ENGLISH | MALAY (translated by Md. Zahri, with the help of Siti Khalijah) |
You
Were Born Without Sin
I am sure you must have
heard it said that we were born in sin—and perhaps you even believe that.
But let's think about that for a moment. Would the Just God blame you for
a sin you never committed? Would He hold you responsible for what someone
else did? Definitely not! God's book teaches that you are responsible for
only your own actions. You cannot sin until you do something wrong. And
you certainly could not have done wrong before you were even born.
|
Kamu
Dilahirkan Tanpa Dosa
Adakah Tuhan akan menghukumi kamu kerana kesalahan orang lain? Saya yakin anda pernah mendengar bahawa kita dilahirkan dalam keadaan berdosa- dan mungkin juga anda mempercayai akan perkara itu. Tetapi, marilah kita berfikir sejenak. Adakah Tuhan yang adil akan menghukumi anda kerana kesalahan orang lain? Adakah Dia akan menyuruh anda bertanggungjawab ke atas perbuatan orang lain? Tentunya tidak. Kitab Allah (Tuhan) telah mengajar kita bahawa kita bertanggungjawab ke atas perbuatan kita sendiri. Kita tidak berdosa selagi kita tidak melakukan kesalahan. Dan pastinya kita tidak akan melakukan kesalahan sebelum kita dilahirkan. Namun begitu, kita selalu berjumpa mereka yang mengatakan bahawa kita dilahirkan dalam keadaan yang berdosa. Adakah perkara ini betul? Mereka mengatakan manusia yang pertama, Adam (a.s) berdosa, dan disebabkan dosanya maka manusia di seluruh dunia mendapat dosa; dan sekarang dosanya telah merosakkan segala-galanya, termasuk juga bayi yang baru lahir. Adakah ini logik? Bolehkah kita mempercayai bahawa manusia semua telah dilaknati sebelum mereka melakukan apa-apa? Hakim manakah yang akan menghukum manusia atas jenayah yang dia tidak lakukan? Hakim yang adil tidak akan melakukan perkara itu melainkan disebabkan oleh sesuatu kesilapan. Bagaimana pula dengan Tuhan? Adakah Dia akan melakukan kesilapan seperti itu? Kita tidak boleh melayan pemikiran yang salah seperti itu mengenai Tuhan. Dia adalah Maha Adil. Dia akan menghukum anda jika anda melakukan kesalahan, tetapi Dia tidak mungkin akan menyalahkan anda atau meletakkan anda bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh manusia yang pertama. Marilah kita berfikir sejenak. Walaupun jika anda melakukan kesalahan, Tuhan akan sentiasa bersedia untuk mengampuni anda. Tuhan penuh dengan kebaikan dan kerahiman. Tuhan akan sentiasa bersedia untuk mengampuni mereka yang datang padaNya dan meminta keampunanNya. Ini bermakna, jika anda telah melakukan kesalahan, anda masih boleh meminta keampunanNya dan Dia akan memaafkan anda, jika anda benar-benar ingin bertaubat dengan ikhlas. Tidakkah ini perkara yang menyenangkan? Alangkah indahnya apabila mengetahui walaupun hidup kita bergelumang dengan dosa tetapi apabila kita bertaubat untuk berubah dan taat padaNya, Dia akan memaafkan kita pada saat itu juga. Dan ini hanya antara kita dengan Tuhan sahaja. Kita tidak memerlukan perantaraan kotak pengampunan, dan juga kita tak perlukan orang lain untuk menanggung dosa kita. Bolehkah kita menolak kerahiman dan kebaikan yang Tuhan kurniakan kepada kita? Tuhan mahu kita tahu akan kasih-sayangNya. Dia mahu kita tahu bahawa Dia adalah Maha Adil. Dia mahu kita tahu tentang kebenaran mengenaiNya supaya apabila kita kembali kepadaNya, kita tahu dengan siapa kita menghadap. Tetapi malangnya, banyak keterangan yang salah mengenaiNya. Di manakah boleh kita mendapatkan maklumat yang betul mengenaiNya? Tidak lain dan tidak bukan ialah dari KitabNya. Tuhan telah menerangkan mengenaiNya di dalam KitabNya. Sepatutnya hendaklah anda membaca KitabNya. Tuhan telah berfirman di dalam kitabNya : Wahai sekelian manusia!Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan dari Tuhan kamu. Dan telah Kami turunkan kepada kamu cahaya yang nyata.Adapun orang orang yang beriman pada Allah dan berpegang mereka kepadaNya, maka akan dimasukkanNya mereka ke dalam rahmatNya dan kurnia. Dan dia beri petunjuk mereka kepadaNya suatu jalan yang lurus. An-Nisaa- 174-175 Al-Quran ialah kitab Allah yang terakhir yang menjadi petunjuk kepada seluruh manusia. (terjemahan Al-Quran dari tafsir Al-Azhar) |