Hgeocities.com/datahaiwan/BakteriaEscherichiaColi.htmgeocities.com/datahaiwan/BakteriaEscherichiaColi.htm.delayedxKrJMOKtext/htmlpKMb.HSun, 31 Aug 2003 05:32:30 GMTMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *JrJM Bakteria Escherichia coli
Logo Yosri.
Bendera Malaysia
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan
TARAF 
BACAAN 
UMUM
Siri Haiwan.
Bakteria 
Escherichia coli (E.coli).
Gambar Escherichia coli (E.coli).
11 Syaaban 1423
 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
 
http://geocities.yahoo.com/home/
 

Bakteria Escherichia coli (E.coli).
Escherichia coli merupakan jenis paling biasa dalam genus Escherichia yang dinamakan sempena pakar sains Jerman, Theodor Escherich. Escherichia coli  merupakan bakterium berbentuk rod, Gram-negatif yang bergerak menggunakan unjuran flagella panjang yang bergerak pantas. Ada di antara jenisnya yang menetap di dalam perut manusia secara semulajadi, manakala sesetengahnya pula mempunyai faktor virulen berbahaya yang boleh menyebabkan infeksi sistem gastro-usus, pundi kencing, dan juga bahagian tubuh lain apabila keluar daripada sistem usus.

Apabila berada di dalam perut, Escherichia coli membantu menghapuskan bakteria lain, membantu proses penceranaan, dan menghasilkan sejumlah kecil vitamin B12 dan K. Escherichia coli juga di dapati di dalam tanah dan air, dan dikaji dengan meluas dalam makmal perubatan. Escherichia coli dikatakan haiwan yang dikaji secara paling terperinci dan merupakan organisma mikro yang paling kerap digunakan dalam teknik gabungan gen (gene-splicing)  untuk menyalin gen (clone gene). Jenis-jenis Escherichia coli yang berbahaya pula mempunyai mekanisma patogenesis dan epidemiologi yang berlainan.

Gambar Escherichia coli (E.coli).Untuk membezakan spesies Escherichia coli yang merbahaya dan tidak merbahaya, teknik serotyping digunakan. Sebagai contoh Escherichia coli O157:H7. Perkataan "Escherichia" melambangkan genus dan bermula dengan huruf besar. Perkataan coli merupakan spesies dan sentiasa ditulis dalam huruf kecil. Turutan huruf dan nomber ("O157:H7" ) memberitahu sorotype "O157:H7". Huruf latin juga kadang kala digunakan untuk sorotype. Terdapat tiga jenis antigen utama: somatik (antigen O), kapsul (antigen K), dan flagellar (antigen H). Terdapat lebih 200 jenis antigen O, 80 antigen jenis K, dan lebih daripada 50 antigen jenis H. Gabungan antigen-antigen ini boleh menghasilkan pelbagai jenis sorotype bakteria Escherichia coli.

Sejenis sorotype bakteria Escherichia coli 0157:H7 telah diasingkan pada tahun 1982 dan dikenal pasti sebagai menghasilkan toksin yang merosakkan sel usus. Escherichia coli 0157:H7 tersebar melalui daging mentah atau separuh masak dan melalui manusia. Bakteria E. coli jenis 'enterotoxigenic' (ETEC) mempunyai faktor kolonisasi yang membolehkannya melekat ke sel dinding usus dan seterusnya menghasilkan enterotoksin dengan menggunakan gen eae (eae kependekan bagi "E. coli Attaching and Effacing"). Toksin ini menyerupai toksin taun (kolera) dan jangkitan oleh baktera Escherichia coli  ini menghasilkan simptom yang hampir serupa dengan taun, terutamanya kepada kanak-kanak. Tanda-tanda jangkitan bermula 1 hingga 8 hari selepas jangkitan selama satu minggu. Ia menghasilkan cirit berdarah, sakit perut, muntah, dan kadang-kala disertai demam.

Jenis E. coli yang lain pula menghasilkan verotoksin yang boleh memusnahkan sel-sel epitelium usus dan menyebabkan cirit-birit.  Dua lagi jenis penyakit yang dikaitkan dengan E. coli ialah 'haemorrhagic colitis' (HC) dan 'haemolytic uraemic syndrome' (HUS). Di dalam penyakit ini verotoksin yang dihasilkan memusnahkan dinding mukosa dan menyebabkan pendarahan - menghasilkan satu lagi jenis E. coli, 'enterohaemorrhagic' (EHEC). Satu lagi jenis E. coli, 'enteropathogenic' (EPEC) tidak menghasilkan apa-apa toksin yang diketahui, namun masih mampu mendatangkan simptom yang serupa dengan memusnahkan mikrovilli dinding usus. Jenis 'enteroinvasive' (EIEC) pula memusnahkan sel mukosa dengan mencerobohi sel dan merebak ke sel-sel berdekatan.

Simptom cirit-birit yang dihasilkan oleh E. coli bergantung kepada jenis organisma yang menyerang dan keadaan kesihatan asal pesakit. Di negara-negara membangun, ETEC merupakan masalah utama kepada kanak-kanak, dan mungkin tidak dapat dibezakan dengan taun. EIEC dan EHEC pula menyebabkan cirit-birit berdarah, dan mungkin menimbulkan komplikasi acute renal failure, anemia dan thrombo- cytopaenia. Teknik gabungan antibodi kepada permukaan antigen digunakan untuk memastikan jenis sorotype bakteria Escherichia coli.

Rawatan menggunakan antibiotik tertentu adalah tidak ditetapkan, namun penggantian cecair badan yang hilang adalah penting. Bekalan air yang bersih, sistem pembetungan yang sempurna, dan cara mengendalikan makanan yang betul dapat memastikan wabak penyakit ini dikawal. Makanan dan susu yang tidak dipasteur dan tidak dimasak dengan betul juga dikenal pasti sebagai salah satu cara penyakit ini merebak.

Rujukan :
Carian Google tentang Escherichia coli (Inggeris)
Carian Google tentang Escherichia coli (Melayu)
http://home.earthlink.net/~zinkd/e_coliO157.htm
http://www.prn.usm.my/bulletin/racun/1996/awet.html
http://www.oocities.org/Baja/Cliffs/1326/mis_pakar.htm
http://www.oocities.org/datahaiwan/FaktaBakteria.htm#Kandungan
 
 

PengenalanCerita electronik.Cerita hantu.Daftar Negara
Alam HaiwanTokoh DuniaDaftar PenyakitLagenda Dunia
- TAMAT -


Dari Abu Hurairah r.a  katanya Nabi s.a.w. bersabda : 
"Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." 
Ikan batu atas bara
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila kasih tiada di mata

Pantun Asli saya


Hakcipta terpelihara 18 Oktober 2002 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl

 
 
 
 
 

Fight Spam! Click Here!
wydwlmsbfnmladgkyldujlzlsxptzbdxucqqxbahrlxujmqrfbckwqinqjhzmcjjtoupbfbgxhwmnadaihzuxyktpyhfohcjjbeth