Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

Fokus Julai 2000

The Perfect Plan To Score KIMIA (II)
~ untuk pelajar tingkatan 5

rock.gif (997 bytes) Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah berlalu. Guru kimia anda mungkin sudah menghabiskan Bab Kadar Tindak Balas dan masuk ke Bab Termokimia. Peperiksaan Percubaan SPM pula sudah menunggu anda pada bulan September. Apakah yang harus anda lakukan pada masa dua bulan ini ?

rock.gif (997 bytes) Dalam Fokus Julai, cikgu akan membincangkan "The Perfect Plan" Tahap 2 yang dicadangkan pada Fokus Mac supaya pelajar-pelajar Tingkatan 5 dapat membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM.

~ Mr. Ooi ~

Jadual di bawah ialah "The Perfect Plan" yang cikgu merancangkan untuk semua pelajar Tingkatan 5 yang ingin skor kimia dalam peperiksaan SPM 2000. Anda sudah berada pada peringkat Tahap 2.

Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
Tahap 1
Target untuk skor peperiksaan 1/2 tahun
Tahap 2
Target untuk skor peperiksaan percubaan SPM 2000
Tahap 3
Skor SPM 2000
  1. Anda harus mengulang kaji topik-topik tingkatan 4 yang penting.
  2. Menguasai topik tingkatan 5 iaitu Garam dan Pengoksidaan dan Penurunan dengan baik.
  3. Buat semua soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas.
  1. Pada peringkat ini anda harus menumpukan perhatian kepda topik -topik Termokimia, Kadar Tindak balas, dan Alkohol & Asid Organik.
  2. Mula mencuba kertas-kertas model SPM.
  3. Memberikan lebih banyak masa untuk membuat latihan esei.
  1. Target topik 7, 8, dan 14 hanya untuk menjawab soalan-soalan struktur sahaja.
  2. Spot topik-topik yang diramalkan akan keluar dalam SPM 2000.
  3. Kumpul soalan-soalan esei yang dispot untuk dibaca pada saat-saat terakhir

1. Berapa banyak set kertas model SPMkah yang anda hendak selesaikan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM ?
Dalam masa dua bulan ini adalah sesuai untuk anda bermulakan latih tubi dengan menyelesaikan soalan-soalan dalam kertas model KIMIA SPM 2000. Cikgu yakin anda dapat membeli buku-buku latihan in di mana-mana kedai buku sahaj.

Anda seharusnya merancang dengan teliti bilangan set kertas model SPM yang hendak diselesaikan sebelum menjelang peperiksaan percubaan SPM. Tetapkan bilangan soalan struktur dan soalan objektif yang mesti dijawab setiap minggu.

Semasa menjawab soalan, jangan terus membaca jawapan jika tidak mampu menjawab. Ambil sedikit masa untuk berfikir atau merujuk kepada buku nota dan buku rujukan.

Jika anda lemah dalam topik -topik tertentu, anda harus bermula latih tubi dengan mencuba soalan-soalan bagi topik tersebut dahulu. Jangan cuba mengelakkan daripada menjawab soalan bagi topik berkenaan.

2. Bagaimana dengan soalan esei ?
Jika anda ingin menguasai soalan esei dengan baik, anda harus membuat koleksi soalan esei bagi setiap topik. Kemudian analisis soalan-soalan esei itu untuk mengetahui skop yang selalu ditanya dalam peperiksaan.

Baca dan fahamkan contoh-contoh jawapan bagi soalan esei.

Cuba menulis semula jawapan dengan pantas terutamanya yang melibatkan huraian eksperimen. Latihan menulis semula jawapan adalah penting untuk memperkuatkan memori anda.
(Ini adalah cara yang digunakan oleh seorang pelajar cemerlang di sekolah cikgu)

Sekiranya anda tidak mampu membaca soalan esei untuk semua topik, maka spotlah topik-topik tertentu. Sekurang - kurangnya 2 topik tingkatan 4 dan 2 topik tingkatan 5 mesti dipilih.

3. Menguasai topik 11, 12, dan 13 dengan baik.
Jadual berikut menunjukkan kandungan setiap topik yang harus anda tekankan.

 No

Tajuk Skop
1
Bab 11 : Kadar Tindak Balas
  • Mencari kadart tindak balas purata dan kadar tindak balas pada masa tertentu daripada graf.
  • Menentukan perubahan kadar tindak balas berdasarkan faktor saiz zarah, kepekatan, suhu, mangkin , dan tekanan.
  • Menggunakan Teori Perlanggaran untuk menerangkan kesan faktor saiz zarah, kepekatan, suhu, mangkin , dan tekanan terhadap kadar tindak balas.
2

Bab 12 : Termokimia

  • Memberi contoh-contoh bagi tindak balas eksotermik dan endotermik.
  • Melukis gambar rajah aras tenaga untuk mewakili sesuatu tindak balas eksotermik dan endotermik.
  • Menghitungkan perubahan haba dengan menggunakan
    (a) rumus MCQ,
    M = jumlah isi padu larutan.
    C = haba muatan tentu air
    Q = perubahan suhu
    (b) haba tindak balas, (kJ/mol)
  • Memahami mengapakah semua tindak balas asid kuat dan alkali kuat mempunyai haba peneutralan yang sama.
  • Menghuraikan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran alkohol.
3 Bab 13 : Alkohol, asid organik, dan polimer semula jadi.
  • Menghuraikan eksperimen untuk menyediakan etanol.
  • Menghafalkan tindak balas kimia alkohol.
  • Menghafalkan sifat kimia bagi asid etanoik.
  • Pengoksidaan alkohol kepada asid organik.
  • Pengesteran.
  • Membanding dan membezakan lemak tepu dan lemak tak tepu.
  • Menghafalkan monomer bagi polimer getah asli, karbohidrat, dan protein

Disediakan oleh Mr. Ooi / Julai-2000