SOLAT WANITA,ZIHAR,KIFARAH SUMPAH DAN DOA TAHAJJUD

Soalan :

Soalan 1: Apakah hukum solat seseorang wanita yang menampakkan tangannya sewaktu mengusap muka selepas memberi salam.
Soalan 2: Apakah suami yang melakukan zihar terhadap isterinya jatuh talak.
Soalan 3: Apakah kifarat yang dikenakan ke atas orang yang melanggar sumpah.
Soalan 4: BOLEHKAH DOA AKHIRNYA DIBACA DALAM BAHASA MELAYU?
Soalan 5: ADAKAH DOA KHUSUS UNTUK SEMBHYANG TAHAJJUD?

Fadzliya, Taiping , Perak


Jawapan :

SOALAN 1: Hukum Nampak Tangan ketika Mengusap Muka

Sebelum menjawab dengan lebih lanjut, elok kiranya saya memberi takrif bagi sembahyang itu sendiri. Ulamak menyebut bahawa solat adalah "perbuatan dan perkataan yaang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengaan salam dengan memenuhi syarat-syarat tertentu. Daripada takrif sembahyang jelas kepada kita bahawa mengusap muka bukan rukunlah sembahyang dan ianya adalah sunat sahaja. Sebab itulah (pengalaman saya di Jordan) kita dapati masyarakat arab di Jordan ataupun ditempat lain, mereka tidak mengusap muka, hanya mazhab Syafie sahaja,itupun hanya orang Malaysia sahaja yang yang melakukan demikian. Manakala orang arab yang bermazhab Syafie pun tidak mengusap muka. Ini bermakna kalau kita sengaja ataupun terlupa mengusap muka, maka hukum sembahyang kita adalah sah. Dengan hanya kita membri salam pertama kita telah keluar daari sembahyang. Begitu juga hukum salam kedua ( kekiri) juga adalah sunat dan kalau ditinggalkan, sembahyang kita juga sah.

Berbalik kepada persoalan yang diutarakan. Sebelum itu, perlu dijelaskan bahawa aurat perempuan semasa sembahyang adalah muka dan dua tangan ( hingga pergelangan tangan sahaja). Ini bermakna orang perempuan boleh menampakkan mukanya dan dua tangan (hingga pergelangan tangan) didalam sembahyang. Tetapi yang menjadi adat di Malaysia, perempuan hanya menampakkan mukanya sahaja. Apa yang menyedihkan saya tentang sesetengah perempuan di Malaysia sanggup tidak sembahyang ketika bermusaffir kerana tidak ada pakaian sembahyang yang khusus. Sebenarnya kalau perempuan memakai pakaian yang menutup aurat dan memakai stokin dan perlu diingatkan bahawa lengan baju dipergelangan tangan haruslah bergetah supaya ia tidak mendedahkan apa yang melebihi pergelangan tangan kerana ia telah dikira aurat.

Perempuan boleh terus sembahyang tanpa menyalin pakaian khusus. Janganlah kita memayahkan diri kita dalam persoalan agama, kerana agama islam itu sendiri adalah agama yang senang. Begitu juga tidak disyaratkan pakaian sembahyang wanita berwarna putih. Cuma warna putih adalah warna yang disukai oleh Rasulullah SAW.

Jawapan kepada Soalan ini ialah sembahyang adalah sah kerana:
  1 . Tangan adalah bukan aurat dalam sembahyang.
  2 . Mengusap mukan bukan daripada rukun sembahyang dan jukalau ditinggalkan kerana lupa ataupun sengaja sembahyang adalah sah.

