Sukatan Pengajian di al-Azhar Mansurah

     
  Al-Azhar cawangan Mansurah menawarkan Kuliah Usuluddin dan Kuliah Bahasa Arab sahaja bagi siswa. Manakala bagi siswi pihak al-Azhar menyediakan Kuliah Dirasat Islamiah Wa al-Arabiah yang merangkumi tiga syukbah; Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab.
Kurikulum al-Azhar Cawangan Mansurah adalah seperti berikut :
 
 

 

 
 

KULIAH BAHASA ARAB (LUGHAH ARABIAH)

1) Pengenalan
Kuliah Lughah Arabiah atau Fakulti Bahasa Arab adalah rangkaian daripada kuliah diniah yang ditawarkan oleh Universiti al-Azhar untuk para pelajar yang ingin diajar oleh para pensyarah adalah berkisar dalam jurusan bahasa, samada maddah asasi ataupun madah idofi. Ini mengukuhkan hujjah mereka yang mengatakan 'minat dan kecenderungan' adalah asas yang perlu bagi mereka yang memilih kuliah ini. Kuliah Lughah hampir sama dengan Kulah Syariah dari sudut pemilihan jabatan atau syukbah atau jabatan bermula dari tahun satu.
Sudut pembelajaran di dalam Kuliah Lughah sama juga dengan kuliah-kuliah lain, ianya memerlukan pengamatan yang tinggi, penghafalan yang jitu dan pemahaman yang mendalam. Meskipun begitu, kuliah ini amat menitikberatkan kepada daya penghafalan yang kuat jika dibandingkan dengan rangkaiannya yang lain.

2) Subjek
Jumlah mata pelajaran di Kuliah Lughah bagi semua tahun secara amnya sebanyak 12 mata pelajaran kecuali pada Tahun Tiga iaitu 13 mata pelajaran dan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mata pelajaran asasi dan idofi. Berikut disebutkan secara ringkas tentang sukatan pelajaran bagi semua tahun.

Tahun Satu

Mata Pelajaran asasi (teras) Mata Pelajaran idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Nahu
3) Soraf
4) Arudh Wal Qawafi
5) Fannu Maqal
6) Ilmu Lughah
7) Adab Jahili
8) Qaah Bahas
9) Balaghah
1) Feqh Ibadat
2) Tafsir
3) Bahasa Inggeris

Tahun Dua
 
Mata pelajaran asasi (teras) Mata Pelajaran idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Nahu
3) Soraf
4) Balaghah
5) Qaah Bahas
6) Ilmu Aswat & Tajwid
7) Adab & Nusus Umawi
8) Auzan Syair
1) Feqh Mua'malat
2) Tarikh Alam
3) Tafsir
4) Bahasa Inggeris

Tahun Tiga
 
Mata pelajaran asasi (teras) Mata pelajaran idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Nahu
3) Soraf
4) Balaghah
5) Adab 'Abbasiah
6) Adab Muqaran
7) Naqad Adabi
8) Lahjat Wa al-Qiraát
9)Adab Andalus
10)Qa'ah Bahas
1) Usul Feqh
2) Hadis
3) Bahasa Inggeris

Tahun Empat
 
Mata pelajaran asasi (teras) Mata Pelajaran Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Nahu
3) Soraf
4) Balaghah
5) Feqh Lughah
6) Adab Islami
7) Tarikh Adab Muhadissin
8) Naqad Qadim
9)Qa'ah Bahas
1) Usul Feqh
2) Hadis
3) Bahasa Inggeris

Pembahagian mata pelajaran setiap semester pengajian tertakluk kepada apa yang telah ditetapkan oleh pihak al-Azhar dan biasanya ia sama dengan tahun sebelumnya.

3) Pembahagian Kertas Peperiksaan
Sebagaimana kuliah-kuliah lain juga, kertas peperiksaan bagi mata pelajaran peperiksaan bagi mata pelajaran LUghah juga terbahagi kepada dua bentuk iaitu peperiksaan syafawi (lisan) dan tahriri (bertulis). Mata pelajaran syafawi terdiri daripada subjek al-Quran, Nahu dan Balaghah kecuali di Tahun Empat ia dinamakan dengan Ta'yin. Dan yang selebihnya adalah maddah tahriri.

4) Huraian mengenai Mata pelajaran

Pertama : Mata pelajaran Syafawi dan Ta'yin.

