ENGLISH MALAY (translated by Siti Khalijah, with help from Wan Asma Wan Mahmud)
The Christian Missionary's "Thinking Questions" for the  Muslim 
(Article based on  Gary Miller's Speech on Islam & Christianity)

Missionary: Does the Koran say that Jesus was sinless? 
Muslim: Yes. Jesus was perfect man. Never sinned. 
  

Missionary: Does the Koran tell Mohammad to repent? 
Muslim: Yes. Quran tells Mohammad to repent. 
  

That's all. The missionary doesn't say anything else. He hopes now that the Muslim would start thinking: 

"Now, wait a minute, Jesus never sinned, but Mohammad was supposed to repent. Maybe Jesus is better!" 

Missionary wants the Muslim to start thinking that a sinless man is better than a repentant sinner".   Missionary is hoping, but he dare not say it. Because if the Missionary says that, he goes exactly against the teachigns of Jesus.  

If the Missionary is foolish enough to say that a sinless man is better than a repentant sinner, he's going against the teachings of Jesus. 

The reason why the Missionary is going against the teachigns of Jesus is this: 

Story of a lost sheep. Mathew Chapter 18, verse 12: 

Jesus said, "If a man has a 100 sheep and one of them has gone astray, does he not leave the 99 on the hills, and go on the search of the one that went astray. And if he finds it,  truely I say to you, he rejoices over it more than over the 99 that never went astray. "  

Jesus was trying to hammer that point home to his disciples: Don't you dare say, for example, because you've been a faithful follower for many years  that you're better than this one who just became a believer just yesterday.  The perfect man has no precedence over the repentant sinner. 
 
Missionary: Was Jesus the Messiah ? 
Muslim: Yes. 

Missionary: Was Mohammad the Messiah? 
Muslim: No 
  

Now, the Missionary stops there, and hopes that the Muslim would start thinking, "now, wait a minute,  Jesus is the Messiah, and Mohammad is not the Messiah. Maybe Jesus is better!" 

What the Muslim should ask the Missionary is about this word Messiah: Jesus was the Messiah, but were there any other Messiahs besides Jesus? 

Now you find out how well he knows his Bible.  Because there were many Messiahs:  David, Solomon, and even Cyrus [sp?] the Persian  
were called Messiah. Its hard to find  it in the Bible because the translators cover it over. 

Messiah  means  "annointed".  

Messiah is  somebody who has been picked to do a job. Every king of ancient Israel was called Messiah. Now the word doesn't sound so special anymore. It is a title, but it doesn't particularly elevate one to some divine status. 

Missionary:    Where's the body of Jesus ? 
Muslim:            God took it. 

Missionary:     Where's the body of Mohammad? 
Muslim:           Its in Medina.  It's burried in ground. 

Now the Missionary hopes that the Muslim would go away thinking, "Now that's interesting! The body of Jesus is gone; Mohammad is in the grave. Maybe Jesus is the true Messenger, Mohammad is false!" 

Missionary's hoping  the Muslim would think that, but he dare not say it.  

What the Muslim should ask the Missionary is this: 
"Do you mean that a dead and buried Prophet is a false prophet? Is that what you mean?" 

What does Missionary say about Abraham, for example?  

Abraham is buried.  Jews and Muslims to this day, still go to the place where Abraham is burried, to visit his grave. 

Is Abraham a false prophet because he's dead in the ground? 

Also, Bible says body of Moses was taken up by God. God sent an angel to take the body away. So what does the Missionary's question prove? 

"Soalan-soalan yang Difikirkan" oleh Pendakwah Kristian untuk Orang Islam. 
(Artikel ini berdasarkan kepada ucapan Gary Miller mengenai Islam & Kristian). 

Pendakwah Kristian: Adakah Al-Quran mengatakan Nabi Isa tidak berdosa?
Orang Islam: Ya, Nabi Isa adalah insan yang sempurna. Tidak melakukan sebarang dosa 

Pendakwah Kristian: Adakah Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad bertaubat?
Orang Islam: Ya, Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad bertaubat. 

Itu saja. Pendakwah Kristian tidak berkata apa-apa lagi. Dia berharap supaya orang Islam mula berfikir: 

"Macam mana ya, Nabi Isa tidak pernah berdosa, tetapi Nabi Muhammad sepatutnya bertaubat. Mungkin Nabi Isa adalah lebih baik"  

Pendakwah Kristian ini mahukan orang Islam mula berfikir bahawa manusia yang tidak berdosa adalah lebih baik daripada orang berdosa yang bertaubat. 

