Sistem Pengajian di al-Azhar  
     
  Secara umumnya, kuliah-kuliah di al-Azhar adalah berbeza jika dinisbahkan kepada siswa (banin) dan siswi (banat). Ini adalah kerana kuliah (fakulti) banin terbahagi kepada empat jurusan iaitu :

a) Kuliah Dirasat Wal Arabiah.
b) Kuliah Syariah Wal Qanun.
    : di bawahnya terbahagi kepada dua ;
    1)Syariah Wal Qanun,
    2)Syariah Islamiah
c) Kuliah Usuluddin.
    : di bawahnya terbahagi kepada empat 'qism' ;
    1)Tafsir dan ilmunya,
    2)Hadith dan ilmunya,
    3)Aqidah Wal Falsafah,
    4)Dakwah Wa As-Thaqafah Islamiah.
d) Kuliah Bahasa Arab.

Manakala kuliah banat hanya terdapat satu jurusan sahaja iaitu Kuliah Dirasat Islamiah Wal Arabiah yang mana di bawahnya terdapat tiga syukbah pilihan iaitu :

a) Syukbah Syariah Islamiah.
b) Syukbah Bahasa Arab (Lughah Arabiah)
c) Syukbah Usuluddin.
    : di bawahnya terbahagi kepada tiga 'qism'
    1)Tafsir dan ilmunya
    2)Hadith dan ilmunya
    3)Aqidah Wal Falsafah

Bagi banin, syukbah Syariah Islamiah berada di bawah kelolaan Kuliah Syariah Wal Qanun. Pada tahun 1997, pihak al-Azhar telah membuka syukbah yang keempat bagi banin iaitu syukbah Syariah Wal Qanun. Masa pengajian di peringkat Ijazah Pertama bagi semua kuliah ialah empat tahun kecuali Syariah Wal Qanun yang memakan masa selama lima tahun.

Sistem pengajian al-Azhar telah diubah dari satu semester setahun kepada dua semester semenjak tahun 1996. Sistem ini adalah lebih memudahkan dari segi peperiksaan, tetapi dari segi pengajian dan pembelajaran amat merugikan kerana masa pengajian terlalu singkat. Dengan ini mengalakkan pelajar al-Azhar untuk mencari ilmu luar kuliah seperti pengajian di kelas-kelas tafaqquh, pembacaan kitab-kitab luar, muzakarah dengan sahabat atau seumpamanya.

Maklumat pengajian semester; semester yang pertama (Fasal 1) bermula pada akhir bulan September sehingga awal bulan Disemberdan diikuti selepas itu dengan peperiksaan semester tersebut selama dua atau tiga minggu. Cuti semester tersebut selama dua atau tiga minggu. Manakala semester yang kedua (Fasal 2) pula bermula pada pertengahan bulan Februari sehingga awal Mei dan disusuli dengan peperiksaan semester tersebut. Kemudian cuti semester kedua bermula sehingga sesi pengajian baru dimulakan.
 
     
     
  | © Hakcipta Terpelihara DPMM 2003 |  

Menu

Muka Utama
Naik ke atas