Subjek-subjek yang berbentuk syafawi (lisan) bagi semua tahun pengajian terdiri daripada al-Quran, Nahu dan Balaghah. Subjek-subjek ini memerlukan kepada ingatan yang kuat dan hafalan yang lancar agar tidak berlaku kekalutan apabila berada di hadapan pemeriksa. Sukatan al-Quran pada setiap tahun adalah dua juzuk bermula dari awal al-Baqarah dan dibawa ke tahun-tahun berikutnya untuk kuliah banin. Manakala untuk kuliah banat sukatan al-Quran pada setiap tahun adalah mengikut surah-surah yang telah ditentukan sepertimana berikut :-

a) Tahun Satu : Dua juzuk dari Surah al-Baqarah
b) Tahun Dua : Dua juzuk dari Tahun Satu, Surah al-A'raf, Surah al-Anfal,Surah at-Taubah (40 ayat).
c) Tahun Tiga : Surah dari Tahun Satu dan Dua, Surah Maryam, Surah Toha, Surah al-Hajj, Surah al-Anbiya'
d) Tahun Empat : Surah dari Tahun Satu , Dua dan Tiga, Surah Yaasin , Surah Shad, Surah As-Soffat, Surah az-Zumar, Surah Ghafir.

Manakala syafawi (lisan) bagi subjek Nahu dan Balaghah pula, perlu diberikan penekanan kepada takrif (definisi), pembahagian dan i'rab serta setidak-tidaknya dapat mentatbiq (praktik) contoh-contoh yang diberi.

Bentuk ta'yin bagi dua mata pelajaran Tahun Empat (Nahu & Balaghah) adalah lebih kurang sama dengan mata pelajaran syafawi yang lain.Cuma berbeza dari segi istilah dan sedikit bentuk persoalan yang mana ia lebih menumpukan kepada huraian maksud dari setiap pelajar. Muqarrar (sukatan) akan diberi beberapa hari sebelum ta'yin dan ia biasanya dijalankan selepas peperiksaan tahriri (bertulis).

Kedua : Mata pelajaran Tahriri (bertulis)

Huraian bagi subjek-subjek tahriri akan diterangkan secara terperinci bagi semua subjek pengajian dari Tahun Satu sehingga ke Tahun Empat. Berikut adalah huraian tersebut:

1) Maddah Asasi (Subjek Teras)

Pelajar perlu memahami dan menghafal dengan sebaik mungkin. Ini kerana nilaian para pensyarah terhadap maddah asasi (subjek asas) adalah lebih tinggi dan ianya juga merupakan tumpuan untuk mendapat keputusan yang tinggi.

2) Maddah Idofi (Subjek Elektif)

Kebiasaannya tidak didatangi dengan persoalan yang payah dan rumit. Namun begitu, ianya amat payah untuk mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan kecuali dengan jawapan yang betul-betul memuaskan hati para pensyarah.

3) Nahu, Soraf, Balaghah, Adab dan Naqad

Subjek-subjek ini merupakan subjek yang memerlukan kefahaman yang begitu tinggi dan hafalan yang amat tepat.

*** Permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar terhadap subjek ini antaranya:
- Buku/kitab yang banyak dan tebal
- Masalah/perbincangan kitab yang merumitkan dan memeningkan
- Pensyarah yang berbilang bagi setiap satu subjek.
- Ratusan Syair atau Syahid yang perlu dihafal.

4) Ilmu Lughah Wal Ma'ajim, Ilmu Aswat, Lahjat Wal Qiraát dan Feqh Lughah.

Keempat-empat subjek ini merupakan empat rangkaian utama dalam memperkatakan masalah bahasa. Cara pembelajarannya juga adalah satu terjemahan daripada rantaian ilmu. Ini jelas kerana Ilmu Lughah Wal Ma'ajim dipelajari pada Tahun Satu, Ilmu Aswat di Tahun Dua, Lahjat Wal Qiraát di Tahun Tiga dan Feqh Lughah di Tahun Empat. Dalam menguasai subjek-subjek ini, pelajar perlu memahami dan menghafal.

5) Fannu Maqal

Ia adalah di antara subjek-subjek yang memerlukan hafalan yang begitu rapi dan kefahaman yang baik. Meskipun begitu subjek ini hanya diajar pada tahun satu sahaja.

6) Arudh Wal Qawafi

Ianya dipelajari pada tahun satu manakala pada tahun dua dinamakan Auzan Sya'itiah. Untuk menguasai subjek ini, penghafalan perlu dimulakan daripada awal tempoh. Ianya agak merumitkan disebabkan banyak pecahan yang perlu diingati dan dihafal.

