UNDANG-UNDANG TUBUH
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI (DPM)
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)
Pindaan tahun 2000

   

 

     
 

BAB KESEMBILAN

 

     
  PEMBUBARAN DPM  
  a. Berlaku secara automatik apabila tidak ada pelajar di muhafazah tersebut.
b. Sekiranya Ahli Jawatankuasa Tertinggi merasakan bahawa DPM gagal mencapai tujuan dan objektifnya, maka pihak AJKT DPM boleh mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar setelah menerima nasihat dari Setiausaha Agung PMRAM bagi membahaskan perkara tersebut.
c. Jika DPM perlu dibubarkan, maka keputusan itu diambil dengan suara tiga perempat dari anggota DPM.
d. Selepas keputusan pembubaran DPM diluluskan, maka secara automatik segala harta benda dan hak milik DPM diserahkan kepada PMRAM selaku penaung.


 
     
     
 

BAB KESEPULUH

 
     
  UNDANG – UNDANG UMUM  
  a. Segala masalah yang tidak dapat diputuskan hendaklah dirujuk kepada Badan Penasihat KECUALI perkara yang melibatkan dasar PMRAM.
b. Ketua–ketua unit boleh menubuhkan Ahli Jawatankuasa Kecil sekiranya pelu dengan persetujuan AJKT DPM.
c. Sebarang penubuhan unit-unit / kelab-kelab / lajnah-lajnah luaran hendaklah dirujuk dan diluluskan oleh PMRAM.
d. Semua unit hendaklah bekerjasama antara satu sama lain dalam menangani semua permasalahan dan dalam melaksanakan aktiviti DPM.
e. Sekiranya berlaku perletakan jawatan secara rasmi oleh mana-mana AJKT DPM dengan sebab-sebab munasabah, Badan Pengurus PMRAM berhak melantik mana-mana ahli DPM tersebut sebagai AJKT yang baru berdasarkan pertimbangan mesyuarat Badan Pengurus.


 
     
     
 

Lihat bab lain 1|2|3| 4|5|6| 7|8

 

|© Hakcipta Terpelihara  DPMM 2003 |

Menu

Muka Utama
Naik ke atas