Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

FOKUS OGOS 2001


RUSH HOUR

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah berlalu. Keputusan peperiksaan KIMIA anda yang tidak memuaskan mungkin menyebabkan anda rasa risau dan gelisah. Anda mula berfikir apakah yang harus buat ? Anda pun melayar ke internet dan berharap dapat mencari jalannya. Akhirnya anda sampai ke FOKUS SUP KIMIA BULAN OGOS. Ya ! Bulan ini cikgu akan memberikan tip-tip kepda para pelajar dalam RUSH HOUR yang ingin menyelamatkan KIMIA mereka dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi.

~ Mr. Ooi ~

Fokus September : Soalan Ramalan SPM 2001

Pendahuluan

OK ! Anda sudah belajar dua tahun Kimia tetapi masih belum mengusainya dengan baik. 8 tajuk Tingkatan 4 campur dengan 6 tajuk Tingkatan 5 sama dengan 14 tajuk kesemuanya. Bagaimana anda hendak merancang untuk mengulang kaji ? Tajuk apakah yang penting dan tajuk apakah yang boleh ditinggalkan ?

RUSH HOUR MENU

Berikut ialah tajuk – tajuk yang cikgu “spot” untuk peperiksan KIMIA SPM 2001. Anda boleh merujuk kepada jadual ini semasa membuat mengulang kaji.

Tajuk

Soalan Objektif

Soalan Struktur

Esei

Bab 1 : Jirim

Ö

Ö

Ö

Bab 2 : Jadual Berkala
Bab 3 : Ikatan kimia

Ö
Ö

Ö
Ö

 

Bab 4 : Elektrokimia dan
Bab 10 : Pengoksidaan dan penurunan

Ö
Ö

Ö
Ö

Ö

Bab 5 : Asid dan Bes
Bab 9 : Garam

Ö
Ö

Ö
Ö

Ö

Bab 6 : Petroleum dan Hidrokarbon
Bab 13 : Alkohol dan Asid Karbosilik

Ö
Ö

Ö
Ö

 

Bab 11 : Kadar Tindak balas

Ö

Ö

 

Bab 12 : Termokimia

Ö

 

Ö

Bab 7 : Bahan kimia dalam industri

Ö

 

 

Bab 8 : Bahan kimia untuk pertanian

Ö

 

 

Bab 14 : Bahan kimia untuk pengguna

Ö

 

 

Tajuk yang boleh diberikan tumpuan yang kurang

Tajuk 7, 8, dan 14 hanya perlu belajar untuk menjawab soalan –soalan objektif sahaja.
Kebarangkalian keluar dalam soalan struktur adalah rendah.

Tip studi : Hanya perlu membaca buku-buku teks sahaja. Fakta-fakta yang diberi dalam buku rujukan terlalu padat dan susah untuk dihafal.

 

Cara mengulangkaji yang berkean.

Jangan membaca buku rujukan yang tebal dari halaman pertama hingga halaman terakhir.

Cara yang lebih baik ialah membaca nota ringkas bagi sesuatu tajuk dan menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk itu.

Apabila menghadapi masalah, bincanglah dengan rakan anda atau tanya guru kimia anda.