Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

*Jawapan Kerja Rumah
Fokus Mei*

FOKUS JULAI 2001


Studi Smart ~ Lydia Kamaruzaman

Pelajar Cemerlang SM Sains Muar

  • Ramai pelajar yang menghantar e-mail kepada cikgu bertanya tentang cara studi supaya dapat skor dalam peperiksaan. Jadi, dalam Fokus Julai ini, cikgu mempaparkan rahsia kejayaan seorang pelajar cemerlang di sekolah saya sebagai panduan semua pelajar yang ingin skor dalam peperiksaan SPM 2001. Pelajar cemerlang tersebut ialah saudari Lydia Kamaruzaman. Lydia Kamaruzaman memperoleh 9 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan SPM 2000.

~ Mr. Ooi ~

Visi dan Matlamat

Saya Lydia Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pengawas sesi 2000. Saya menjejakkan kaki di sekolah ini pada 25 Januari 1999. Seronok rasanya. Hari pertama di sekolah ini, ayah saya berpesan "Dulu akak pernah buktikan, akak boleh berjaya dengan cemerlang di SM SAB. Sekarang buktikan pada ayah, akak boleh berjaya di SMS Muar." Saya pegang kata-kata itu hingga hari saya menduduki SPM 2000. Di mana saja kita bersekolah, pastinya kita inginkan kejayaan dan kecemerlangan. Saya tetapkan azam untuk gemilang di sekolah ini. Saya berusaha dan berusaha, akhirnya berjaya. Apa pun, matlamat utama hanyalah keputusan cemerlang dalam SPM 2000. Kita hanya boleh berjaya jika ada visi dan matlamat yang jelas. Selepas itu, berusahalah mencapai matlamat itu. Walau susah manapun, tabahkan hati. Cubalah capai apa yang diinginkan. Saya percaya 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Saya masuk ke sekolah ini dengan 8 A PMR dan saya akan pastikan keluar dari sekolah ini dengan keputusan lebih dari 8A. Jika dulu boleh 8A kenapa tidak 9A @ 10 A ???? Fikirkan ..................

Menyesuaikan diri?????

Saya tidak ada masalah pada mulanya. Setkan di minda "SERONOK berada di SEKOLAH ini". Bila saya berfikiran positif, yang susah jadi mudah. Dari tidak biasa kepada biasa. Lagipun anggapkan apa yang anda lalui di sekolah ini satu pengalaman. Mula-mula susah nak basuh baju sendiri, bangun pagi, tidur lewat. Tetapi ia untuk dua atau tiga hari sahaja. Selepas seminggu, semuanya okey. Lagipun kawan-kawan ramai dan best. Cikgu di sekolah ini pun baik dan banyak membantu. Anggaplah kita hidup sebagai satu keluarga. Seronok tau!!!. Memang ada yang sudah dua atau tiga bulan di sini tetapi masih tidak dapat menyesuaikan diri. Cuba fikirkan, suatu masa nanti, anda akan ke universiti juga mungkin ke luar negara .Bagaimana keadaan anda nanti ???

Bagi saya, peluang tinggal di asrama adalah suatu cara untuk bersedia lebih awal menghadapi masa akan datang. Di sini kita dilatih berdikari dan mempunyai ketahanan diri. Jadi, bila kita berada di mana-mana sahaja dan berjauhan dengan keluarga, kita boleh mengurus diri dengan baik. Cubalah hidup tanpa keluarga di sisi kerana jika tidak sekarang, pada masa akan datang, anda akan tetap menghadapinya. Yakin boleh!!!!!.

Nota ?????

Ada sesetengah pelajar yang rajin membuat nota-nota kecil selepas belajar. Saya? Maaflah, ini bukan cara saya. Nota saya ialah nota yang saya tulis dalam kelas ketika guru mengajar. Salin semua yang guru tulis di papan hitam. Salin juga semua perkara penting yang guru bincang atau katakan. Tapi awas!!!. Ketika membuat nota, buatlah sekemas dan secantik dan sejelas yang mungkin. Nanti anda akan telah menghasilkan sebuah buku nota yang ditulis! Jika anda telah menghasilkan sebuah buku nota yang padat, lengkap, dan menarik, anda akan menyayanginya sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri. Saya pernah menangis kerana nota Biologi tingkatan 4 saya hilang tanpa dikesan. Risau saya dibuatnya. Tapi.......saya jumpa balik nota itu seminggu selepas ia hilang. Lega dan gembira hati saya! Percayalah nota yang baik akan membantu anda untuk mendapat keputusan yang baik.

Buku Rujukan ?????

Tak dapat dinafikan, kadang-kala kita memerlukan bahan bacaan tambahan. Saya ada juga membeli buku rujukan, tetapi untuk mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan sahaja. Buku-buku ini saya beli sebelum dapat tawaran ke SMS Muar. Kalau dilihat dari segi keutamaan, yang paling penting buku nota sendiri, kedua buku teks, ketiga baru buku rujukan. Untuk Biologi misalnya, saya lebih kerap menggunakan buku nota dan buku teks. Oleh itu buku rujukan Biologi saya kelihatan bersih dan baru walaupun SPM semakin hampir. Begitu juga dengan subjek-subjek yang lain. Tidak salah membaca buku rujukan. Tetapi jika hendak menggunakan buku rujukan pastikan anda membelinya pada awal tahun form 4 dan terus menggunakannya tanpa henti. Yang penting anda mesti bijak mencari isi-isi penting yang berkaitan dengan sukatan pelajaran. Yang tidak penting, boleh diabaikan kerana kadang-kala buku rujukan suka menambah-nambah isi yang "luar biasa" untuk menebalkan buku rujukan!......... Tapi, nasihat saya, khatamkan nota anda dan buku teks. Kalau boleh hafal nota-nota itu lagi baik.