SOALAN 2 : Adakah Suami yang Melakukan Zihar kepada Isterinya Jatuh Talak

Zihar terjadi apabila suami menyamakan salah satu anggota isterinya dengan mereka yang haram baginya untuk dinikahi untuk selama-lamanya. Berbalik kepada persoalan: Adakah zihar menjatuhkan talak? Jawapannya ialah zihar tidak menjatuhkan talak. Sila rujuk ayat 1 hingga 4 Surah Al-Mujadalah. Hukum zihar adalah haram dan ianya termasuk dalam dosa-dosa besar kerana suami yang menziharkan isterinya bererti dia telah mengubah hukum Allah yang telah menghalalkan isterinya kepada sisuami, tetapi suami telah mejadikannya haram baginya seperti ibunya. Barangsiapa yang menziharkan isternya maka dia tidak boleh bersetubuh dengan isterinya selagi dia tidak membayar kaffarah. Selain daripada brsetubuh dibenarkan pada suami mengikut mazhab Syafie seperti bercium dan sebagainya. Kaffarah bagi zihar adalah mengikut tartib tersebut:-
  1 . Membebaskan hamba yang beragama islam bagi mazhab Syafie.
  2 . Jikalau tidak mampu membebaskan hamba hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa henti (tanpa menyelang seli) . Kalau berbuka sebelum tempuh dua bulan, maka diwajibkan memulakan balik dari awal.
  3 . Kalau tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut, maka baginya memberi makan 60 orang miskin, atau membayar dalam bentuk nilai.

# Ini bermakna zihar tidak dikira talak dan suami terpaksa membayar kiffarah sebelum bersetubuh dengan isterinya.

Wallahuaklam

SOALAN 3: Kifarah Melanggar Sumpah

Kifarah bagi mereka yang melanggar sumpah disebut oleh Allah Taala dalam surah Maidah ayat 89. Mereka diberi 3 pilihan berikut:-

  1 . Memberi makan10 orang miskin. Kadarnya secupak beras bagi setiap orang miskin. Dalam mazhab Syafie kita tidak dibenarkan untuk membayar dalam bentuk nilai tetapi mazhab hanafi membenarkannya.
  2 . Atau memberi pakaian kepada 10 orang miskin. Yang dimaksudkan dengan pakaian adalah benda yang dipakai mengikut adat.
  3 . Membebaskan hamba yang beragama islam. Hamba tersebut sempurna anggota badan dan boleh bekerja.

Bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut maka baginya puasa sebanyak tiga hari . Bagi mazhab Syafie tidak disyaratkan secara berturut-turut.

#Untuk tiga pilihan diatas, yang terbaik adalah yang lebih memberi manafaat kepada si penerima. Kalau penerima memerlukan kepada pakaian, maka memberi pakaian adalah yang terbaik antara tiga pilihan tersebut dan begitulah seterusnya.

Wallahuaklam..

SOALAN 4: Adakah Doa Boleh Dibaca Dalam Bahasa Melayu

Ya. Boleh. kerana Allah memahami semua bahasa, cuma membaca doa yang telah diamalkan oleh Rasulullah adalah mendpat pahala sunat.

SOALAN 5: Doa Khusus Unuk Sembahyang Tahajjud

Disana terdapat doa khusus yang telah diamalkan oleh Rasullah ketika bertahajjud. Diriwayatkan didalam soheh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas RA berkata sesungguhnya Nabi ketika bangun untuk bertahajjud beliau membaca doa ini:

 

Mafhumnya: Segala puji bagimu ya Allah yang mencipta langit dan bumi dan segala isinya, segala puji bagimu engkau adalah nur( hidayah) lamgit dan bumi dan segala isinya, segala puji bagimu engkaulah Al-Haqq ( salah satu nama Allah) dan janjiMu adalah benar, dan pertemuan denganMu di akhirat adalah benar, dan kata-kataMu adalah benar dan syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan Muhammad SAW adalah benar dan hari qiamat adalah benar. Ya Allah yanbg tuhanku, pada engkau sajalah aku berserah, dan pada engkau aku beriman dan pada engkau aku bertawakkal dan pada engkau aku kembali dan pada engkau aku mengadu. Maka ampunkanlah dosaku dulu dan sekarang dan apa yang aku sembunyikan dan aku zahirkan. Engkaulah yang berkuasa mendahulukan dan mengakhirkan sesiapa yang kau kehendaki. Tiada tuhan yang berhak diabdikan padanya melainkan engkau ( Ya Allah)

Dari Al-Azkar An-Nawawi didalam bab Apa Yang dibaca Ketrika Bangkit Pada Waktu Malam.

Wallahuaklam.