Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia
kimia_heart.gif (119267 bytes)

Fokus Januari 1999

Post-mortem Kertas 2 Kimia SPM 1998

rock.gif (997 bytes) Peperiksaan SPM 1998 sudah berakhir, marilah kita menjalankan post-mortem ke atas soalan-soalan Kertas 2 Kimia SPM 1998.

rock.gif (997 bytes) Saya berharap post-mortem ini akan memberikan sedikit idea kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada tahun 1999 supaya anda semua dapat merancang strategi yang betul dan tepat untuk menghadapi peperiksaan Kimia SPM 1999 nanti.

Bilangan soalan struktur dalam kertas 2 telah berubah daripada tahun 1993 hingga tahun 1998.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan soalan struktur dalam setiap tahun.
  • 1993 : 6 soalan
  • 1994 : 6 solaan
  • 1995 : 7 soalan
  • 1996 : 7 soalan
  • 1997 : 5 soalan
  • 1998 : 5 soalan
Bilangan soalan struktur yang semakin berkurang bermakna skop setiap soalan semakin luas. Iaitu setiap soalan akan meliputi dua atau tiga topik tertentu dan bukan semata-mata menumpu kepada satu topik sahaja.

Mari kita mengkaji apakah skop (topik) dalam setiap soalan stuktur dalam Kertas 2 Kimia SPM 1998.

Soalan Struktur Skop(Topik) Kemahiran yang diuji
Soalan 1 Bab 9 : Garam
  • Melukis susunan radas yang betul untuk menguji gas karbon dioksida.
  • Kesan pemanasan ke atas garam karbonat.
  • Pengiraan yang melibatkan isi padu gas molar.
  • Penyediaan hablur garam kuprum (II) sulfat.
Soalan 2 Bab 4 : Elektrokimia

Bab 10 : Pengoksidaan dan penurunan

  • Menulis formula ion dalam larutan kuprum(II) klorida.
  • Memberi pemerhatian semasa semasa elektrolisis kuprum(II) klorida berlaku.
  • Menerangkan perubahan keamatan warna larutan semasa elektrolisis kuprum(II) klorida berlaku.
  • Menulis perubahan nombor pengoksidaan bagi kuprum.
  • Menulis setengah persamaan ion.
  • Menghuraikan ujian pengesahan bagi iodin.
  • Faktor elektrod dalam elektrolisis larutan akueus. 
Soalan 3 Bab 11 : Kadar tindak balas

Bab 5 : Asid dan bes.

  • Menghitungkan kdar t/b purata.
  • Menulis persamaan ion bagi t/b asid dengan logam.
  • Menerangkan perbezaan kadar t/b dengan Teori Perlanggaran.
  • Menerangkan asid sulfurik ialah asid dwibes
    (2 ion H+).
  • Menghuraikan ujian untuk mengesahkan kehadiran gas hidrogen.
  • Melukis susunan radas.
  • Melakar graf  jumlah isi padu gas melawan masa bagi dua tindak balas.
Soalan 4 Bab 6 : Petroleum dan hidrokarbon

Bab 13 : Alkohol, asid organik dan polimer semula jadi.

  • Menamakan proses penukaran daripada satu siri homolog kepada satu siri homolog yang lain.
  • Menulis persamaan bagi proses penukaran.
  • Menamakan bahan uji yang digunakan dalam penukaran.
  • Melukis formula struktur.
  • Menamakan isomer.
  • Memberikan nama siri homolog.
  • Membandingkan kejelagaan pembakaran alkana dan alkena.
  • Menamakan bahan uji yang diperlukan dalam proses pengesteran.
  • Memberikan sifat ester.
Soalan 5 Bab 9 : Garam

Bab 10 : Pengoksidaan dan penurunan

Bab 11 : Termokimia

  • Menyusun siri elektrokimia berdasarkan  t/b penyesaran ion logam.
  • T/b eksotermik.
  • Melukis gambar rajah aras tenaga.
  • Menghitung bil. mol ion dan logam.
  • Nisbah bil. mol ion yang bert/b dalam pembentukan garam.
Kesimpulan
  1. Apabila anda "spot" soalan untuk Kertas 2 Kimia SPM 1999, jangan anda menganggapkan setiap soalan struktur hanya meliputi satu topik sahaja.
  2. Setiap soalan struktur mungkin meliputi skop beberapa topik.
  3. Biasanya setiap soalan akan menumpukan kepada satu topik yang utama dan topik-topik lain sebagai sub-soalannya.
  4. Berikut ialah beberapa topik yang biasanya boleh dihubungkaitkan dalam satu soalan struktur teretntu.
  • Bab 1 : jirim + Bab 2 : Jadual Berkala + Bab 3 : Ikatan Kimia
  • Bab 4 : Elektrokimia + Bab 10 : Pengoksidaan dan Penurunan
  • Bab 5 : Asid dan Bes + Bab 9 : Garam
  • Bab 6 : Hidrokarbon + Bab 13 : Alkohol, asid organik, dan polimer semul jadi