Fokus Kimia Jun 2000
Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

Fokus Jun 2000

Tip Untuk Menguasai
Topik Pengoksidaan dan Penurunan

rock.gif (997 bytes) Topik Pengoksidaan dan Penurunan ialah satu topik yang panjang. Jika anda tidak jelas dengan kandungan topik ini kemungkinan besar anda akan "Lost In Space" dan akhirnya tidak tahu apa yang hendak dibelajar.

rock.gif (997 bytes) Dalam Fokus Jun ini, cikgu akan memberikan kerangka topik ini dan tip-tip untuk membantu anda menguasai topik ini dengan baik.

~ Mr. Ooi ~

Topik ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian seperti berikut :

  • Maksud pengoksidaan, penurunan, dan tindak balas redoks.
  • Contoh-contoh tindak balas redoks.
  • Siri kereaktifan.

A. Maksud pengoksidaan, penurunan, dan t/b redoks.

Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan kedua -dua proses pengoksidaan dan penurunan.

Ada empat takrif yang berlainan bagi pengoksidaan dan penurunan.

Pengoksidaan Penurunan
Proses yang menambah/menerima oksigen. Proses yang menghilang oksidgen.
Proses yang menghilang hidrogen. Proses yang menambah/menerima hidrogen.
Proses yang mnghilang/menderma elektron.

Proses yang menerima elektron.

Proses yang melibatkan penamabhan nombor pengoksidaan. Proses yang melibatkan pengurangan nombor pengoksidaan.

Agen Pengoksidaan Agen Penurunan
Bahan yang menerima elektron. Bahan yang menderma elektron

TIP :

  1. Anda harus memahami takrif-takrif di atas dengan baik terutamanya dari segi pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan. Ingatkan satu contoh bagi setiap takrif itu.
  2. Anda juga mesti boleh menghitung nombor pengoksidaan bagi suatu unsur dalam sesuatu sebatian apabila diberikan maklumat-maklumat yang cukup.
  3. Agen pengoksidaan ialah bahan yang mengoksidaan bahan lain tetapi sendiri diturunkan.
    Beberapa contoh contoh agen pengoksidaan yang umum ialah air bromin, air klorin, larutan kalium mangganat(VII) berasid, dan larutan kalium dikromat(VI) berasid.
  4. Agen penurunan pula ialah bahan yang menurunkan bahan lain tetapi sendiri dioksidakan. Agen penurunan biasanya ialah logam reaktif seperti zink dan magnesium.

B. Contoh-contoh tindak balas redoks

Dalam topik ini terdapat 7 contoh tindak balas redoks yang penting seperti disenaraikan dalam jadual berikut :

Contoh tindak balas redoks Tip penting
Penukaran ion Fe(II) kepada ion Fe(III) dan sebaliknya. Anda harus mengingatkan agen penurunan dan agen pengksidaan yang digunakan dalam penukaran ion ini.
T/b penyesaran logam daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elekrtopisitif. Logam yang lebih tinggi kedudukan dalam Siri Elektrokimia ialah logam yang lebih elektropositif atau lebih kuat sebagai agen penurunan. Logam ini boleh menurunkan ion logam di bawahnya.
T/b penyesaran halogen daripada larutan halida oleh halogen lain yang lebih kuat sebagai agen pengoksidaan. Halogen yang terletak di atas dalam Kumpulan VII adalah agen pengoksidaan yang lebih kuat. Halogen ini boleh mengoksidakan ion halida di bawahnya.
T/b redoks yang melibatkan pemindahan elektron pada satu jarak. Anda harus boleh menentukan arah pengaliran elektron. Cara yang mudah ialah mengenal pasti agen pengoksidaan. Agen pengoksidaan menerima elektron maka elektron mengalir ke arahnya.
T/b dalam sel elektrolisis Pengoksidaan berlaku di Anod dan penurunan berlaku di Katod.
T/b dalam sel kimia Ambil sel daniell sebagai contoh. Pengoksidaan berlaku pada terminal negatif dan penurunan berlaku di terminal positif.
Pengaratan besi Anda harus boleh menghuraikan proses pengaratan besi. Apabila besi dililit dengan logam yang lebih elekropositif, besi terlindung daripada pengaratan besi dan logam itu akan terkakis. Apabila besi dililit dengan logam yang kurang elektrolpositif, besi akan berkarat dengan cepat.

TIP :

  1. Dalam setiap contoh tindak balas di atas, anda seharusnya boleh
    (a) menulis persamaan ion untuk mewakili pengoksidaan, penurunan, dan tindak balas redoks.
    (b) mengenal pasti agen pengoksidaan dan agen penurunan.
    (c) menerangkan pemerhatian yang berlaku dari segi pengoksidaan dan penurunan.

  2. Beberapa persamaan ion yang anda akan jumpa dalam topik ini.
    Pengoksidaan Penurunan
    Fe2+ - e -----> Fe3+ Fe3+ + e -------> Fe2+

    Cu2+ + 2e ----> Cu
    Ag+ + e -----> Ag

    Zn - 2e ------> Zn2+
    Cu - 2e ------> Cu2+

    2Br- -2e -----> Br2
    2I- -2e -----> I2

    Br2 + 2e ------> 2Br-
    Cl2 + 2e -------> 2Cl-

    Fe - 2e -----> Fe2+ 2H2O + O2 + 4e ----> 4OH-
      MnO4- +8H+ + 5e ----> Mn2+ + 4H2O
      Cr2O72- + 14H+ + 6e -----> 2Cr3+ + 7H2O

C. Siri Kreaktifan

Anda sudah berjumpa dengan istilah "Siri Kereaktifan" sejak Tingaktan Empat lagi tetapi sampai ke Tingkatan 5 baru anda akan mempelajarinya.

K Na Ca Mg Al C Zn H Fe Sn Pb Cu Hg Ag Au

TIP :

  1. Siri kereaktifan(S.K.R) berbeza daripada siri elektrokimia(S.E.K).
    S.K.R ialah satu siri logam (kecuali C dan H) yang disusun berdasarkan kereaktifannya terhadap oksigen. Yang bertindak balas hebat dengan oksigen disusun di atas sekali. Yang kurang reaktif disusun di bawah sekali.
    Manakala S.E.K. bagi kation ialah susunan ion-ion logam (kation) berdasarkan kecendrungannya menderma elektron dan membentuk ion positif. Yang mudah membentuk ion positif disusun di atas sekali.
  2. Siri kereaktifan digunakan untuk meramalkan sama ada suatu logam boleh menarik oksigen daripada oksida logam lain atau tidak. Logam yang lebih reaktif (di atas S.K.R) boleh menarik oksigen daripada oksida bagi logam yang kurang reaktif.
  3. Siri kereaktifan juga boleh digunakan untuk menentukan kaedah pengekstrakan logam-logam.
  4. Anda seharusnya boleh menghuraikan pengekstrakan besi dan timah.
  5. Karbon (C) dan hidrogen (H) walaupun bukan logam tetapi kereaktifan terhadap oksigen juga boleh dibandingkan dan boleh dimasukkan ke dalam S.K.R.
  6. Ingat bahawa C berada di atas Zn dan H berada di bawah Zn.
1