From: MYM
Subject:

Jawapan Kepada Anti-Hadith 1

Date: Sunday, April 19, 1998 11:24 PM

Assalamualaikum,

Saya sertakan rangkaian artikel tidak lama dulu yang menyanggah fahaman anti-hadis. Berikut ialah artikel pertama. Akan ada menyusul lagi, insyaallah.

ANTIHADITH: SATU KEDANGKALAN PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN YANG SESAT

oleh: Dr. Mohd Daud Bakar
Timbalan Dekan (HEP)
Kulliyyah Undang-Undang UIA

Lumrahnya, dalam bidang akademik dan penyelidikan ilmiah, sesuatu kefahaman dan teori yang tidak berasas kepada kajian ilmiah yang benar-benar memenuhi syarat-syarat kajian begitu mudah terserlah kekurangan dan kelemahan khususnya dalam bidang agama Islam. Salah satu kefahaman dan teori itu ialah.kefahaman tidak mempercayai bahawa sunnah atau hadith adalah berautoriti dan sebaliknya sunnah/hadith adalah palsu. Ini adalah kerana kebenaran di kaca mata Allah akan dapat dibuktikan bukan hanya dengan penghujahan yang berbentuk naqli atau teks al-Quran dan sunnah sahaja tetapi juga oleh penghujahan yang logik dan rasional (aqli).

Sebelum kita menerangkan dengan jelas kekosongan dan kelemahan penghujahan kepada sikap anti-hadith, penulis ingin memberi gambaran ringkas kepada kefahaman dan penghujahan antihadith supaya perbincangan ini lebih senang difahami dan lebih adil. Mereka yang mempelopori sikap tidak percaya kepada sunnah/ hadith sebagai sumber teologi dan perundangan yang berwibawa dan berautoriti membuat pendirian di atas dasar kajian sejarah. Mereka mendakwa bahawa konsep sunnah/ hadith hanya timbul di kurun kedua dan ketiga hijrah di zaman Imam alSyafi'e iaitu 200 tahun selepas nabi wafat. Begitu juga, semua kitabkitab hadith (al-Kutub al-Sittah) dihasilkan antara tempoh 200-250 tahun selepas kewafatan nabi s.a.w.

Di samping aspek kajian sejarah, mereka juga membuat penghujahan bahawa al-Quran, sebagai kitab yang lengkap dan sempurna, telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber teologi dan perundangan. Penghujahan sebegini mula ditimbulkan daripada penulisan Dr. Rasyad Khalifa iaitu "The Computer Speaks: God's Message to the World". Antara lain penghujahan ialah "buku ini secara saintifik membuktikan ketulenan alQuran sebagai perutusan Tuhan kepada manusia yang sepenuhnya terpelihara, dan menarik perhatian pembaca kepada kesempurnaannya, lengkapnya dan keterperinciannya, menyebabkan manusia tidak memerlukan buku-buku lain sebagai sumber bimbingan. Ini bermakna hadithiekaligus tertolak sebagai sumber teologi dan perundangan".

Penghujahan di atas disokong pula oleh petikan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa al-Quran sudah lengkap dan hanya al-Quran sahaja yang bersumberkan wahyu dan terpelihara di mana sunnah/ hadith adalah rekaan di kurun ketiga hijrah dan seterusnya. Bukan itu sahaja, malah sikap menjadikan sunnah/hadith sebagai sumber undang-undang bersama al-Quran disifatkan oleh Tuhan (berdasarkan fahaman anti-hadith) sebagai mempersekutukan Allah dan ini merujuk kepada beberapa ayat-ayat al-Quran iaitu 42:21, 6:21-24, 39:45 dan 40:12.

Sebagai pembuktian bahawa sunnah/hadith adalah palsu ialah fenomena kemunduran dan pecah belah yang berlaku kepada masyarakat Islam selepas kurun kedua hijrah iaitu di zaman pengumpulan dan penulisan sunnah/hadith. Kemunduran menurut mereka, disebabkan umat Islam mula berpegang kepada ajara yang salah dan palsu kerana alQuran adalah mustahil menjadi ajaran yang salah. Yang palsu ialah sunnah/hadith yang mula timbul idea penulisannya di zaman Khalifah Umar b. Abdul Aziz. Umat Islam juga lemah dan mundur khususnya di zaman moden, di samping ajaran sunnah/hadith yang palsu, ialah kerana pengaruh bukubuku humanisme sekular sama ada berbentuk liberal atau marxis malah mengikut kefahaman anti-hadith, hadith ialah kuasa palsu yang lebih lama dan meluas berbanding dengan kefahaman sekular.