7) Qaah Bahas

Ia adalah diantara subjek-subjek asas yang dianggap penyumbang kepada ketinggian markah secara keseluruhan. Ini kerana perbahasannya agak mudah difahami dan bukunya sederhana. Disamping sumbangan hasil fikrah para pelajar sendiri dalam bentuk bahas (esei atau assignment) yang akan ditentukan tajuknya oleh para pensyarah. Perbahasannya juga selari dengan perubahan kuliah seperti Bahs Adabi di Tahun Satu, Bahas Lughawi di Tahun Dua, Bahas Balaghi di Tahun Tiga dan Bahas Nahwi di Tahun Empat.

8) Feqh, Usul Feqh, Tarikh Islami & Bahasa Inggeris

Subjek-subjek ini merupakan subjek idofi (tambahan). Perbahasannya tidak begitu mendalam, tetapi buku-bukunya sederhana kekadang tebal melebihi buku-buku subjek asas. Subjek-subjek idofi (tambahan) ini adakalanya lebih susah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang jika dibandingkan dengan subjek-subjek asas. Walaupun begitu aset yang penting ialah kehadiran dalam kuliah dan memperbanyakkan muamalat dengan pelajar arab.

 
     
 

KULIAH USULUDDIN

Pengenalan
Fakulti /Syukbah Usuluddin adalah salah satu daripada Fakulti yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin mendalami ilmu-ilmu Tafsir, Hadis, Tauhid, Mantiq, Falsafah dan sebagainya secara khusus. Ia tidak sama dengan Fakulti Syariah dan Lughah kerana pemilihan Syukbah bagi Fakulti Usuluddin bermula pada tahun tiga. Antara "Qism" (Jabatan) yang ditawarkan kepada pelajar asing ialah Tafsir, Hadis dah Akidah Wal Falsafah. Pembelajaran dalam fakulti ini memerlukan kepada kefahaman yang mendalam dan kemahiran dalam Bahasa Arab kerana ia lebih menumpukan kepada karangan yang menggunakan uslub atau gaya bahasa yang tersendiri di samping hafalan yang wajib.

Pembahagian Subjek
Jumlah subjek Usuluddin bagi semua tahun secara umumnya sebanyak 14 subjek kecuali subjek tahun tiga dan empat Qism Tafsir dan Hadis yang mempunyai 13 subjek. Manakala subjek bagi tahun tiga dan empat Qism (Jabatan) Akidah Wal Falsafah pula sebanyak 15 Subjek. Kesemua jumlah ini terbahaji kepada dua bahagian ( asasi dan idofi ). Di bawah adalah pembahagian subjek Fakulti Usuluddin.

Tahun Satu

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Tauhid
3) Tafsir
4) Hadis
5) Mantiq
6) Ulum Quran
7) Mustolah Hadis
8) Dakwah
9) Milal wan Nihal
10) Nuzum Islami
1) Feqh
2) Nahu soraf
3) Bahasa Inggerris

Tahun Dua

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) tauhid
3) Tafsir
4) Hadis
5) Mantiq
6) Ulum Quran
7) Ulum Hadis
8) Khitobah
9) Tayyarat
10) Nuzum islami
1) Feqh
2) Adab balaghah
3) Bahasa Inggeris

Tahun Tiga dan Empat Jabatan Tafsir

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Tafsir Tahlili
3) Ulum Quran
4) Ad-Dakhil Fit Tafsir
5) Tafsir Maudu'i
6) Manahij Mufassirin
7) Al-Istisyrak Wat Tabsyir (tahun 4)
1) Hadis Tahlili
2) Hadis Maudu'i
3) Usul Feqh / Munakahat / Mirath
4) Manahij Muhaddisin
5) Sirah Nabawiah
6) Falsafah Islam
7) Bahasa Inggeris

Tahun Tiga dan Empat Jabatan Hadis

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Hadis Maudu'i
3) Manahij Muhaddisin
4) Hadis Tahili
5) Takhrij
6) Mustolah Hadis
7) Al-Istisyrak Wat Tabsyir (tahun 4)
1) Tafsir
2) Falsafah Islam
3) Ad-Dakhil Fit Tafsir
4) Usul Feqh
5) Bahasa Inggeris

Tahun Tiga Jabatan Akidah Wal Falsafah

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Tauhid
3) Milal Wan Nihal
4) Firaq Islam
5) Tasauf
6) Mantiq
7) Ilmu Nafsi
8) Falsafah Yunani
9) Tayyarat Mu'asarah
10) Khitobah
11) Falsafah Islam
1) Tafsir
2) Hadis
3) Feqh
4) Bahasa Inggeris

