Nasihat EDISI 1 ( Rabiul Akhir )  KETUA

Pertamanya ,

Kita selaku abna al harakah sentiasa bersedia setiap masa untuk menginfakkan masa dan diri kita buat perjuangan Islam. Bacaan Al Qur'an, solat berjemaah, mengikuti kuliah agama, mengerjakan nawafil sepatutnya menjadi kelaziman dan kebiasaan kita pendukung gerakan Islam.    Semata-mata mengharapkan 'charger' usrah dan ijtimak atau program-program jamaah adalah pengharapan yang terlalu lemah dalam suasana zaman sekeliling yang benar-benar menggugat istiqomah para ahli jamaah.

01/ - 03 Julai 2002

Kedua,

Sentiasa berlatih menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Dengan meletakkan setiap item yang penting dalam kerja-kerja kita dengan priority yang seimbang. Dengan ini  tidak ada yang terabai baik kerja-kerja makan gaji, dakwah, amal islami, hubungan kekeluargaan, menjaga hak jiran, menghadiri majlis ilmu, majlis makan malam dan sebagainya. Ini semua penting buat keutuhan jamaah.

02/- 06 Julai 2002

Ketiga,

....sentiasa mendoakan ummah Islam adalah tanda silaturrahim. Doanya ialah memohon agar Allah sentiasa memberikan Hasanah didunia dan hasanah diakhirat . Diampunkan dosa dan diberikan keberkatan dalam hidup . Setiap ahli jamaah mestilah sentiasa berdoa. Pastikan doa harian sentiasa menjadi amalan kita. Ramai kita yang sentiasa berkenderaan...bagaimana dengan doa naik kenderaan? Moga kita dapat berbuat sesuatu dengan doa kita...Bukankah doa itu pengharapan kita dengan tuhan kita ALLAH SWT...maka berdoalah..agar kita dipilih menjadi golongan yang 'sedikit'...

03/ - 07 Julai 2002