Namun, mereka juga menerima bahawa tidak semua hadith tidak betul dan benar di mana ada juga yang benar seperti Piagam Madinah yang termetri di zaman Rasulullah s.a.w., perjanjian-perjanjian Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai pihak serta surat-surat nabi yang dihantar kepada pelbagai pihak. Namun, ini hanyalah sebagai sumber rujukan sejarah yang tidak berautoriti dalam agama Islam. Mereka juga membuat kenyataan bahawa sikap menolak sunnah/ hadith bukan bererti tidak beriman dengan Rasulullah tetapi kefahaman anti-hadith hanyalah sekadar menjelaskan bahawa sunnah/hadith tidaklah bertaraf wahyu yang mengikat umat Islam dan juga sunnah/hadith adalah palsu, rekaan dan ciptaan yang kalaupun hendak diterima hanya sekadar sebagai sumber rujukan sejarah dan bukan sebagai sumber teologi dan perundangan.

Inilah kesimpulan dan gambaran umum kepada andaian, kepercayaan dan penghujahan dalam gerakan anti-hadith. Penulis tidak akan membincangkan penghujahan di atas dari sudut akademik dan ilmiah yang sepenuhnya kerana banyak kajian ilmiah telah dibuat untuk menjawab beberapa persoalan kelemahan metodologi penghujahan ilmiah dalam kefahaman antihadith. Penulis sendiri telah membincangkan persoalan ilmiah ini dalam dua penulisan iaitu "Sunnah dalam teori perundangan Islam dan kedudukannya di kurun kedua hijrah" (dalam Jurnal Syariah, Universiti Malaya, Januari 1995) dan "The Origins Of Islamic Legal Theory: Some Reflections" (dibentangkan di satu seminar di UIA).

Secara umumnya, gambaran yang diberikan oleh kefahaman antihadith sebenarnya adalah 'salinan' kepada gambaran yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh orientalis seperti Goldziher, Hurgronje, Schacht, Juynboll dan sebagainya. Mereka mempercayai bahawa sunnah/hadith sebenarnya bermula secara hadith mursal dan kemudiannya disanadkan rmenjadi hadith mawquf dan kemudiannya menjadi hadith marfu' yang disandarkan kepada Rasulullah secara 'back-projected ' . Penghujahan golongan orientalis ini telah dijawab secara panjang lebar oleh Mustafa Muhammad al-A'zami dalam buku terbarunya (yang mungkin belum dibaca oleh golongan anti-hadith) iaitu "On Schacht's Origins of Muhammaden Jurisprudence"

Kebanyakan malah kesemua ulasan buku (book review) dalam bahasa Inggeris atau bahasa Eropah telah menyifatkan buku al-A'zami sebagai pembunuh kepada segala idea dan penghujahan golongan orientalis tentang sunnah/hadith. Lantaran itu, penulisan-penulisan di Eropah sekarang sudah mula meninggalkan idea Schacht dan mula membuat andaian dan hypotesis baru untuk meruntuhkanpenghujahan alA'zami.

Berhubung dengan penghujahan anti-hadith, kekosongan dan kelemahan penyelidikan mereka yang paling jelas dan utama ialah kenyataan mereka tentang kedudukan al-Quran di waktu kewafatan Rasulullah s.a.w. Antara penulisan mereka ialah ';sebenarnya sejarah telah membuktikan dengan sepenuhnya bahau a pada ketika nabi wafat, apa yang ditinggalkan oleh beliau ialah Quran, selain daripada sebuah masyarakat Islam di semenanjung Arab. Quran ini belum tersusun menjadi sebuah buku pada waktu itu. tetapi catatancatatannya di atas kulit dan di atas bahan-bahan lain ada tersimpan di rumah nabi dan dengan beberapa orang setiausaha nabi yang bertindak sebagai pencatat-pencatat wahyu.

