ðHgeocities.com/datahaiwan/BakteriaSalmonella.htmgeocities.com/datahaiwan/BakteriaSalmonella.htm.delayedxLrÔJÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÿÈ€ë¥qHOKtext/html`Ê®õKqHÿÿÿÿb‰.HSun, 31 Aug 2003 05:32:30 GMTÇMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *LrÔJqH Bakteria Salmonella
Logo Yosri.
Bendera Malaysia.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan
TARAF
BACAAN
UMUM
Siri Haiwan.
Bakteria Salmonella.
Gambar Bakteria Clostridium botulinum.
18 Syaaban 1423
 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
 
http://geocities.yahoo.com/home/
 


 
 

Bakteria Salmonella.
Dipetik daripada http://www.oocities.org/Baja/Cliffs/1326/mis_pakar.htm

Organisma ini pula merupakan di antara punca utama cirit-birit berasaskan makanan di negara-negara Barat, selain dari Campylobacter. Seperti Escherichia coli, bakteria Salmonella juga terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan perbezaan pada dinding sel dan antigen flagellanya.

Kesemua jenis Salmonella, kecuali S. typhi dan S. paratyphi, telah dijumpai pada manusia dan binatang, dan kebanyakan punca penyakit ini adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar, terutamanya daging dan produk susu. Infeksi Salmonella turut berlaku di antara sesama manusia, dan boleh menyebabkan penyakit ini merebak kepada mereka yang berada berdekatan dengan pesakit.

Cirit-birit merupakan simptom utama penyakit ini, dan kesan ini dihasilkan melalui pencerobohan bakteria ke atas sel-sel epitelial usus kecil. Pencerobohan organisma ini memulakan proses inflamasi, yang kemudiannya menyebabkan kehilangan cecair melalui cirit-birit. Salmonella didapati tidak menghasilkan apa jua toksin, walaupun ia mungkin merebak ke bahagian tubuh lain pada sesetengah pesakit, terutamanya kanak-kanak, pengidap AIDs dan pesakit kanser. Jika keadaan ini berlaku, organisma ini mungkin mampu menyebabkan pneumonia atau meningitis.

Simptom cirit-birit yang terhasil oleh kebanyakan jenis bakteria Salmonella selalunya akan pulih dengan sendirinya, walaupun simptom ini mungkin menjadi parah pada kanak-kanak dan mereka yang lanjut usia. Simptom muntah pula adalah jarang berlaku, dan rawatan selalunya tidak diperlukan. Penggantian cecair tubuh mungkin diperlukan untuk mereka yang menghadapai cirit-birit yang teruk. Penggunaan antibiotik pula seharusnya dihadkan kepada pesakit yang menunjukkan simptom septicaemia sahaja. Ini adalah kerana penggunaannya tidak akan mengurangkan simptom atau mempercepatkan proses pemulihan. Tambahan pula, ada kajian menunjukkan penggunaan antibiotik mungkin melanjutkan tempoh penghasilan bakteria di dalam najis.

Proses penghapusan bakteria Salmonella adalah agak sukar memandangkan tahap simpanan (reservoir) yang tinggi pada haiwan. Maka proses kawalan tertumpu bukan untuk penghapusan, tetapi untuk menghalang organisma ini dari merebak di antara haiwan dan manusia. Usaha-usaha yang harus dilaksanakan termasuklah seperti penekanan terhadap tahap kebersihan masyarakat yang sempurna (bekalan air bersih dan pembetungan yang baik), dan juga program pendidikan mengenai kepentingan penyediaan makanan yang bersih.

Rujukan
http://www.prn.usm.my/bulletin/racun/1996/awet.html
http://www.extension.iastate.edu/foodsafety/Lesson/L1/L1p8.html
http://www.oocities.org/datahaiwan/FaktaBakteria.htm#Kandungan
 

PengenalanCerita electronik.Cerita hantu.Daftar Negara
Alam HaiwanTokoh DuniaDaftar PenyakitLagenda Dunia
- TAMAT -


      Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap
      anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari
      terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan
      engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau
      menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya
      adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap
      langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau
      menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " 

      Koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab
      karangannya Matan Arba'in.

Ikan batu atas bara
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila kasih tiada di mata

Pantun Asli saya


Hakcipta terpelihara 25 Oktober 2002 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl

 
 
 
 
 

Fight Spam! Click Here!
wydwlmsbfnmladgkyldujlzlsxptzbdxucqqxbahrlxujmqrfbckwqinqjhzmcjjtoupbfbgxhwmnadaihzuxyktpyhfohcjjbeth