikan tiga tabung uji yang tidak berlabel. Huraikan bagaimana anda boleh menjalankan satu siri ujian kimia untuk menunjukkan bahawa ketiga-tiga tabung uji itu masing-masing mengandungi ion ferum(II), ion plumbum(II), dan ion klorida ?
Soalan 2
  1. Apakah itu bahan-bahan tambah dalam makanan ?
    Mononatrium glutamat (MSG) ialah sejenis perisa yang digunakan dalam bahan makanan. Apakah kesannya pengambilan MSG dalam jangka masa yang panjang kepada kesihatan ?

    Selain daripada MSG, berikan dua jenis bahan tambah dalam makanan. Nyatakan fungsi bagi setiap satu jenis bahan tambah itu dan satu contoh untuk setiap satunya.
  2. Analgesik, antibiotik, dan ubat psikiatrik ialah tiga jenis ubat moden.
    1. Nyatakan tujuan bagi penggunaan ubat antibiotik dan ubat psikiatrik.
    2. Aspirin ialah sejenis ubat analgesik. Berikan dua kesan sampingan penggunaan aspirin.
    3. Huraikan bagaimana anda dapat menyediakan aspirin dalam makmal.
Soalan 3
  1. Nyatakan perubahan berikut apabila menuruni unsur-unsur kumpulan VII dari klorin ke iodin.
    (i) keadaan fizik,
    (ii) kerekatifan.
    Huraikan secara ringkas, bagaimana anda dapat menjalankan satu eksperimen dalam makmal untuk membanding kereatifan klorin, bromin, dan iodin berdasarkan tindak balasnya dengan logam ferum.
  2. Diberi Z ialah satu logam yang reaktif. Huraikan satu eksperimen untuk menentukan formula empirik oksida logam Z. Dalam huraian anda, nyatakan langkah berjaga-jaga yang harus diambil untuk menjalankan eksperimen ini dan tunjukkan bagaimana formula empirik oksida Z diperoleh.
Soalan 4
  1. Jelaskan maksud setiap yang berikut :
    (i) kadar tindak balas purata,
    (ii) perlanggaran berkesan.
  2. Terangkan dari segi teori perlanggaran bagaimana saiz zarah bahan tindak balas boleh mempengaruhi kadar tindak balas.
    Huraikan satu eksperimen yang boleh anda jalankan  dalam makaml untuk mengkaji kesan saiz zarah ke atas kadar tindak balas.
  3. Dalam Proses Haber untuk menghasilkan ammonia, keadaan yang diperlukan ialah tekanan antara 200 - 500 atmosfera, suhu 450-500oC, dan mangkin serbuk besi. Bagaimana penggunaan tekanan, suhu, dan mangkin dapat mempengaruhi kadar tindak balas itu ?