Tahun Empat Jabatan Akidah Wal Falsafah

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (elektif)
1) Al-Quran
2) Tauhid
3) Milal Wan Nihal
4) Akhlak
5) Mantiq
6) Ilmu Ijtima'
7) Falsafah Islam
8) Falsafah Hadis
9) Tayyarat Mu'asarah
10) Nusus Falsafah
11) Al-Istisyrak Wat Tabsyir
1) Tafsir
2) Manahij Muhaddisin dan Takhrij Hadis
3) Usul Feqh
4) Bahasa Inggeris

Pembahagian Kertas Peperiksaan
Peperiksaan terbahagi kepada syafawi (lisan) dan tahriri (bertulis). Peperiksaan syafawi bagi Tahun satu ialah Al-Quran dan Tauhid. Manakala bagi Tahun Dua pula subjek Al-Quran dan Tafsir. Bagi Tahun Tiga Empat bagi Jabatan Akidah Wal Falsafah ialah Al-Quran dan Tauhid. Bagi Tahun Tiga dan Empat Jabatan Hadis subjek Al-Quran dan Hadis. Bagi Tahun Tiga dan Empat Jabatan Tafsir ialah subjek Al-Quran dan Tafsir. Kesemua ini tertakluk kepada pindaan semasa oleh Pihak al-Azhar.

Huraian Setiap Subjek

Subjek Syafawi dan Ta'yin

Peperiksaan Syafawi bagi subjek Tauhid pula biasanya soalan yang akan ditanya adalah berkisar di sekitar penta'rifan, rukun, syarat, dalil dan sebagainya. Sementara itu kita hendaklah memberi penekanan kepada pendapat ulama', dalil serta pendapat yang rajih secara ringkas. Manakala maddah Tafsir dan Hadis, soalan biasanya berkisar di sekitar asbabunnuzul (sebab -sebab turun ayat) bagi satu-satu ayat atau asbabbul wurud bagi sesuatu hadis.
Bentuk peperiksaan Ta'yin bagi maddah Tahun Empat adalah lebih kurang sama dengan subjek-subjek syafawi. Cuma bezanya dari segi nama dan cara persoalan yang lebih menekankan kepada kefahaman dan huraian yang akan disampaikan oleh para pelajar. Sukatannya agak sedikit dan akan diberikan beberapa hari sebelum peperiksaan.


Subjek Tahriri (untuk Tahun Satu)

1) Al-Quran

Sukatannyaadalah sebanyak dua juzuk, iaitu yang pertama dan kedua bagi pelajar banin. Manakala bagi pelajar banat ianya adalah sama sepertimana yang telah diterangkan dalam kuliah lughah dan Syariah. Dalam menjawab, pelajar diberi pilihan untuk menjawab dengan menggunakan tulisan Uthmani atau tulisan biasa. Pelajar tidak boleh menggunakkan bentuk tulisan yang berbagai-bagai.

2) Tauhid

Untuk Tahun Pertama biasanya kuliah Usuluddin ini menggunakan sukatan dari kitab Al-Iktisad Fi Al-I'tiqad oleh Imam Al-Ghazali. Manakala bab sifat-sifat thubutiah sebagai sebagai tajuk tambahan. Ini bergantung kepada minat pensyarah yang mengajar pada tahun tersebut.

3) Tafsir

Bagi subjek Tafsir, sukatannya berbeza pada setiap tahun. Kebiasaannya tafsir maudu'i lebih kerap. Kekadang ada juga tafsir tahlili digunakan sebagai sukatan Tahun Satu. Kesemua ini mengikut selera pensyarah.

4) Hadis

Kebiasaanya untuk subjek hadis, sukatannya lebih tertumpu kepada Hadis Sahih Muslim. Topik-topikhadis juga berbeza pada setiap tahun. Ini berdasarkan kepada minat pensyarah yang mengajar pada tahun tersebut.

5) Mantiq

Sukatan bagi subjek Mantiq adalah diawal sukatan sahaja iaitu bab tasawwur sahaja yang digunakan. Kadang-kadang bab Qadiah juga digunakan sebagai sukatan bagi Tahun Satu Walaupun ia merupakan sukatan untuk Tahun Dua.

6) Ulum Al-Quran

Untuk Subjek ini kebiasaanya dikemukakan bab yang awal sahaja seperti ta'rif sehinggalah kepada bab-bab penurunan wahyu dan perbezaan antara al-Quran, Hadis Qudsi dan Hadis Nabi. Walaupun tajuk-tajuk yang dikemukakan agak mudah, tetapi subjek ini agak sukar kerana ia merupakan subjek asas.

7) Mustolah Hadis

Seperti Ulum al-Quran juga, kebiasaannya perbahasan di sekitar tajuk-tajuk yang terawal dalam perbahasan hadid sahih. Merangkumi ta'rif, pendapat Ulama', Hukum dan sebagainya. Tapi bergantung kepada selera para pensyarah.

