ðHgeocities.com/Baja/Trails/3918/pendahuluan_meclub.htmgeocities.com/Baja/Trails/3918/pendahuluan_meclub.htm.delayedx9qÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ0â` OKtext/html0Tj ÿÿÿÿb‰.HMon, 09 Nov 1998 07:51:28 GMTaMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *9qÔJ  pol|tekn|kportd|ckson
...harap bersabar sementera laman sedang di download...


Kelab Kejuruteraan Mekanikal (MECLUB) merupakan kelab yang dianggotaai oleh kesemua pelajar Kejuruteraan Mekanikal dengan menyandarkan satu semangat kolektif yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan kelab-kelab lain yang terdapat di Politeknik Port Dickson ini. Kelab ini juga merupakan kelab yang paling berpengaruh dan mengamalkan semangat setiakawan, bantu-membantu dan sentiasa bersatu padu di dalam setiap aktiviti yang melibatkan para ahli kelab Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1993, MECLUB telah membuktikan bahawa tiada halangan yang mustahil yang tidak mampu untuk ditempuhi kerana seperti kata pepatah penasihat sendiri "fikirkan mudah tapi jangan ambil mudah".

Setelah 7 tahun Politeknik Port Dickson ini mula beroperasi, Meclub telah mendominasikan hampir kesemua kejohanan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) malahan wakil-wakil MECLUB telah menjadi pilihan majoriti pelajar untuk menerajui hampir kesemua jawatan-jawatan penting di dalam organisasi JPP.

Adalah diharapkan tradisi kecemerlangan ini, akan berterusan selagi Politeknik Port Dickson ini wujud dan secara pratikalnya adalah menjadi satu tradisi kepada kesemua para pelajar yakni ahli-ahli Kelab Kejuruteraan Mekanikal untuk sentiasa meyakinkan diri bahawa di mana jua anda berada anda adalah JUARA.

MECLUB... WE ARE THE CHAMPION. WE WILL ALWAYS BE...



|| main || || kursus yang ditawarkan || || pelan || || unit dan jabatan ||
|| maklumat am || || kelab dan persatuan || || sekapur sirih || || kemudahan asas ||