Juga nabi sendiri telah menyusun al-Quran. di bawah bimbingan Jibril, mengikut susunan yang wujud sekarang, dan beliau telah mengajar susunan ini kepada ramai sahabat dengan menghafal bahagian-bahagian Quran yang wujud tiap-tiap Ramadan, dan seluruhnya sebelum beliau wafat. Dalam pemerintahan Abu Bakar, Abu Bakar telah mengarah Zaid bin Thabit, salah seorang setiausaha nabi yang rapat, mengumpul dan menyusun Quran daripada semua catatan yang wujud dan juga daripada para hafiz. Inilah Quran yang dijadikan edisi rasmi dan disebarkan ke segenap pelosok empayar Islam oleh Khalifah Uthman dalam pemerintahan beliau. Dengan demikian, Quran dibuktikan oleh sejarah sebagai sebuah dokumen yang mutawatir".

Penulis merasa bingung dan hairan bagaimana golongan antihadith dapat sampai kepada kesimpulan di atas yang merupakan asas dan titik tolak penghujahan mereka untuk menunjukkan hanya Quran adalah benar dan yang lain adalah palsu. Atas dasar apakah mereka telah menerima kesimpulan tersebut sedangkan semuanya ini tidak diceritakan oleh al-Quran. Kalau kita menerima sunnah/hadith sebagai sumber keilmuan, ianya tidak menimbulkan masalah kerana ini dan pendetailan pengumpulan al-Quran yang lain diceritakan oleh sunnah/hadith. Kepada golongan anti-hadith adalah agak malang kerana mereka menolak sunnah/ hadith dan menerima sejarah sebagai asas penghujahan.

Adakah sejarah lebih berautoriti dan lebih dipercayai daripada sunnah/hadith? Penulis mendapati bahawa mereka sebenarnya membuat petikan di atas daripada sebuah buku 'ulum al-Quran dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh Ahmad von Denffer. Alangkah malangnya kepada golongan antihadith kerana terpaksa merujuk kepada sebuah kitab sampingan dan menolak sumber yang lebih berwibawa iaitu sunnah/hadith di mana Ahmad von Denffer sendiri membuat rujukan kepada sunnah/ hadith. Sudah tentu Ahmad von Denffer dan golongan anti-hadith tidak hidup di zaman kewafatan Rasulullah s.a.w. atau di zaman khalifah Uthman untuk melihat sendiri bagaimana al-Quran dikumpulkan. Bagaimana golongan anti-hadith membuat kesimpulan tanpa asas penghujahan yang logik, rasional dan selari dengan asas hypotesis merekabahawasunnah/hadith adalah palsu???

Keadaan di atas akan semakin lebih teruk kerana pengumpulan alQuran sendiri, seperti yang diakui oleh golongan anti-hadith, adalah dilakukan oleh golongan sahabat. Kalau golongan sahabat tidak boleh dipercayai dalam meriwayatkan sunnah/hadith, bagaimana pula mereka diterima dalam riwayat al-Quran? Tidak mustahil di masa hadapan mereka yang menolak sunnah/hadith sebagai sumber teologi dan perundangan akan menyatakan pula bahawa al-Quran juga tidak benar dan hanya rekaan kerana ianya dikumpulkan oleh manusia. Fenomena pemikiran ke arah ini sudah disuarakan oleh beberapa orang Islam sendiri di zaman moden ini yang boleh meruntuhkan seluruh asas sistem kehidupan Islam.

Penghujahan golongan anti-hadith yang kedua lemah, kosong dan hambar ialah isu timbulnya hadith ciptaan dan rekaan iaitu hadith maudu. Memang benar, sejarah Islam di satu zaman tertentu, timbul fenomena setengah peribadi dan golongan serta parti-parti politik tertentu mencipta hadith-hadith tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu dan untuk kepentingan diri sendiri. Ini adalah satu hakikat yang diterima oleh kesemua umat Islam termasuk golongan antihadith. Malangnya, golongan anti-hadith tidak mempunyai kekuatan penghujahan yang kuat dan rasional untuk melihat kesan di sebalik fenomena ini. Persoalan timbul iaitu sekiranya sunnah/hadith tidak berwibawa dan tidak berautoriti dalam perundangan Islam, mengapa manusia dengan pelbagai tujuan terlibat dalam mencipta sunnah/ hadith sendiri?