8) Dakwah

Subjek dakwah hanya ada pada Tahun Satu sahaja. Perbahasan biasanya bermula daripada ta'rif dakwah, rukun dakwah, sumber rujukan dakwah Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan dakwah. Subjek ini memerlukan penghafalan ta'rif dan dalil serta pengolahan isi yang baik.

9) Nuzum Islami

Seperti subjek dakwah juga ianya perlu kepada kefahaman dan penghafalan dalil serta ta'rif dan pengolahan isi yang sempurna.

10) Tasauf dan Akhlak.

Untuk subjek ini, pensyarah akan membahaskan tentang ta'rid dan asal perkataan tasauf itu sendiri, sumber asal tasauf Islam, pendokong dan penyelewengan dalam tasauf. Akhlak pula merupakan subjek yang kedua. Kadang-kadang ianya dikemukakan hanya pada masa-masa yang tertentu sahaja dan kadang-kadan ianya dikemukakan langsung.

11) Feqh

Feqh hanyalah merupakan subjek sampingan unutk Fakulti Usuluddin. Pembelajaran sexara umum dan merangkumi semua bab-bab ibadat dari toharah sampailah ke peringkat haji. Ianya hanya berkisar pasa asas-asas ibadat.

12) Nahu Soraf

merupakan sukatan Tahun Satu shaja yang merangkumi tajuk-tajuk istilah bahasa arab, asas-asas tatabahasa serta sekidkit perbahasan nahu soraf yang asas. Soalan biasanya ditekankan kepada tatbiq contoh-contoh yang diberikan.

13) Bahasa inggeris

Merupakan subjek sampingan yang paing mudah untuk lulus bagi semua tahun meliputi beberapa tajuk yang diberikan sebagai sukatan pelajaran.


Huraian secara umum, boleh disimpulkan kepada empat bahagian :-

1) Subjek yang memerlukan dalam bentuk kefahaman yang mendalam, ringkas dan padat terdiri daripada Tasauf, Tauhid, Akhlak, Mantiq, Milal Wan Nihal, Falsafah, Al-Isytisrak Wat Tabsyir dan Tayyarat bagi kesemua subjek ini pelajar tidak digalakkan menggunakan olahan ayat sendiri sekiranya kurang menguasai bahasa arab kerana olahan ayat bagi subjek-subjek tersebut berbentuk ilmiah (ringkas dan padat). Bagi menghindarkan kesilapan pelajar haruslah menghafalnya disertai dengan pemahaman yang kuat.

2) Subjek yang bergantung kepada hafalan ialah al-Quran, Tafsir, Hadis, Ulum Quran, Ulum Hadis, Dakwah dan Nuzum Islami.

3) Subjek yang memerlukan kepada amali seperti Ilmu Takhrij Hadis.

4) Subjek sampingan seperti Nahu Soraf, Feqh, Adab Balaghah dan Bahasa Inggeris.

 
     
 


KULIAH SYARIAH ISLAMIAH

1) Pengenalan
Syukbah Syariah Islamiah adalah satu daripada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Universiti al-Azhar kepada pelajar. Ia mempunyai bilangan yang teramai berbanding dengan kuliah-kuliah /syukbah-syukbah yang lain. Perkara yang diberi penekanan di dalam syukbah ini ialah permasalah hukum-hukum Feqh melalui pengajian dan kajian terhadap al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias. Pengajian tahun satu lebih menekankan Bab Toharoh dan Ibadat, tahun dua Bab Mu'amalat, tahun tiga Bab Munakahat dan tahun empat Bab Jinayat. Pembelajaran di sini menekankan kepada bacaan dan hafalan yang tekun.

2) Pembahagian Subjek
Jumlah subjek Syariah Islamiah bagi semua tahun secara umumnya sebanyak 11 subjek kecuali subjek Tahun Empat yang mempunya 10 subjek. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Subjek Asasi (teras) dan Idofi (elektif). Di bawah adalah pembahagian subjek bagi kuliah Syariah Islamiah.

