KECEMERLANGAN 100 %  AHLI DPMM

 
 

Mukaddimah

Setelah satu dasawarsa berlalu, kita masih belum menemui kaedah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan peperiksaan untuk ahli DPMM, sekalipun pelbagai usaha telah dilakukan sama ada melalui motivasi, seminar dan kelas bimbingan. Bahkan beberapa tahun sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan akhbar mengenai kegagalan 50% pelajar al Azhar.

Walaupun kenyataan ini tidak tepat, tiada tindakan dan lonjakan agresif yang ditunjukkan untuk menjawab kenyataan tersebut. Di dalam DPMM sendiri, statistik sesi 2001/2002 menunjukkan hanya mencatakan sekitar 60 % ahli DPMM lulus dalam peperiksaan. Persoalannya adakah ahli DPMM belum bersedia untuk menunjukkan taring meningkatkan kecemerlangan akademik dan peperiksaan untuk membuktikan kehebatan sebenar Azharyyun dan Azhariyyat?

Sayugia Unit Pengetahuan dan Persekolahan DPMM dengan kerjasama Unit Pengetahuan HEWI serta Unit Persekolahan HEWI DPMM akan melancarkan KEMPEN KECEMERLANGAN 100%, satu program yang julung kali diadakan dan berterusan sebagai medan penggalak untuk menyedarkan ahli DPMM tentang kepentingan meningkatkan prestasi mereka bagi mendapatkan natijah yang terbaik.

Objektif

1) Meningkatkan kecemerlangan akademik dan keputusan peperiksaan ahli-ahli DPMM
2) Menggalakkan ahli untuk meningkatkan usaha mencari ilmu.
3) Menyeru ahli untuk menghadiri kuliah sepanjang muhadarah berlangsung
3) Meningkatkan kerjasama melalui studi secara berkumpulan

Unit yang terlibat

1) Unit Pengetahuan & Persekolahan DPMM
2) Unit Pengetahuan HEWI DPMM
3) Unit Persekolahan HEWI DPMM
4) Unit Khas Kelas Bimbingan Akademik (KBA)
5) Unit-unit yang mempunyai kebersamaan objektif dan peranan

Sasaran

Semua ahli DPM Mansurah Sesi 2002/2003 dan berterusan kepada sesi-sesi selepasnya sehingga
mencapai target yang dikehendaki.

Jangkaan pelancaran dan tindakan susulan

1) Semasa Program Ucap Tema oleh Pengerusi DPMM bagi fasa pertama
2) Awal fasa kedua
3) Melalui program-program yang bersesuaian anjuran Unit-unit DPMM.

Aktiviti

1) Perbincangan unit-unit yang berkenaan
2) Pelancaran Kecemerlangan 100%
3) Pengedaran borang kehadiran ke kuliah dan borang soal selidik tahap pembacaan kitab kuliah
4) Pengedaran iklan-iklan penggalak
5) Pengumpulan semula borang selepas sebulan bagi fasa I dan selepas dua bulan bagi fasa II
6) Muhasabah Peringkat Unit
7) Motivasi Peperiksaan & solat hajat.

Persediaan

1. Jadual pembacaan kitab dan kehadiran ke kuliah disediakan.
2. Iklan-iklan dan segala bentuk bahan penggalak secara berterusan.

Penutup

Semoga usaha yang masih dalam peringkat percubaan dan mempunyai kelemahan ini diharapkan
dapat meningkatkan prestasi akademik ahli DPM Mansurah khususnya untuk tahun ini dan berterusan untuk tahun-tahun akan datang. Kejayaan dan kegagalan dalam menuju ke arah objektif yang digariskan bergantung kepada usaha kita bersama selaku ahli DPM Mansurah yang inginkan kecemerlangan manakala kesungguhan ke arah matlamat itu diharapkan sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.

"RESPONSIF MENJANA PERUBAHAN"

 

 
  Kertas kerja di atas disediakan oleh,

AHMAD FAUZAN NAIM BIN MOHD SAIBANI
Ketua Unit Pengetahuan & Persekolahan DPMM
Sesi 2003/2003.
 
     
 

© Hakcipta Terpelihara DPMM 2003

 

Menu

Muka Utama
Naik ke atas