Nasihat EDISI 1 ( Rabiul Akhir )  KETUA

Pertamanya ,

Kita selaku abna al harakah sentiasa bersedia setiap masa untuk menginfakkan masa dan diri kita buat perjuangan Islam. Bacaan Al Qur'an, solat berjemaah, mengikuti kuliah agama, mengerjakan nawafil sepatutnya menjadi kelaziman dan kebiasaan kita pendukung gerakan Islam.    Semata-mata mengharapkan 'charger' usrah dan ijtimak atau program-program jamaah adalah pengharapan yang terlalu lemah dalam suasana zaman sekeliling yang benar-benar menggugat istiqomah para ahli jamaah.

01/ - 03 Julai 2002

Kedua,

Sentiasa berlatih menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Dengan meletakkan setiap item yang penting dalam kerja-kerja kita dengan priority yang seimbang. Dengan ini  tidak ada yang terabai baik kerja-kerja makan gaji, dakwah, amal islami, hubungan kekeluargaan, menjaga hak jiran, menghadiri majlis ilmu, majlis makan malam dan sebagainya. Ini semua penting buat keutuhan jamaah.

02/- 06 Julai 2002

Ketiga,

....sentiasa mendoakan ummah Islam adalah tanda silaturrahim. Doanya ialah memohon agar Allah sentiasa memberikan Hasanah didunia dan hasanah diakhirat . Diampunkan dosa dan diberikan keberkatan dalam hidup . Setiap ahli jamaah mestilah sentiasa berdoa. Pastikan doa harian sentiasa menjadi amalan kita. Ramai kita yang sentiasa berkenderaan...bagaimana dengan doa naik kenderaan? Moga kita dapat berbuat sesuatu dengan doa kita...Bukankah doa itu pengharapan kita dengan tuhan kita ALLAH SWT...maka berdoalah..agar kita dipilih menjadi golongan yang 'sedikit'...

03/ - 07 Julai 2002

Mengapa dalam kes hudud, pihak Bn & UMNO(baru) kata ia tidak boleh dilaksanakan kerana :rakyat kurang faham sepenuhnya lagi, sedangkan dalam kes bahasa Inggeris ini tidak berlaku .Why UMNO(baru) tidak mahu berusaha untuk melaksanakan hukum jenayah Islam ( hudud ) sepertimana usaha mereka untuk melaksanakan bahasa inggeris?. Kenapa rakyat tidak dididik untuk memahami hudud sepertimana usaha mendidik rakyat memahami bahasa inggeris?. ...

22 Julai 2002

Tanggungjawab pemerintah yang diabai..

Semua yang memegang AAMANAH seperti al-Sultan juga Raja2 selaku ketua agama dan  pimpinan di peringkat Kerajaan Pusat adalah berkeWAJIBan  berusaha dengan bersungguh ke arah mendidik rakyat supaya memahami hukum jenayah Islam Islam dan hudud ini, kerana ianya sekian lama di selewengkan. Apakah usaha-usaha mufti dan jabatan agama untuk memberi penerangan dan pendidikan mengenai hudud. Kenapa tidak diberi insentif kepada cendiakawan  agama supaya mereka berusaha lebih untuk mendidik rakyat mengenai hudud supaya rakyat akan faham hudud, sepertimana yang dicita-cita terhadap bahasa Inggeris?. Apabila diteliti, UMNO(baru) sebenarnya tidak ada usaha langsung untuk mendidik rakyat di negara ini faham dan mengerti apakah hudud.....

24 Julai 2002

....UMNO(baru) cuma jaguh menentang hudud secara sembrono dan kadang-kadang naik bulu roma apabila kita mendengar hujah ( bertaraf alasan ) yang dikatakan oleh mereka untuk menentang hudud itu. Hamid Othman selaku penasihat agama PM ( bertaraf menteri) pun tak ada usaha memberi pendidikan mengenai hudud itu. Agensi kerajaan yang memikul amanah seperti JAKIM / IKIM pun gagal memberi faham hudud itu secara total sehinggakan ianya mampu untuk dilaksanakan di bumi Malaysia ini. Adakah halal Islam itu hanya pada produk makanan sahaja ???? ( 1hb Ogos Jakim ambil alih pengesahan tanda halal )...

25 Julai 2002


....Jika Mahathir mengakui bahawa Malaysia ini negara fundalmentalis Islam ( Negara Islam tulin ) , mengapa usaha kerana memberi pemahaman kepada rakyat mengenai hudud ini tidak ada?. Kenapa kaedah mewarwarkan bahasa inggeris yang dilakukan sekarang tidak digunakan untuk menjayakan enakmen hudud di Malaysia?. Persoalan yang besar timbul dalam situasi seperti ini ialah, sehingga bila rakyat akan faham hudud dan adakah ketika itu baru hudud boleh dilaksanakan?. Jawapannya ialah bukan terletak pada hati, tetapi iman dan takwa kepada Allah, walaupun dada yang ditepuk... LAWAN TETAP LAWAN...

26 Julai 2002