Tahun Satu

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (Elektif)
1) Al-Quran
2) Feqh Syafie
3) Usul Feqh
4) Feqh Kitab
5) Feqh Muqarin
6) Tarikh Tasyrie
7) Bahas
1) Tauhid
2) Mustolah Hadis
3) Nahu Soraf
4) Bahasa Inggeris

Tahun Dua

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (Elektif)
1) Al-Quran
2) Feqh Syafie
3) Usul Feqh
4) Feqh Kitab
5) Feqh Muqarin
6) Tarikh Tasyrie
7) Ahwal Syaksiah
8) Bahas
1) Tauhid
2) Nahu Soraf
3) Bahasa Inggeris
 

Tahun Tiga

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (Elektif)
1) Al-Quran
2) Feqh Syafie
3) Usul Feqh
4) Feqh Kitab
5) Feqh Muqarin
6) Tarikh Tasyrie
7) Ahwal Syaksiah
8) Bahas
1) Manhaj Dakwah
2) Adab Balaghah
3) Bahasa Inggeris

Tahun Empat

Subjek Asasi (Teras) Subjek Idofi (Elektif)
1) Al-Quran
2) Feqh Syafie
3) Usul Feqh
4) Feqh Kitab
5) Feqh Muqarin
6) Tarikh Tasyrie
7) Qawaid Feqhiah
8) Bahas
1) Adab Balaghah
2) Bahasa Inggeris

Pembahagian subjek bagi setiap semester ditentukan oleh pihak al-Azhar dan kebiasanya ia tidak berubah dari satu tahun dari satu tahun ke satu tahun yang berikutnya.

3) Pembahagian kertas peperiksaan
Peperiksaan terbahagi kepada peperiksaan syafawi (lisan) dan tahriri (bertulis). Peperiksaan syafawi (lisan) bagi semua tahun merangkumi empat subjek iaitu al-Quran, Feqh Syafi'e, Usul Feqh dan Feqh Muqarin kecuali bagi Tahun Empat yang mana dua subjek iaitu Feqh Syafi'e dan Usul Feqh akan diperiksa secara ta'yin. Manakala yang selebihnya merupakan peperiksaan dalam bentuk tahriri (bertulis).

4) Huraian setiap subjek

Pertama :Subjek Syafawi (lisan) dan Ta'yin

Subjek-subjek ini memerlukan penghafalan yang lancar untuk mengelakkan daripada berlaku keadaan yang teragak-agak ketika berhadapan dengan pensyarah.Kebiasaannya peperiksaan Syafawi (lisan) ini berlangsung lebih awal daripada peperiksaan tahriri (bertulis). Calon diwajibkan hadir dan ia merupakan syarat untuk lulus subjek tahriri (bertulis).

Bagi Subjek Al-quran, soalan yang ditanya hanya satu bentuk sahaja iaitu menyambung keratan ayat yang disuruh oleh pensyarah dan banyaknya soalan yang ditanya itu bergantung kepada pensyarah. Sukatan bagi banin (pelajar lelaki) berbeza dengan banat (pelajar perempuan) di mana sukatan bagi banin dua juzuk setiap tahun bermula dari surah al-Baqarah dan dibawa ke tahun-tahun berikutnya. Begitulah seterusnya bagi tahun tiga dan empat. Manakala bagi banat, sukatan bagi subjek al-Quran mengikut surah yang telah ditentukan (sama seperti yang dinyatakan didalam Kuliah Lughah) bagi setiap tahun, malahan perlu dibawa kepada tahun-tahun berikutnya.

Manakala peperiksaan syafawi bagi subjek Feqh dan Usul Feqh pula biasanya yang ditanya sekitar takrif (definisi), rukun, syarat serta dalil dan sebagainya. Pelajar perlu memberi penekannan terhadap pendapat ulama', dalil serta pendapat yang rajih secara ringkas di samping takrif bagi subjek Feqh Muqarin.

Bentuk peperiksaan Ta'yin bagi dua subjek Tahun Empat (Feqh dan Usul) adalah lebih kurang sama dengan subjek-subjek syafawi yang lain, cuma di sana ada sedikit perbezaan dari segi persoalan yang mana ia lebih menekankan kepada pembacaan dan huraian pelajar di hadapan doktor di samping perkara-perkara lain seperti takrif, maksud sesuatu istilah dan sebagainya. Sukatan agak sedikit dan akan diberikan beberapa hari sebelum peperiksaan Ta'yin dan biasanya dijalankan selepas peperiksaan tahriri.


Kedua : Subjek Tahriri (bertulis)

1) Al-Quran

Sukatannya seperti kenyataan di atas. Di dalam peperiksaan seorang pelajar diberi pilihan untuk menulis di atas kertas jawapan dengan satu bentuk tulisan sahaja sama ada dengan khat Uthmani ataupun khat biasa. Pelajar tidak boleh mencampur-adukkan antara tulisan tersebut. Kebiasaannya soalan yang akan ditanya sebanyak tiga soalan ( banin ) dan sepuluh soalan (banat), namun jumlah soalan berbeza dari tahun ke tahun. Mengikut pemarkahan yang lepas, syarat untuk lulus al-Quran bagi banin (pelajar lelaki) adalah markah yang minima bagi syafawi (lisan) 25 markah dan tahriri (bertulis) 25 markah. Begitu juga dengan permarkahan bagi kuliah banat.