Tidak faham apa yang guru ajar?

Jika anda tidak faham, bertanya "Hendak tanya kepada siapa?" Kalau hendak tahu, semua cikgu di sekolah ini berpengalaman. Tanya mereka sahajalah, mereka pasti tahu jawapannya. Pastikan anda faham ketika guru mengajar dalam kelas. Jika tidak faham, terus bertanya. Jangan tunggu sehingga hampir peperiksaan. Andai kata anda membuat latihan ketika prep petang atau prep malam dan ada soalan yang anda tidak fahami, jangan tunggu dan buang masa, teruslah berjumpa dengan rakan-rakan anda yang memang mahir dalam mata pelajaran tersebut. Nasihat saya, jalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan anda yang didapati pandai dan bijak dalam sesuatu subjek. Percayalah, rakan-rakan anda ini amat berguna kepada anda pada masa akan datang. Kadang-kala saya akan menghabiskan lebih banyak masa untuk belajar dan memahami topik-topik yang kurang saya fahami. Belajar dan belajar sampai faham. Jangan mudah putus asa dan abaikan terus topik itu. Selagi anda tidak faham, FAHAMkan!
"ujian dan peperiksaan membantu kita untuk menilai sesuatu topik yang diajar .Anggaplah ia sebagai kuiz atau apa-apa sahaja sehingga kita rasa seronok setiap kali ujian tiba. Percayalah kalau anda sentiasa berfikiran positif, semuanya akan menjadi seronok dan mudah.

Cara saya membuat ulangkaji

Ada orang yang boleh baca satu buku rujukan dalam masa sehari .Tapi...apa yang dia dapat? Kalau anda nak buat ulangkaji, buat betul-betul. Dari awal tahun, study topik demi topik. Katakan pada anda ingin belajar Kimia. Bab apa? Subtopik apa?. Katakan elektrolisis SAHAJA. Sehingga anda faham dan faham dan betul-betul faham!. Buat sekali soalan objektif dan esei. Begitu juga untuk subjek lain. Pilih tajuk dan ulangkaji untuk tajuk itu sahaja. Pada saya kaedah ini amat berkesan tetapi dengan syarat anda perlu mula dari awal. Seawal tingkatan 4 kerana kaedah ini mengambil masa yang agak lama. Tapi percayalah ia berkesan. Apabila peperiksaan akhir tahun menjelang,apa yang anda perlu buat, hanyalah membaca sepintas lalu semua topik untuk mengingat semula apa yang telah lupa. Soal faham atau tidak, anda telah pun lupa .Soal faham atau tidak ,anda telahpun menguasai topik itu awal tahun lagi .Selepas itu barulah seronok untuk duduki peperiksaan !


Tekanan

Semua orang akan menghadapi tekanan .Saya alami situasi yang sama tapi...... saya abaikan sahaja tekanan itu .Buat tidak tahu dan tumpukan perhatian pada buku .kalau rasa gelisah juga .saya denganr radio ,berbual ketawa dan sebagainya .Yang penting enjoy your life dan anggap tiada apa yang berlaku.

Kekuatan untuk terus cemerlang

Untuk terus berjaya ,pasti kita perlukan seseorang untuk memberi dorongan dan galakan .Bagi saya, apabila memikirkan harapan emak dan ayah ,ia menjadi satu semangat untuk terus belajar dan belajar .Cabaran dan saingan dari rakan-rakan seperjuangan seperti 'first ranker' sekolah turut menjadi dorongan untuk saya terus cemerlang dan menewasaknnya . Selain itu ,azam diri yang kuat serta harapan untuk mencapai cita-cita turut memberi kekuatan kepada saya .Yang penting ingatlah anda ada tanggungjawab dan harapan ynag perlu dipikul .Jangan jatuh tersungkur ditengah jalan dan menghampakan orang disekeliling yang menyayangi kita .Lagipun bagi saya, pengorbanan dan usaha murni guru-guru di S.M.S Muar ini tidak terbalas .Cuma yang mampu kita berikan ialah keputusan yang cemerlang dalam SPM .Demi emak,ayah,guru,harapan dan cita-cita,saya belajar bersungguh-sungguh untuk terus berjaya dengan cemerlang.

Nasihat

Rasanya semuanya sudah saya nyatakan untuk renungan adik-adik semua .Yang penting jaga hubungan baik sesama rakan ,guru dan Tuhan .Berdoalah agar kejayaan milik kita .SPM penentu masa depan .Buatlah yang terbaik ,tebaik dan tebaik .Ada kata "form 4 ,tahun honeymoon" ITU SALAH .Form 4 adalah masa untuk berjuang dan berkorban masa dan tenaga .Teruskan perjuangan tanpa henti sehingga hari terakhir peperiksaan SPM .Selamat maju jaya .Hubungilah saya unutk nasihat dan tunjuk ajar di
< ly_dia83 @ yahoo .com > .Saya sudi membantu anda.


Yang benar,
LYDIA KAMARUZAMAN
Sms muar 1999\ 2000