Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

FOKUS JULAI 2004

FORMAT PENTAKSIRAN BARU PEPERIKSAAN KIMIA SPM

 

Format pentaksiran yang baru bagi mata pelajaran Kimia SPM telah bermula pada tahun 2003. Instrumen pentaksiran yang digunakan ialah Kertas 1 (Ujian Objektif), Kertas 2 (UJian Subjektif) dan Kertas 3 (Ujian Amali Bertulis).

Dalam ketiga-tiga instrumen pentaksiran ini, nisbah aras kesukaran soalan ialah Rendah : Sederhana : Tinggi = 5 : 3 : 2. Wajaran konstruk dalam Kertas 1 meliputi elemen pengetahuan , kefahaman dan kemahiran aplikasi . Wajaran konstruk dalam Kertas 2 meliputi elemen pengetahuan, kefahaman, kemahiran aplikasi, analisis, dan sintesis . Wajaran konstruk dalam Kertas 3 pula hanya meliputi kemahiran proses sains .

Ini bermakna Soalan Objektif Kertas 1 dan Soalan Berstruktur Kertas 2 sudah menjadi lebih mudah dijawab kerana hanya melibatkan elemen pengetahuan, kefahaman dan kemahiran aplikasi pada aras yang rendah atau sederhana sahaja. Justru itu, bagi pelajar yang ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan kimia SPM, anda dikehendaki membuat latihan yang banyak untuk soalan esei Kertas 2 Bahagian B dan Bahagian C serta soalan esei Kertas 3 yang meliputi kemahiran aplikasi, analisis dan sintesis.

Perhatian :
Bahagian B Kertas 2 lebih menumpu kepada kemahiran aplikasi dan analisis , Bahagian C Kertas 2 dan Soalan Esei Kertas 3 pula menumpu kepada kemahiran sintesis .

 

 


Buku Menguasai Soalan Esei
Ditulis khas untuk calon-calon SPM.
Mengandungi 101 soalan esei Kertas 2 dan Kertas 3 serta meliputi semua tajuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Penulis :
Mr. OOI YONG SEANG