DEWAN PEMUDA PAS

Assalaamu Alaikum 

wa Rahmatullahi wa Barakaatuh

sertai email group kami Dpp_ Batu@yahoo.groups.com

 

DEWAN PEMUDA PAS

BATU ,WILAYAH PERSEKUTUAN

Pena Ketua Pemuda

Assalamualaikum,

Saudara-saudara seperjuangan,

Isu Azalina Othman dituduh lesbian memang menarik perhatian ramai. tetapi perlu diingat bahawa sebagai pendokong gerakan Islam kita mesti tetap berpegang dengan prinsip-prinsip Islam.... Seorang Islam tidak boleh dimalukan dengan tuduhan yang melibatkan maruah seumpama tuduhan zina.....lesbian, liwat dan sebagainya....Seorang penuduh yang tidak mampu mendatangkan saksi seramai 4 orang telah satu dosa besar yang layak dihukum dengan hukuman Had iaitu dirotan sebanyak 80 rotan....Janganlah kita dibuai dengan keseronokan membicarakan persoalan semata-mata kerana mangsa yang terlibat adalah musuh dalam perjuangan sekalipun. Ingatlah firman Allah yang bermaksud :

" janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menjadikan kamu tidak berlaku adil . berlakulah adillah kamu. itu lebih dekat dengan taqwa".

Keadilan yang patut diberikan kepada Azalina Othman ialah dia adalah wanita yang telah dizalimi dengan tuduhan lesbian. Maruahnya mesti dipertahankan oleh setiap umat Islam lebih-lebih lagi mereka yang bertaqwa kepada Allah. Inilah titik perbezaan anatar perjuangan yang didokong oleh PAS dan perjuangan UMNO yang bertunjangkan nafsu dan wang ringgit. menghentam musuh mahupun kawan!!!!!

Allahu Akbar Walillahil Hamd

 

Adab Sikecil Anda  

On Line

Halaman Web PAS

Yahudi Zalim !!!!!!!!!!

1) Adab ketika bersin  

2 ) Adab ketika memasuki rumah

3) Bagaimana mengucapkan terima kasih  

4) Adab Berselawat Ke atas Nabi

5) Rahsia Memberi Salam

 

 

 

Islamworld

al jazeera

hidayatullah

arabia

malaysiakini

Jamaah Islah Malaysia

 

Dewan Pemuda Pusat

Dewan  Muslimat Pusat

DPP Wilayah

DPP Selangor

DPP Perak

DPP Kelantan

DPP Johor

D Muslimat  Selangor

 

Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu Isu

 

DAP Boleh Kerjasama Dgn PAS : Karpal

DAP boleh bekerjasama dengan PAS serta parti komponen BA bagi menarik sokongan rakyat menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang, kata Timbalan Pengerusinya, Karpal Singh.Katanya, perbezaan pendapat antara DAP dan PAS berhubung isu penubuhan negara Islam serta beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dan Terengganu tidak harus menjejaskan kerjasama parti pembangkang menentang kerajaan BN.

Ia termasuk penentangan bersama kedua-dua parti pembangkang itu terhadap kerajaan BN berhubung isu hak asasi manusia dan kegagalannya memperbaiki taraf hidup rakyat miskin di negara ini tanpa mengira kaum, katanya.

Dipercayai kenyataan Karpal itu ada hubungkait dengan majlis anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DAP) mengenai isu Palestin yang dihadiri bersama oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Datuk Fadzil Nor, Rabu lalu.

Majlis itu turut mencetuskan perbincangan mengenai kemungkinan kedua-dua parti Melayu terbesar itu mengadakan kerjasama seterusnya dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan ummah.

DAP pernah menganggotai BA bersama PAS, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari BA kerana tidak sehaluan dengan PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah kerajaan Islam di Malaysia.

Dalam hal ini, Karpal mengingatkan bahawa matlamat utama semua parti pembangkang ialah untuk menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Negara sekular

Oleh itu, katanya, DAP dan BA, yang turut dianggotai PAS, perlu merancang strategi bagi memastikan rakyat tidak mengundi BN, di samping mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Negara bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, dengan Islam sebagai agama rasminya.

“PAS tidak pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Parti itu hanya berkata sekiranya ia berjaya memerintah, PAS akan menubuhkan sebuah negara Islam dan Kerajaan Islam,” katanya..

Karpal berkata, ini bermakna PAS menganggap Malaysia bukan sebuah negara Islam, walaupun Presiden Umno, yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan September tahun lalu, bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dari segi Perlembagaan Negara.

“Jelas, pengisytiharan perdana menteri bahawa Malaysia sebuah negara Islam adalah pandangan peribadinya sendiri, bukannya satu kenyataan di segi hakikat dan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP boleh bekerjasama dengan PAS dan parti komponen BA dalam isu-isu yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Karpal berkata, adalah lumrah bagi setiap parti politik, termasuk PAS menghadapi kegagalan, namun katanya PAS mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang tidak boleh dipandang rendah.

 

FEQAH MINGGU INI

Apakah pandangan Islam terhadap peniaga yang mengambil keuntungan berlebih-lebihan dan berlipat kali ganda?