Sikap dan tindakan manusia ini membuktikan bahawa sunnah/ hadith mempunyai tempat yang tinggi dalam kepercayaan dan keilmuan umat Islam di masa itu dan fenomena ini telah berlaku di kurun pertama hijrah lagi. Kalau sunnah/hadith tidak berautoriti seperti dakwaan anti-hadith, pencipta-pencipta hadith palsu tidak akan menghabiskan masa mereka mencipta sesuatu yang hampir menyerupai hadith untuk kepentingan diri mereka.

Berhubung dengan persoalan hadith ciptaan atau palsu, ianya perlu difahami dalam bentuk pengecualian di mana kebanyakan hadith telah diuji ketulenannya dan diterima oleh umat Islam. Penulis tidak akan berhujah dari segi penghujahan ilmiah yang mendalam kerana ia bukanlah tujuan penulisan ini tetapi sekadar memberi beberapa penghujahan rasional yang senang diterima. Dalam kes peristiwa fitnah yang menimpa Imam Ahmad b. Hanbal, seluruh kerajaan termasuk khalifah Ma'mun telah menerima kefahaman muktazilah bahawa al-Quran itu adalah perkara baru iaitu makhluk sedangkan Imam Ahmad tetap menegaskan bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat azali.

Kalaulah hadith senang dicipta dan dipalsukan, sudah tentu kerajaan Abbasiyah di zaman Matmun, dengan segala kekuatannya, akan mencipta hadithhadith untuk memenangkan kefahaman mereka tetapi ini tidak pernah berlaku.

Penulis juga merasa hairan kenapa sesetengah hadith diterima, paling kurang dari segi laporannya walaupun tidak diterima dari segi kewibawaannya dalam perundangan, sedangkan banyak hadith-hadith yang lain telah ditolak kerana dianggap sebagai palsu. Faktor yang memisahkan dua kategori hadith-hadith ini ialah satu kategori berbentuk tulisan dan satu lagi berbentuk oral di mana hanya hadith berbentuk tulisan yang diterima seperti Piagam Madinah, surat-surat perjanjian dan suratsurat Rasulullah s.a.w. Kalau inilah penghujahannya, ianya bukanlah kukuh dan adil kerana walaupun ianya berbentuk tulisan pada asalnya, tetapi ianya disampaikan (transmitted) kepada golongan tabi'in secara oral dan begitulah seterusnya sehinggalah ianya dikumpulkan dalam kitab-kitab hadith.

Golongan anti-hadith, antara lain berhujah bahawa terdapat beberapa sunnah/hadith yang melarang golongan sahabat menulis di zaman Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran. Ini menunjukkan, mengikut dakwaan anti-hadith, bahawa sunnah/hadith adalah tidak benar dan tidak penting dalam Islam kerana ianya dilarang ditulis oleh Rasulullah s.a.w. Sekali lagi, golongan anti-hadith telah membuat kesimpulan yang bertentangan dengan hypotesis mereka yang asal di mana mereka telah berhujah dengan sunnah/hadith untuk meruntuhkan sunnah/hadith. Persoalan kebenaran menulis sunnah/hadith telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Abd al-Ghani Abd al-Khaliq dalam kitabnya Huj jiyah al-Sunnah di mana larangan Rasulullah s.a.w. hanyalah kepada setengah sahabat dan bukannya menyeluruh.

Ini samalah seperti dakwaan anti-hadith bahawa Imam al-Shafite sebenarnya telah mengemukakan penghujahan untuk melemahkan penghujahan golongan muktazilah yang menolak hadith dan hanya beramal dengan al-Quran. Sekali lagi, mengikut kajian penulis, al-Shafi'e tidak pernah menamakan golongan yang ditujukan penghujahannya dan al-Shafite juga tidak pernah menyebut soal ahl al-Quran dan ahl-hadith

Kalaulah kita menganggap al-Shafi'e menghadapkan penghujahannya kepada golongan muktazilah kerana mereka menolak sunnah/hadith, ini juga tidak dapat diterima kerana al-Shafi'e pernah belajar daripada golongan muktazilah iaitu lbrahim b. Abi Yahya dan juga meriwayatkan dua hadith daripadanya yang direkodkan dalam kitab al-Risalah.

