Keanggotaan (keahlian) DPM Mansurah

 
  Taraf keanggotaan :  
     
 
Keanggotaan terbahagi kepada dua (2) :-
1.1 Anggota tetap
a. Ahli-ahli yang menetap dan belajar di seluruh cawangan Al-Azhar masing-masing.
b. Tidak menjadi anggota mana-mana badan yang tidak diiktiraf oleh PMRAM.
c. Anggota ini berhak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DPM dan PMRAM serta berhak dicalonkan untuk menjadi anggota Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM dan PMRAM.
1.2 Anggota Bersekutu
a. Bukan berasal dari DPM tersebut.
b. Mereka yang berkahwin dengan ahli-ahli DPM tersebut.
c. Boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DPM.
d. Boleh mengundi tetapi tidak boleh menjadi calon.
 
  Syarat-syarat keanggotaan :  
     
  a. Warganegara Malaysia ,beragama Islam dan berbangsa Melayu.
b. Mereka yang mengemukan permohonan yang lengkap melalui borang yang disediakan.
c. Telah diterima menjadi ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (BKAN).
d. Berakhlak dan berkelakuan baik.
e. Tidak bertentangan dengan dasar dan tujuan PMRAM serta DPM (sila rujuk dalam Bab Kedua,Fasal 2).
f. Mestilah diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM masing-masing.
 
     
  YURAN TAHUNAN DPMM  
 
Setiap anggota (ahli) siswa mesti membayar yuran seperti berikut :-
Yuran Tahunan : LE 1.00 X 12 bulan = LE 12.00 
Yuran Dewan : LE 1.50 X 12 bulan = LE 18.00
Setiap anggota (ahli) siswi mesti membayar yuran seperti berikut :-
Yuran Tahunan : LE 4.00 bagi ahli yang tiada bantuan kewangan
                       LE 6.00 bagi ahli yang mendapat bantuan kewangan melebihi RM 3,000.00.
 
     
  LUCUT KEANGGOTAAN  
  Keanggotaan akan terlucut dan dilucutkan dengan perkara-perkara berikut :-
a. Dilucutkan daripada menjadi ahli BKAN atau PMRAM.
b. Apabila luput salah satu daripada syarat-syarat keanggotaan (sila rujuk dalam Bab Ketiga,Fasal 2).
c. Meninggal dunia dan tamat pengajian.
d. Tidak membayar yuran tahunan kecuali dengan keizinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM.
e. Melakukan perkara-perkara yang menyalahi kepentingan dan keputusan DPM atau PMRAM.
f. Dibuang iaitu :-
i. Sekiranya anggota itu melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kerosakan besar kepada DPM dan PMRAM dari segi material dan moral.
ii. Sekiranya anggota itu memperalatkan kemasukkannya ke dalam PMRAM atau DPM untuk kepentingan dirinya sendiri.
iii. Setelah dilucutkan keanggotaan DPM,maka AJKT hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha Agung PMRAM atau Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM.
 
  | © Hakcipta Terpelihara DPMM 2003 |  

Menu

Muka Utama
Naik ke atas