Allah Taala telah berfirman dalam surah al Baqarah ayat 275 yang bermaksud : " Sedangkan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba". Ayat menjelaskan bahawa perniagaan itu sesuatu yang diharuskan. Malah terdapat banyak hadis yang menggalakkan umat Islam berniaga diantaranya hadis yang bermaksud:" 9/10 rezki berada dalam perniagaan". Matlamat sesebuah perniagaan ialah untuk mendapatkan untung. Apabila  Islam menghalalkan perniagaan maka islam juga menghalalkan matlamat perniagaan iaitu untuk mendapatkan keuntungan. Meskipun begitu Islam melarang mengambil keuntungan berlebihan iaitu mengambil keuntungan yang melampaui had yang telah diketahui umum dan biasa dilakukan oleh peniaga-peniaga lain. Para ulama berbeza pandangan dalam dalam menentukan kadarnya.Ada yang berpendapat keuntungan yang dibenarkan ialah dalam ruang lingkup 1/3. Ada pula yang berpendapat dalam had kadar 1/6. Sebahagian mereka pula berpandangan keuntungan yang dibenarkan ialah keuntungan yang biasa diambil oleh para peniaga.

Justeru itu islam melarang peniaga mengambil kesempatan dari kejahilan pembeli terhadap harga sesuatu barang lalu menjualnya dengan harga yang lebih mahal dari harga yang dijual kepada para pembeli lain yang telah biasa dengan harga belian tersebut.Baginda telah bersabda yang maksudnya : " mana-mana orang Islam yang mengambil kesempatan dari kejahilan pembeli lalu ditipunya maka dia telah berdosa ".

Tulisan : Abu Amir

 

Sumbang Mahram 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timb Ketua Polis Negara berhubung kes sumbang mahram amat menarik perhatian umum. Beliau menegaskan bahawa yang lebih penting dalam menangani masilah ini bukan sekadar memberatkan lagi hukuman kepada pesalah sumbang mahram tetapi dengan mencari punca kepada jenayah ini samada ia berpunca dari cara hidup, pendidikan atau keluarga.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan ini. Bagi saya punca tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kita sendiri telah menjauhi cara hidup Islam. Islam telah menetapkan banyak garis panduan kehidupan bersosial antara lelaki dan perempuan untuk membina masyarakat yang berakhlak. Di antaranya :

1. Islam menetapkan kewajipan menjaga mata dengan tidak melihat kepada lelaki atau perempuan yang bukan mahram tanpa sebarang sebab dan kepentingan.. Pandangan mata merupakan panahan dari Iblis. ketika itulah Iblis akan mula mengusik hati untuk melakukan yang lebih jauh termasuklah berzina atau merogol anak sendiri. Sabda baginda : Pandangan mata itu satu panahan beracun dari panahan Iblis". Justeru baginda telah memalingkan muka Fadl bin al Abbas tatkala beliau memandang wanita-wanita muda yang datang bertanyakan hukum kepada baginda di waktu haji. Baginda bersabda : " aku melihat lelaki dan perempuan muda dan aku tidak menjamin kemanan mereka dari gangguan syaitan "  

Apa yang berlaku hari ini mata umat Islam digoda dengan berbagai pandangan cantik yang diperagakan oleh para wanita jelita dan dipaparkan di dada akhbar harian , majalah malah di papan-papan iklan ditepi jalan.Di tanbah lagi dengan kebanjiran cd dan video lucah di kalangan umat Islam dan dijual di merata tempat.

2. Selain itu Islam mengharamkan lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duan kerana ia membuka pintu berlakunya zina. Sabda baginda " Janganlah seseorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang perempuan melainkan bersama perempuan itu mahramnya ".

3. Islam mewajibkan para wanita menutup aurat mereka dengan menutup seluruh badan mereka melainkan muka dan tangan. Ini untuk mengelakkan lelaki tergoda dengan kecantikan bentuk tubuh badan yang dimiliki oleh wanita yang pasti sahaja mahu dimiliki oleh semua manusia yang bergelar lelaki

4. Islam menggariskan adab untuk bercakap antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Perempuan dilarang melunakkan suara yang boleh menggoda keinginan nafsu lelaki atau bertutur dengan suara manja.Tetapi bercakap dengan nada suara biasa yang tidak meransang.

5. Wanita juga ditegah dari bersolek ketika berjalan dikhalayak ramai yang boleh menarik perhatian lelaki. Firman Allah : Dan hendaklah para wanita berada di rumah mereka dan ( apabila ingin keluar) janganlah pula bersolek seperti solekan wanita jahiliyah yang pertama".

6. Wanita ditegah berjalan dengan melenggok-lenggokan badan mereka yang tentu sahaja menarik perhatian lelaki dan menggoda nafsu mereka.

Masalah yang berlaku pada hari ini ialah para wanita diajar untuk menampilkan diri di khalayak ramai dengan penampilan yang cantik dan menawan yang boleh menarik perhatian lelaki sedangkan kecantikan itu sepatutnya untuk suaminya atau bakal suaminya. 

Inilah wanita moden kata mereka !!!