Begitu juga, berdasarkan kajian penulis, golongan muktazilah dan seumpamanya tidak pernah menolak sunnah/hadith kerana ianya adalah sunnah/hadith tetapi kerana sesuatu sunnah/hadith itu bertentangan dengan akidah kepercayaan mereka atau bertentangan dengan al-Quran. Ini adalah terbukti apabila mereka berhujah untuk memantapkan pandangan mereka dengan beberapa sunnah/hadith yang menyokong pandangan dan kefahaman mereka. Kalau sunnah/hadith tidak langsung berautoriti, mereka tidak akan membuat rujukan kepadanya langsung. Sehubungan denganitu, | al-Shafi'e dalam polemiknya berhubung dengan soal penolakan hadith, menggunakan dua istilah yang berbeza secara konsisten iaitu sunnah dan khabar di mana perselisihan umat Islam di kurun kedua hijrah adalah berlaku di sekitar bagaimana untuk menguji sesuatu khabar itu telah thabit daripada Rasulullah (fi tathbit alkhabar) dan bukannya pada autoriti sunnah. (Lihat kajian penulis dalam "Sunnah dalam teori perundangan Islam").

Berdasarkan huraian di atas, penulis merasai bahawa golongan anti-hadith yang timbul kebelakangan ini sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain adalah pelopor kepada satu kefahaman yang salah yang tidak pernah timbul dalam sejarah umat Islam walaupun oleh penciptapencipta hadith palsu atau oleh golongan muktazilah, murjiah dan sebagainya. Golongan-golongan yang disifatkan oleh setengah penulis (seperti Ibn Qutaybah dalam Takwil Mukhtalaf al-Hadith) sebagai menolak hadith sebenarnya tidak pernah menolak autoriti sunnah/hadith kerana ianya daripada Rasulullah s.a.w. tetapi kerana tidak memenuhi syarat penerimaan sunnah/hadith berdasarkan kefahaman mereka.

Mereka percaya bahawa Rasulullah bercakap benar dan apa yang dicakap itu adalah wahyu (sekiranya dibuktikan benar) dan mereka secara praktikal telah memetik banyak sunnah/hadith dalam perbincangan dan penulisan mereka. Golongan anti-hadith di zaman sekarang adalah golongan yang langsung tidak mempercayai bahawa perkataan Nabi adalah wahyu (walaupun dapat dibuktikan kebenarannya) kerana unsur wahyu dalam sunnah/hadith tidak langsung diimani oleh golongan anti-hadith. Lebih-lebih lagi, mereka tidak langsung membuat petikan kepada'sunnah /hadith dalam penulisan mereka (walaupun mereka sebenarnya melakukannya tanpa diakui oleh mereka seperti dalam kisah pengumpulan al-Quran) dan juga mereka tidak mempunyai kriteria untuk menolak dan menerima sunnah/hadith yang sebenarnya diamalkan oleh golongan-golongan silam yang dikatakan menolak hadith. Jelas bahawa golongan anti-hadith adalah golongan pertama daripada kalangan umat Islam yang menolak autoriti Rasulullah s.a.w. sebagai seorang yang bercakap, bertindak malah diamnya sendiri sebagai wahyu Allah. Persoalannya, bagaimana mereka membezakan antara al-Quran dan sunnah yang kedua-duanya datang melalui Rasulullah s.a.w. kalau tidak Rasulullah itu diwahyukan?

Persoalan kaitan sunnah/hadith dengan isu fitnah dan perpecahan umat Islam, siapakah golongan antihadith untuk membuat kesimpulan bahawa fitnah hanya berlaku di kurun ketiga hijrah. Bagaimana dengan fitnah yang berlaku di akhir pemerintahan Ali b. Abi Talib atau di zaman Abdullah b. Zubair di kota Mekah? Seorang orientalis terkemuka dalam bidang ilmu hadith yang selalu dirujuk oleh golongan anti-hadith iaitu Juynboll, dalam sebuah artikelnya iaitu "Muslim introduction to his Sahih, translated and annotated with an excursus on the choronology of fitna and bid'a", telah menjelaskan bahawa fitnah dalam Islam bermula lebih awal.daripada kurun ketiga atau kedua hijrah di mana ianya bermula di pertengahan kurun pertama hijrah.

