Hgeocities.com/Baja/Trails/3918/pendahuluan.htmgeocities.com/Baja/Trails/3918/pendahuluan.htm.delayedx9qJ0`OKtext/html jb.HMon, 09 Nov 1998 07:51:27 GMTaMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *9qJ pol|tekn|kportd|ckson
...harap bersabar sementara laman sedang di download...

Politeknik Port Dickson yang sudah 8 tahun bertapak di Km 14, Jalan Pantai iaitu hanya 2 kilometer sahaja dari pantai terkenal Teluk Kemang. Bermula pada Julai 1990 hingga sekarang, Politeknik Port Dickson telahpun melahirkan hampir 5000 lulusan di peringkat diploma dan juga sijil dalam bidang kejuruteraan dan juga perdagangan. Mereka semua adalah merupakan eksekutif muda ataupun pembantu teknik ataupun juruteknik yang rajin, berdedikasi serta memiliki kemahiran yang dikehendaki oleh kebanyakan industri. Tidak kurang juga antara mereka yang telah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institut pengajian tinggi di Malaysia mahupun di luar negara. Setakat ini terdapat 11 buah politeknik yang dipayungi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Politeknik Port Dickson adalah yang ketujuh dibina oleh kerajaan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja oleh pihak awam mahupun pihak swasta.





|| main || || unit dan jabatan || || pelan || || meclub ||
|| maklumat am || || kelab dan persatuan || || sekapur sirih || || kursus yang ditawarkan ||