Syarat Kemasukan ke Universiti Al-Azhar  
     
  a )  Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi kemasukan ke tahun satu.
b )  Syarat-syarat lain ialah diploma-diploma dari institut-institut pengajian berikut :
    1 )      Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra,
    2 )      MADIWA,
    3 )      Insaniah,
    4 )      MARSAH,
    5 )      KUSZA,
    6 )      INTIS,
    7 )      KISDAR,
    8 )      KIDU.
c)  Sijil-sijil dan diploma-diploma lain yang diktiraf oleh Universiti Al-Azhar.
d)  Lulusan pengajian Thanawi dari Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar ke tahun satu universiti.
 
     
  Yuran Pengajian : Yuran yang dikenakan kepada Pelajar Bukan Arab ialah 2.75 Pound Mesir setahun. Manakala pembelian buku kuliah adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri (lebih-kurang 130.00 Pound Mesir setiap semester).  
     
  Peraturan Pengijazahan  
     
  1. Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah hanya membenarkan pelajar-pelajar asing mengikuti Program Ijazah Pertama sahaja.
2. Para pelajar perlu menghabiskan tempoh pengajian selama lapan semester (4 tahun), dengan lulus kesemua mata pelajaran untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.

3.  Pelajar diberi peluang mengulangi pengajian jika tidak lulus. Tahun satu dan dua sebanyak 2 kali, manakala tahun tiga 4 kali. Bagi tahun empat tiada had peluang yang diberikan sehingga pelajar itu berjaya.
4 . Ijazah Sarjana Muda yang dikeluarkan adalah milik mutlak Universiti Al-Azhar. Pihak universiti berhak menarik semula ijazah yang telah dikeluarkan sekiranya pelajar lulusan universiti melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan imej Al-Azhar dan Islam amnya.       
 
     
     
     
 

© Hakcipta terpelihara DPMM 2003

 

Menu

Muka Utama
Naik ke atas