ENGLISH MALAY (translated by Zahri Ibn Kathir, with the help of Mohammad Azron)
My Story of Reversion to Islam 
Shariffa Carlo 

             The story of how I reverted to al Islam is a story of plans. I made plans; the group I was with made plans, and Allah made plans. And Allah is the Best of Planners. When I was a teenager, I came to the attention of a group of people with a very sinister agenda. They were and probably still are a loose association of individuals who work in government positions but have a special agenda — to destroy Islam. It is not a governmental group that I am aware of, they simply use their positions in the US government to advance their cause.  

             One member of this group approached me because he saw that I was articulate, motivated and very much the women’s rights advocate. He told me that if I studied International Relations with an emphasis in the Middle East, he would guarantee me a job at the American Embassy in Egypt. He wanted me to eventually go there to use my position in the country to talk to Muslim women and encourage the fledgling women’s rights movement. I thought this was a great idea. I had seen the Muslim women on TV; I knew they were a poor oppressed group, and I wanted to lead them to the light of 20th century freedom.   

             With this intention, I went to college and began my education. I studied Quraan, hadith and Islamic history. I also studied the ways I could use this information. I learned how to twist the words to say what I wanted them to say. It was a valuable tool. Once I started learning, however, I began to be intrigued by this message. It made sense. That was very scary. Therefore, in order to counteract this effect, I began to take classes in Christianity. I chose to take classes with this one professor on campus because he had a good reputation and he had a Ph.D. in Theology from Harvard University. I felt I was in good hands. I was, but not for the reasons I thought. It turns out that this professor was a Unitarian Christian. He did not believe in the trinity or the divinity of Jesus. In actuality, he believed that Jesus was a prophet.   

             He proceeded to prove this by taking the bible from its sources in Greek, Hebrew and Aramaic and show where they were changed. As he did this, he showed the historical events which shaped and followed these changes. By the time I finished this class, my deen had been destroyed, but I was still not ready to accept Islam. As time went on, I continued to study, for myself and for my future career. This took about three years. In this time, I would question Muslims about their beliefs. One of the Individuals I questioned was a Muslim brother with the MSA. Alhamdulllah, he saw my interest in the deen, and made it a personal effort to educate me about Islam. May Allah increase his reward. He would give me dawaa at every opportunity which presented itself.   

             One day, this man contacts me, and he tells me about a group of Muslims who were visiting in town. He wanted me to meet them. I agreed. I went to meet with them after ishaa prayer. I was led to a room with at least 20 men in it. They all made space for me to sit, and I was placed face to face with an elderly Pakistani gentleman. Mashallah, this brother was a very knowledgeable man in matters of Christianity. He and I discussed and argued the varying parts of the bible and the Quraan until the fajr. At this point, after having listened to this wise man tell me what I already knew, based on the class I had taken in Christianity, he did what no other individual had ever done. He invited me to become a Muslim. In the three years I had been searching and researching, no one had ever invited me. I had been taught, argued with and even insulted, but never invited. May Allah guide us all. So when he invited me, it clicked. I realized this was the time. I knew it was the truth, and I had to make a decision. Alhamdulillah, Allah opened my heart, and I said, “Yes. I want to be a Muslim.” With that, the man led me in the shahadah - in English and in Arabic. I swear by Allah that when I took the shahadah, I felt the strangest sensation. I felt as if a huge, physical weight had just been lifted off my chest; I gasped for breath as if I were breathing for the first time in my life. Alhamdulillah, Allah had given me a new life — a clean slate — a chance for Jennah, and I pray that I live the rest of my days and die as a Muslim. Ameen.   

Shariffa Carlo 

Kisahku Kembali Kepada Islam 
Shariffa Carlo 

            Kisah bagaimana aku kembali kepada Islam merupakan kisah perancangan. Aku merancang, kumpulan yang aku anggotai telah merancang, dan Allah swt juga telah merancang. Dan Allah swt jua adalah sebaik baik perancang. Semasa aku remaja, aku telah menemui sekumpulan mereka yang mempunyai agenda yang jahat. Mereka adalah sekumpulan individu yang telah atau masih berjawatan di dalam kerajaan tetapi mempunyai agenda tersendiri - iaitu untuk menghancurkan Islam. Setahu saya mereka bukanlah kumpulan kerajaan tetapi mereka menggunakan kedudukan dan jawatan mereka di dalam kerajaan Amerika untuk melaksanakan maksud mereka. 

            Salah seorang dari mereka di dalam kumpulan ini telah mendekatiku kerana ternampak di dalam diriku bahawa aku adalah seseorang yang berani, motivasi dan sangat perihatin didalam hak dan keperluan asasi wanita. Dia memberitahuku bahawa jika aku belajar Perhubungan Antarabangsa (International Relations) dengan pengkhususan di Timur Tengah, dia akan menjamin pekerjaan di Kedutaan Amerika di Mesir. Dia mengkehendaki aku kemudiannya menggunakan jawatanku di negara itu supaya mendekati wanita wanita Islam dan menggalakkan mereka supaya menghidupkan sentimen pergerakan hak wanita. Aku berfikir ini adalah idea / rancangan yang baik. Aku telah melihat wanita wanita Islam di dalam TV; Aku tahu mereka adalah golongan yang ditindas, dan aku ingin membawa mereka pada cahaya pembebasan kurun yang ke dua-puluh.  