Pendakwah Kristian ini berharap yang demikian, tetapi ia tidak meluahkannya. Kerana kalau diluahkan apa yang difikirkannya, ia akan dikatakan  
menyeleweng daripada ajaran Nabi Isa. 

Antara sebab kenapa pendakwah Kristian ini akan dikatakan menyeleweng daripada ajaran Nabi Isa ialah berdasarkan kepada: 

Cerita biri-biri (domba) yang hilang. (Matius, 18:12). 

"Nabi Isa berkata: Jika seorang mempunyai 100 ekor biri-biri (domba) dan seekor di antaranya sesat, tidakkah ia akan meninggalkan yang 99 ekor di pergunungan dan pergi mencari yang sesat itu? Dan aku berkata kepadamu: Sekiranya ia jumpa biri-biri yang sesat itu, sesungguhnya lebih besar kegembiraannya atas yang seekor itu daripada atas yang 99 ekor yang tidak sesat". 

Nabi Isa cuba memberi penekanan kepada pengikutnya supaya jangan berani berkata, contohnya,disebabkan anda telah lama menjadi pengikut setianya maka anda lebih baik daripada orang yang baru kelmarin saja menjadi pengikutnya. Manusia yang sempurna tidaklah lebih mulia daripada orang berdosa yang bertaubat. 

Pendakwah Kristian: Adakah Nabi Isa itu Al-Masih? 
Orang Islam:  Ya. 

Pendakwah Kristian: Adakah Nabi Muhammad itu Al-Masih? 
Orang Islam: Tidak. 

Sekarang, pendakwah Kristian berhenti di sini dan berharap supaya orang Islam mula berfikir: 

"Macam mana ni, Nabi Isa adalah Al-Masih, sedangkan Nabi Muhammad bukannya Al-Masih. Mungkin Nabi Isa lebih baik". 

Apa yang orang Islam sepatutnya tanya kepada pendakwah Kristian ini ialah makna perkataan "Al-Masih". 

"Nabi Isa adalah Al-Masih, tetapi adakah Al-Masih lain selain daripada Nabi Isa?". 

Sekarang, anda dapat mengetahui sejauh mana pengetahuannya tentang kitab Injil. Kerana terdapat banyak Al-Masih: Nabi Daud, Nabi Sulaiman, dan sehinggakan Sirus [sp] Parsi juga dipanggil Al-Masih. Ini mungkin sukar didapati di dalam kitab Injil kerana penterjemah kitab Injil sekarang cuba menyembunyikannya. 

Al-Masih bermakna "dilantik". 

Al-Masih adalah seseorang yang dipilih untuk melakukan sesuatu tugas. Setiap orang raja Israel pada zaman silam dipanggil Al-Masih.  

Sekarang perkataan Al-Masih itu tidak nampak mempunyai keistimewaan lagi. Ia hanyalah sekadar gelaran, tetapi ia bukanlah meninggikan kemuliaan seseorang itu. 
 

Pendakwah Kristian: Di manakah jasad Nabi Isa? 
Orang Islam:  Diangkat oleh Allah ke langit. 

Pendakwah Kristian: Di manakah jasad Nabi Muhammad?  
Orang Islam:  Di Madinah. Disemadikan di dalam tanah. 

Sekarang, pendakwah Kristian berharap supaya orang Islam berfikir: 

"Oh ya! jasad Nabi Isa diangkat ke langit, sedangkan jasad Nabi Muhammad berada di dalam tanah. Mungkin Nabi Isa adalah Pesuruh Allah yang sebenar, Nabi Muhammad adalah palsu." 

Pendakwah Kristian berharap supaya orang Islam akan berfikir, walaupun tidak dinyatakan apa yang tersirat dihatinya. 

Apa yang perlu orang Islam tanyakan kepada pendakwah Kristian ini ialah: 

"Adakah maksud anda bahawa Nabi yang wafat dan dikebumikan jasadnya itu dianggap Nabi palsu? Adakah itu maksud anda yang sebenarnya? 

Apakah yang akan dikatakan oleh pendakwah Kristian sekiranya anda menanyakan tentang Nabi Ibrahim, contohnya? 

Nabi Ibrahim juga telah dikebumikan di dalam tanah. Sehingga ke hari ini, orang-orang Yahudi dan Islam masih menziarahi kuburnya. 

Adakah ini bermakna Nabi Ibrahim seorang Nabi Yang palsu kerana baginda juga disemadikan di dalam tanah? 

Kitab Injil juga ada mengatakan bahawa jasad nabi Musa telah diangkat oleh Tuhan. Tuhan telah menghantar malaikat untuk mengangkat jasadnya. Jadi apakah yang cuba hendak dibuktikan oleh soalan-soalan pendakwah Kristian ini?