DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMANHUR 

 

  Utama Sejarah Damanhur Universiti Al-Azhar Cawangan Damanhur Sejarah DPMD
Organisasi  Informasi DPMD Galeri Gambar

 

DPMD Info  


Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada seluruh Mahasiwa-mahasiwa baru sesi 2004/2005
 
 

Kandungan


Utama
Sejarah Damanhur
Universiti Al-Azhar   Cawangan Damanhur
Sejarah DPMD
Organisasi  
Informasi DPMD
Galeri Gambar    
 
   

E-mail




Dpmdamanhur@yahoo.com  


KALAM PIMPINAN


  UCAP TEMA PENGERUSI DPMD
  SESI 2004/2005

 
  INTIMA' , ILTIZAM , MAHABBAH

 

 

MUQADDIMAH

     Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sama-sama kita meneruskan lagi kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi  Muhamad S.A.W.Selawat dan salam buat Junjungan tercinta , dan juga keluarganya seterusnya para Sahabat Ridhuanulllah Alaihim dan para penegak sunnah dan syariat Nabi S.A.W......

 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
 

                 Sudah menjadi sunnah sesuatu perjuangan setiap generasi pasti bertukar ganti bak kata pepatah melayu "Patah Tumbuh Hilang Berganti" dalam erti kata lain kita adalah mata rantai yang tiada akhirnya.

Skop medan perjuangan mahasiswa amat luas kalau hendak dibahaskan , namun perbahasan perlu diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan perjungan yang didokongi jelas halatujunya selari dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri.Justeru itu setiap tahun Dewan Perwakilan Mahasiswa

Damanhur(DPMD) akan mengadakan "Majlis Ucap Tema" demi memantapkan lagi halatuju perjuangan yang sama-sama kita gariskan.

 

 Sahabat-sahabat sekalian,
 

                Melalui DPM kita berusaha sedaya upaya membantu dan memastikan kebajikan ahli terjaga , kebajikan yang dimaksudkan ialah menganjurkan program-program yang berfaedah buat persiapan sebelum kita terjun ke landasan yang sebenar di Malaysia , untuk memberi faedah kepada masyarakat setempat.Bagi memastikan masyarakat dapat memahami Islam yang sebenar dan hidup dalam prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam.Bagi memastikan matlamat yang dicita-citakan ini tercapai , maka kepimpinan DPM Damanhur pada sesi ini dengan tema "Intima' , Iltizam , Mahabbah" akan cuba berusaha unutk merealisasikan apa yang dirancang.Sokongan dan dokongan sahabat-sahabat sekalian amat diperlukan disamping memohon bantuan nusrah dari Allah S.W.T bagi memastikan kesinambungan PMRAM dan DPMD terus wujud di bumi Anbiya' ini. Lagi....
 

 

Alamat 


Malaysian Student House, El Tabah Building, Umar Tusun Street, Damanhur, Behira, Arab Republic Of Egypt.

No tel : 045-3358066

 

Jaringan


PMRAM
Universiti Al-Azhar
Al-Islam
Falaq Syarie
Yayasan Dakwah
Belajar Bahasa Arab|
Belajar Bahasa Arab2  
Al-Quran MP3
 
 

Renungan

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik , dan mewasiatkan satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain dengan kesabaran┘..

Surah Al-Asr ayat 1 - 5


DPMD Website ® Upgrade February 2005