2) Feqh Syafi'e

Ia terbahagi kepada Nassi dan Maudu'i. Feqh Nassi adalah dalam bentuk "uslub turath" (kitab lama) yang mana syarahan pensyarah berdasarkan matan / nas tersebut. Biasanya matan yang dijadikan sukatan ialah Matan Minhajut Tolibin karangan Imam Nawawi dan syarahanya oleh al-Mahali. Tajuk yang biasa dibincangkan di dalam tahun satu ialah perkara yang berkaitan dengan Toharah dan sedikit dari Bab Solat. Tahun dua lebih menekankan kepada tajuk Buyu' (jual beli), Riba dan yang berkaitan dengannya. Tajuk bagi Tahun Tiga adalah Talak dan Khulu'. Manakala tajuk bagi Tahun Empat ialah Bughat (menentang pemerintahan Islam) dan bab Sariqah (kecurian).

Manakala Feqh Maudu'i pula ia berbentuk uslub moden yang dikarang oleh pensyarah dengan uslub yang tersendiri. Bentuk ini lebih memudahkan pelajar untuk memahaminya.

Bentuk soalan yang sering ditanya antaranya ialah :
I. Ta'rif
II. Masalah Hukum, dalil / illat.
III. Syarah matan (bagi subjek Nassi)

Bagi soalan hukum, jika masalah hukun tersebut mempunyai khalaf Ulama' di dalam mazhab Syafi'e, maka perlu menyebut khalaf itu di dalam jawapan. pelajar perlu memastikan tajuk-tajuk perbincangan di dalam Feqh Nassi agar pembacaan kita tidak berulang di dalam Feqh Maudu'i kerana cara penekanan bagi kedua-dua bahagian tersebut adalah berbeza.

3) Usul Feqh

Ia terbahagi kepada dua juga iaitu Usul Feqh dan Usul Feqh Maudu'i Usul Nassi adalah di dalam bentuk uslub turath (lama) yang mana syarahan para pensyarah berdasarkan matan/nas. Biasanya matan yang dijadikan sukatan pelajaran ialah matan al-Baidhowi dan syarahnya oleh al-Asnawi. Tajuk yang biasa dibincangkan di dalam Tahun Satu ialah perkara yang berkaitan dengan istilah al-Wujub dan bahagian-bahagiannya. Tahun Dua lebih menekankan kepada tajuk al-Amru dan yang berkaitan dengannya. Bagi Tahun Tiga tajuknya adalah Mubayin, Ima' dan lain-lain. Manakala tajuk bagi Tahin Empat ialah al-Qiyas. Subjek ini memerlukan kefahaman yang jelas dan ingatan yang kuat daripada setiap pelajar.

Manakala Usul Maudu'i berbentuk uslub moden yang dikarang sendiri oleh pensyarah dengan uslubnya (gaya bahasa) yang tersendiri. Bentuk ini lebih memudahkan pelajar untuk memahaminya.

Bentuk soalan yang biasa ditanya:

I. Ta'rif dan syarahnya serta ihtirazat
II. Syarah ibarat/ matan (bagi Nassi)
III. Mazhab-mazhab dan dalil /illat

4) Feqh kitab

Ia membincangkan pendapat-pendapat ulama' bagi sesuatu hukum seta dalil-dalil mereka berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Kebiasaanya 10 tajuk yang dibincangkan bagi setiap tahun yang diambil dari surah-surah yang berbeza mengikut sukatan al-Azhar. Bentuk soalan mengikut kepentingan :

I. Masalah hukun yang terdiri dari pendapat ulama', dalil, wajhudilalah serta I'tiradot dan pendapat yang rajih.
II. Sebab nuzul ayat.
III. Mufrodat dan ta'rif.

5) Feqh Muqarin

Ia membincangkan tentang perbandingan diantara mazhab-mazhab bagi sesuatu masalah hukum secara terperinci.Subjek ini memerlukan kepada penghafalan yang lancar terhadap pendapat ulama' dan dalil-dalil.Tajuk perbincangan pada Tahun Satu berkisar di sekitar bab Toharah dan solat. Tahun Dua pulamembincangkan tentang bab Mua'malah terutama jualbeli dan riba. Di dalam Tahun Tiga kita akan diajar mengenai bab Jinayah dan Hukum Hudud dan pada Tahun Empat kita akan dibawa kepada perbincangan mengenai tajuk-tajuk Jihad dan Qadha'. Bentuk-bentuk soalan :

I. Pendapat Ulama' bagi sesuatu masalah hukum.
II. Dalil dan huraiannya.
III. Munaqosyah (perbincangan) yang merangkumi i'tirodot (percanggahan) dan penyelesaiannya.
Iv. Pendapat yang rajih.
v. Ta'rif, pembahagian dan seumpamanya.

