ðHgeocities.com/Baja/Trails/3918/mekanikal.htmgeocities.com/Baja/Trails/3918/mekanikal.htm.delayedx7qÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈÈ`¸OKtext/html0Tj¸ÿÿÿÿb‰.HMon, 09 Nov 1998 07:46:40 GMTü`Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *7qÔJ¸ pol|tekn|kportd|ckson
...harap bersabar sementera laman sedang di download...


Di antara kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ialah :

  • DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( Jentera Am )

    Tujuan kursus ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar yang mengikuti kursus ini dikehendaki menjalani latihan dalam bidang pemesinan, kimpalan dan pengaturcaraan komputer, proses pembuatan, CNC, pengujian bahan disamping mata pelajaran teras yang terdapat dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk matematik, sains kejuruteraan, lukisan kejuruteraaan, teknologi bahan, teknologi elektrik,teknologi haba dan bendalir, kajidaya bahan, Rekabentuk, Pneumatik & Hidraulik dan kajidaya mesin.

  • DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( Pembuatan )

    Kursus ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik atau proses industri serta penggunaan alatan moden seperti CNC, proses pembuatan, Proses pengacuanan plastik, sistem pembuatan, Jangkawas dan kawalan, Pneumatik & hidraulik, Mekanik kejuruteraan, CAD-CAM, Pengautomasian dan Robotik dan teknologi bahan.

  • SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( Jentera Am )

    Kursus ini bertujuan untuk melahirkan para lulusan yang berkemahiran dalam mengendalikan alatan-alatan jentera.Mata pelajaran yang dipelajari termasuk Matematik, Sains Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Bahan, Teknologi Elektrik, Kajidaya Bahan dan Teknologi Haba dan Bendalir.

  • SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( Automotif )

    Kursus ini membolehkan pelajar memahami dengan terperinci berhubung dengan aspek kejuruteraan automotif, khususnya bidang penyelenggaraan. Mata pelajaran yang dipelajari termasuklah Teknologi automotif, Matematik, Teknologi Elektrik, Teknologi Kejuruteraan Logi, Teknologi Haba dan Bendalir, Hidrolik Mobil, Kajidaya kenderaan bermotor dan enjin pembakaran dalam.

  • SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( Pembuatan )

    Para pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik atau proses indutri serta pengunaan alatan moden seperti mesin CNC, proses pembuatan, proses pengacuan plastik, Sistem pembuatan, Jangkawas dan Kawalan juga diajar dalam kursus ini.





|| main || || unit dan jabatan || || pelan || || meclub ||
|| maklumat am || || kelab dan persatuan || || sekapur sirih || || kemudahan asas ||