            Dengan tujuan ini, aku telah ke kolej dan memulakan pelajaranku. Aku belajar Al-Quran, Hadith dan sejarah Islam. Aku juga telah belajar cara untuk menggunakan ilmu yang aku belajar untuk memutarbelitkannya supaya ianya sesuai dengan kehendakku. Ini adalah teknik yang sangat berharga. Walaubagaimanapun, apabila aku telah memulai pelajaranku, aku telah terpesona dengan apa yang aku pelajari. Semuanya masuk akal. Ini menakutkanku. Oleh itu, untuk membalasi kesan ini, aku telah mengambil pelajaran di dalam agama Kristian. Aku telah memilih untuk mengambil kelas dengan seorang professor di dalam kampus kerana dia mempunyai reputasi yang baik dan dia mempunyai kedoktoran (PhD) di dalam ilmu tauhid dari Universiti Harvard. Aku rasa bahawa diriku dibawah bimbingan yang baik. Memang betul tetapi bukan kerana sebab yang telah aku fikirkan . Dengan takdir, professor ini ialah ‘Unitarian Christian’ . Dia tidak percaya pada triniti atau ketuhanan Isa (Jesus). Malah dia percaya bahawa Isa (Jesus) ialah seorang Nabi.  

            Dia meneruskan dan membuktikan dengan mengambil Injil (Bible) dari asalnya dalam bahasa Greek (Yunani), Hebrew(Bahasa Yahudi) dan Aramaic (bahasa kuno Yahudi) dan membuktikan di mana ianya telah diubah. Sambil menunjukkan perkara ini, dia telah tunjukkan fakta dan kejadian di dalam sejarah yang membentuk dan menyusuli perubahan itu. Apabila aku telah tamat kursusnya, agamaku (kristian) telah musnah tetapi aku belum bersedia untuk menerima Islam. Masa terus berlalu dan aku masih meneruskan pelajaranku, untuk diriku dan pekerjaanku. Ianya mengambil masa tiga tahun. Dalam masa itu, daku telah menyoal orang orang Islam mengenai kepercayaan mereka. Salah seorang yang daku bertanya adalah seorang lelaki muslim didalam MSA (Muslims’ Students Association). Alhamdulillah, dia melihat kesungguhanku di dalam agama dan telah membuat usaha yang tersendiri untuk mengajarku tentang Islam. Semoga Allah swt mempergandakan ganjaran untuknya. Dia telah memberi dakwah padaku di dalam setiap peluang yang dia dapati.  

            Satu hari, lelaki ini telah menghubungi aku dan memberitahuku tentang sekumpulan muslim yang sedang melawati bandar. Dia  ingin membawaku bertemu dengan mereka. Aku bersetuju. Aku pun pergi untuk menjumpai mereka dan selepas solat Isha’, aku telah dibawa ke satu bilik yang diduduki oleh sekurang kurangnya dua puluh orang. Mereka semua telah memberiku tempat duduk dan saya telah duduk berhadapan dengan seorang Pakistan yang tua. MashaAllah, lelaki tua ini sangat berpengetahuan dalam agama Kristian, Aku telah berbincang dengannya mengenai bab bab didalam Injil (Bible) dan Al-Quran hingga Fajar. Di waktu itu, selepas mendengar penjelasan dari lelaki ini apa yang saya tahu daripada kelas yang saya ambil mengenai agama Kristian, dia telah membuat sesuatu yang orang lain sebelum ini tidak pernah buat. Dia telah menjemputku supaya menjadi seorang muslim. Dalam masa tiga tahun saya mencari dan terus mencari, tidak ada sesorang pun yang menjemputku. Aku telah diajar, telah membahas dan juga telah dihina, tetapi tidak pernah dijemput. Semoga Allah swt memberi petunjuk pada kita semua. Jadi apabila aku telah dijemput , ianya terus membuka hatiku. Daku sedar inilah waktunya. Daku sedar inilah kebenaran dan aku harus membuat keputusan. Alhamdulillah, Allah swt membuka hatiku dan aku menjawab, "Ya, aku ingin menjadi seorang Muslim". Dengan itu, lelaki ini telah membimbingku di dalam mengucapkan shahadahku- di dalam bahasa Inggeris dan juga di dalam bahasa Arab. Aku bersumpah bahawa apabila aku mengambil shahadahku, daku merasakan perasaan yang amat ganjil. Aku merasakan seolah olah satu beban yang sangat berat telah diangkat daripada dadaku, dan apabila aku mengambil nafas, seolah-olah inilah nafas pertamaku dalam kehidupanku. Alhamdulillah, Allah swt telah memberi daku kehidupan yang baru-didalam keadaan yang suci- peluang untuk ke syurga, dan aku berdoa supaya aku dapat hidupkan sisa sisa kehidupanku di dalam Islam dan mati sebagai seorang muslim. Ameen 
 

Shariffa Carlo