6) Tarikh Tasyri'

Membincangkan tentang sejarah perundangan Islam semenjak kebangkitan Islam pada zaman Rasullah SAW sehingga zaman tabi'i. Ia juga membincangkan tentang cara pengumpulan dan penyusunan al-Quran dan as-Sunnah. Ia memerlukan huraian pelajar dengan uslub tersendiri setelah menghafal isi-isi penting yang tidak semestinya terikat dengan ayat kitab. Bentuk soalannya lebih banyak berbentuk huraian.

7) Bahas

Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahas Dewan dan bahas sebelum peperiksaan. Bahas Dewan bagi kuliah banin merangkumi tiga subjek bagi Tahun Satu iaitu Feqh Syafi'e, Feqh Muqaran dan Usul Feqh, tiga subjek bagi Tahun Tiga iaitu Feqh Syafi'e, Feqh Muqarin dan Usul Feqh. Manakala bagi kulah banat pula, bahasnya merangkumi tiga subjek bagi setiap tahun iaitu Feqh Syafi'e, Feqh Muqarin dan Usul Feqh. Manakala bahas di luar dewan pula ia bergantung kepada kehendak pensyarah dan mestilah dibuat oleh setiap pelajar yang mana tajuknya akan diberi lebih awal dan dinasihatkan agar dapat menyiapkannya terlebih awal sebelum menjelang peperiksaan.

8) Tauhid

Merupakan subjek elektif bagi tahun satu dan tahun dua sahaja yang lebih membahaskan ijmal (umum) mengenai bab ketuhanan (Tahun Satu) dan bab Nubuwwah dan Sam'iyyat (Tahun Dua).

9) Mustolah

Juga subjek sampingan kepada pelajar Tahun Satu sahaja yang membincangkan secara umum mengenai istilah-istilah Hadis di samping huraian terhadap pembahagian hadis itu sendiri dari segi Mutawatir, Masyhur dan Ahaad.

10) Nahu Soraf

Ianya hanya diajar di Tahun Satu dan Tahun Dua sahaja. Merangkumi tajuk-tajuk istilah Bahas Arab, asas-asas tatabahasa serta sedikit hukum-hukum Nahu yang terdiri daripada Mubtada' dan Khabar, Fa'il, segala Maf'ulat dan sebagainya. Soalannya tertumpu kepada praktikal contoh-contoh yang diberi.

11) Bahasa Inggeris

Ia merupakan subjek yang paling mudah untuk lulus bagi semua tahun yang meliputi beberapa tajuk yang diberikan sebagai sukatan.

12) Feqh Sunnah

Merupakan subjek untuk tahun satu dan tahun dua. Bagi tahun dua bab yang diajar adalah Toharah, manakala Bab Ibadat pula diajar untuk tahun tiga dan Bab Munakahat bagi tahun empat yang diambil dari sunnah Rasullah SAW. Bentuk soalan yang disoal sebagainama soalan Feqh Kitab.

13) Ahwal Syakhsiah

Subjek ini hanya untuk tahun dua dan tiga sahaja dan lebih membincangkan Bab Munakahat (Tahun Dua) dan Mirath (Tahun Tiga). Bentuk soalan sebagaimana Feqh Muqarin.

14) Manhaj Dakwah

Merupakan subjek yang menggantikan subjek Tauhid dan hanya untuk tahun tiga sahaja. Ia membincangkan tentang cara-cara untuk berdakwah dengan mendatangkan uslub dan kisah para nabi ketika berdakwah.

15) Adab Balaghah

Merupakan subjek elektif bagi tahun tiga dan empat yang membincangkan secara umum dan ringkas mengenai tajuk-tajuk yang masyhur bagi kedua-duanya.

16) Qawaid Feqhiah

Satu subjek yang hanya dikhususkan kepada pelajar Tahun Empat yang membahaskan kaedah-kaedah Feqh yang lima di samping masalah-masalah far'iah dari kaedah tersebut dan kaedah-kaedah yang lain. Bentuk soalan berkisar kepada maksud kaedah, masalah far'iah serta perbezaan dan sebagainya.

 
     
  | © Hakcipta Terpelihara DPMM 2003 |  

Menu

Muka Utama
Bahasa Arab
Usuluddin
Syariah Islamiah