Golongan anti-hadith juga senang membuat kesimpulan bahawa disebabkan sunnah/hadith mula diperkenalkan pada kurun ketiga hijrah dan dalam masa yang sama berlaku fitnah dalam umat Islam, maka pasti sunnah/hadithlah yang bertanggungjawab kepada perpecahan umat Islam. Inilah satu kesimpulan yang bersifat 'bias' kerana fitnah telahpun berlaku sebelum kurun kedua hijrah dan keduanya kenapa isu fitnah itu diperbesarkan sedangkan umat Islam berada dalam ketinggian dan kemajuan berbanding dengan bangsa lain selama 13 kurun dan akhirnya kenapa ditujukan kelemahandan perpecahan kepadasunnah/hadith?

Sikap membuat kesimpulan tanpa sebarang penghujahan yang mantap begitu terserlah dalam kajian golongan anti-hadith kerana kebatilan akan hanya menjelaskan kebatilan. Dalam persoalan sembahyang, al-Quran mengikut anti-hadith, sudah cukup menjelaskan cara-cara dan waktu sembahyang walaupun ini akan menimbulkan satu keluasan dalam cara mengerjakan sembahyang seperti yang diakui sendiri oleh antihadith. Malangnya, golongan antihadith tidak begitu bijaksana dalam memerhati susunan dan cara olahan al-Quran tentang sembahyang dan ini telahpun dikenalpasti oleh seorang tokoh orientalis iaitu Snouck Hurgronje yang menjadi tokoh kepada anti-hadith.

Ini amat terserlah dalam persoalan sembahyang di zaman peperangan di mana ayat 102 dalam surah an-Nisa' menjelaskan satu cara sembahyang di waktu ketakutan dengan cara yang paling lengkap berbanding dengan sembahyang-sembahyang lain di waktu biasa. Hurgronje tertarik kepada ayat ini dan membuat perbandingan dengan ayat 239 surah al-Baqarah yang bermaksud "Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka salatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (salatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui". Hurgronje sebenarnya merasa hairan kenapa Allah menceritakan tentang cara sembahyang di zaman ketakutan secara meluas sedangkan ini tidak pula dibuat kepada sembahyang-sembahyang biasa. Jawapannya, mengikut Hurgronje ialah kerana terdapat ayat 239 dalam al-Baqarah (yang dipetik di atas) yang memberitahu bahawa di masa aman, sembahyanglah sepertimana yang diajarkan oleh Allah. Ayat ini memberi penghujahan yang tepat dan mantap bahawa ini semua diajar, mengikut Hurgronje melalui sunnah/hadith kerana tidak ada mana-mana ayat dalam al-Quran yang menceritakan tentang sembahyang biasa sedetail cerita tentang sembahyang dalam ketakutan.

Penulis ingin membuat kesimpulan bahawa kefahaman golongan anti-hadith tidak berasas sama sekali dan kalau hendak digunakan penghujahan anti-hadith, sudah pasti al-Quran sendiripun tidak dapat diterima sebagai benar. Malah, cerita pengumpulan alQuran sendiripun diasaskan kepada sunnah/hadith kerana tidak ada sumber lain yang dapat memberitahu hal ini melainkan alQuran dan sunnah/hadith tetapi alQuran tidak pernah menceritakan hal ini. Kalau rujukan hendak dibuat kepada buku-buku lain selain daripada sunnah/hadith, apa lebihnya buku-buku tersebut berbanding dengan sunnah/hadith? Ditakuti bahawa kefahaman antihadith akan membawa pula kepada ketidakpercayaan kepada al-Quran kerana al-Quran sendiri khususnya pengumpulan al-Quran diasaskan kepada sunnah/hadith dan ini sebenarnya adalah tujuan golongan orientalis.

Sudah tepatlah bahawa fahaman anti-hadith adalah satu kedangkalan, kejahilan dan ajaran yang salah dan sesat serta membahayakan sistem teologi dan perundangan Islam secara keseluruhan.

(Dakwah Ogos 1995)

1