Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia
fokus_mei_0.jpg (43393 bytes) Fokus Mei : Kaedah Kadaran Untuk Menyelesai Masalah Berangka.
Sila baca soalan matematik Tingkatan 2 di bawah dan penyelesaiannya .
Soalan :
Sehelai kain batik berukuran 3 meter panjang berharga RM 21. Jika panjang kain batik itu berkadaran dengan harganya, cari harga bagi 15 meter kain batik yang sama.
Penyelesaian :

3   meter kain batik berharga RM 21.
15 meter kain batik berharga

=    RM 105

Kaedah yang digunakan di atas ialah kaedah kadaran.

Kaedah Kadaran
Kuantiti X Kuantiti Y
a b
c d

Jika kuantiti X berkadaran dengan kuantiti Y dan a,b,c, dan d ialah nilai-nilai bagi X dan Y, maka   , dan    .

Kaedah di atas digunakan dalam penyelesaian masalah berangka KIMIA.

Penggunaan kaedah kadaran dalam penyelesaian masalah berangka.

Katakan anda diberikan persamaan kimia berikut dan diminta mencari bilangan mol M yang terhasil apabila n mol X digunakan.

pX  +  qY ---------> rM  +    sN  ( p, q, r, dan s ialah bilangan mol bahan )

Daripada persamaan,    p mol  X   menghasilkan  r    mol M

maka,      n mol X menghasilkan   mol M

Biar kita mengkaji beberapa contoh pengiraan di bawah.

Contoh 1 : (Hanya melibatkan bilangan mol sahaja)
                   4 Na   +    O2    -------------->    2Na2O
Jika 10 mol natrim dibakar dengan lengkap dalam oksigen,
berapa mol natrium oksida yang terbentuk ?

Penyelesaian :
Daripada persamaan :        4   mol natrium menghasilkan   mol natrium oksida
                        maka,     
10   mol natrium menghasilkan mol natrium oksida
                                                                                   = 5 mol natrium oksida


Contoh 2 : (Melibatkan pertukaran unit gram kepada mol)
                   Zn    +   Ag2O  -------->    ZnO     +     2Ag
Jika 4.64 g argentum oksida bertindak balas dengan serbuk zink yang berlebihan, kirakan jisim maksimum argentum yang boleh diperoleh.[j.a.r   Ag = 108,  O = 16]

Penyelesaian :
Langkah 1 : Tukarkan 4.46 g argentum oksida kepada bilangan mol.
Jisim formula relatif argentum oksida = 2(108) + 16 = 232
Bilangan mol argentum oksida dalam 4.64 g = = 0.02 mol

Langkah 2 : Kirakan bilangan argentum dengan kaedah kadaran
Daripada persamaan : 1  mol argentum oksida menghasilkan  2  mol argentum
                   maka,
0.02  mol argentum oksida menghasilkan mol argentum
                                                                                          = 0.04  mol argentum    
                                                                                          = 0.04 x 108 g argentum
                                                                                          = 4.32 g argentum   


Contoh 3 : (Melibatkan pertukaran unit kemolaran dan isipadu molor kepada mol)
                   CaCO3 + 2HCl   ---------->  CaCl2    +   H2O      +   CO2
Jika serbuk kalsium karbonat yang berlebihan ditambahkan kepada 20 cm3 0.5 moldm-3 asid hidroklorik cair, berapa isipadu gas karbon dioksida dibebaskan pada keadaan bilik ? 

Penyelesaian :
Langkah 1 : Tukarkan kuantiti asid HCl cair yang diberi kepada bilangan mol.
Bilangan mol asid HCl cair = = 0.01 mol asid HCl cair (Gunakan formula )

Langkah 2 : Kirakan bilangan argentum dengan kaedah kadaran
Daripada persamaan :  2   mol HCl menghasilkan 1  mol CO2
                         Maka,  
0.01   mol HCl menghasilkan mol CO2
                                                                       = 0.005 mol CO2
                                                                       = 0.005 x 24dm3  CO2 (1 mol gas = 24 dm3)
                                                                     
= 0.12 dm3  CO2


Saya berharap selepas anda membaca artikel ini, penyelesaian masalah berangka dalam KIMIA akan menjadi satu perkara yang mudah.
Tarikh : 30/4/98


Balik ke Menu Utama Fokus Sup Kimia