ðHgeocities.com/Baja/Trails/3918/maklumat_ringkas.htmgeocities.com/Baja/Trails/3918/maklumat_ringkas.htm.delayedx4qÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈÈ`OKtext/html0Tjÿÿÿÿb‰.HMon, 09 Nov 1998 07:46:38 GMTø`Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *4qÔJ pol|tekn|kportd|ckson
...harap bersabar sementera laman sedang di download...

  • Yuran Pengajian

Yuran sebanyak RM200.00 bagi satu semester ( 6 bulan )


  • Yuran Asrama (jika ditawarkan asrama)

RM60.00 untuk satu semester (6 bulan)


  • Makan minum

Bayar sendiri semasa hendak makan (memerlukan duit poket sekurang-kurangnya RM150.00).


  • Sewa Rumah

Kebanyakan tuan rumah di Teluk Kemang mengambil sewa per kepala, kebiasaannya RM50.00 seorang pada setiap bulan.

  • Lokasi

Di tepi jalan utamaPort Dickson-Linggi (boleh dilihat dengan jelas dari tepi jalan). Memandu dari Melaka mengambil masa selama 45 minit. Memandu dari Seremban mengikut lebuhraya SPDH cuma mengambil masa 30 minit. Jika tersesat, sila cari Pekan Teluk Kemang dan bertanya kepada penduduk tempatan.


  • Cara Belajar

Pelajar dikehendaki masuk kuliah dari jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang. Peperiksaan akhir hanya akan diberi pada penghujung semester. Tugasan dan ujian akan sentiasa diberikan pada sepanjang semester.

Terdapat 2250 orang pelajar, 1800 daripada mereka berada di dalam kampus yang mana 900 orang tinggal di asrama dan yang selebihnya tinggal di rumah-rumah sewa di sekitar Teluk Kemang. Seramai 384 orang lagi sedang menjalani latihan industri di seluruh Malaysia.

  • Tempoh Kursus

Kursus Diplma lepasan SPM/ SPMV mengambila masa 3 tahun termasuk 6 bulan menjalani latihan industri kecuali kursus Diploma Sains Kesetiausahaan hanya mengambil masa 2 tahun termasuk 6 bulan latihan industri.

Kursus Diploma lepasan Sijil Politeknik pula mengambil masa selama 1 tahun sahaja.

Kursus Sijil Lepasan SPM/ SPMV mengambil masa 2 tahun termasuk 6 bulan Latihan Industri.

  • Bantuan Kewangan

Pihak Politeknik Port Dickson tidak memberikan apa-apa bantuan kewangan tetapi akan membantu pelajar mendapatkan pinjaman atau biasiswa dari badan-badan dan agensi kerajaan/ swasta.

  • Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar ke Politeknik diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak 2 kali setahun iaitu pada Bulan Januari dan Julai setiap tahun. Borang-bornag mula dijual mulai bulan Mac setiap tahun pada kadar RM6.00 bagi lepasan SPM/ SPMV dan RM7.00 bagi lepasan Sijil Politeknik.



|| main || || unit dan jabatan || || pelan || || meclub ||
|| maklumat am || || kelab dan persatuan || || sekapur sirih || || kemudahan asas ||