Dasar dan Tujuan Penubuhan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi  
     

Dasar Penubuhan DPM

 
- Dasarnya adalah Al-Quran dan As-Sunnah.
- Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) adalah
  satu unit di bawah PMRAM.
 
 
 
 
 

Tujuan Penubuhan DPM

 
Tujuan penubuhan DPM ialah bekerja dalam lapangan
perkhidmatan pelajaran dan pengetahuan sebagaimana
yang disebut di bawah ini :-
a. Menyatukan suara-suara anak Melayu yang tinggal di semua cawangan Al-Azhar, Mesir
b. Meningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesedaran di kalangan ahli.
c. Menjaga kebajikan ahli dan menolong mengatasi kesulitan mereka.
d. Membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam menjayakan cita-citanya.
e. Mengadakan hubungan dengan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) serta pihak-pihak yang diiktiraf oleh PMRAM.
f. Mengeratkan hubungan ukhuwwah Islamiyah di kalangan ahli.

 

 
     
     
     
     
| © Hakcipta Terpelihara DPMM 2003 |