PENA DEWAN PEMUDA PAS KEPONG

 
 
APA ITU TUGAS KITA

Sempena Menyambut Kemerdekaan : MUHASABAH KERJA_KERJA DAKWAH 

Yang dimaksud dengan tugas ialah kerja-kerja yang diwajibkan keatas kita. Dalam hal ini kita tak boleh lari dari 'usaha yang bersungguh ' yang mana usaha yang bersungguh itu dalam bahasa al Qur'an dipanggil jihad. Jihad ialah Jihadul Ihsan terhadap dirinya, yaitu: bahawa di dalam diri manusia itu ada dua kutub, ketika kedua keinginan yang saling berlawanan bertemu di dalam dirinya, maka masing masing berjihad untuk mengalahkan yang lain. 

TAKRIF Al-JIHAD yang perlu diketahui :

"Bahawasannya Jihad itu jika dinyatakan secara mutlak tanpa qayyid maksudnya adalah Qital (Perang) dan mengerahkan kemampuan daripadanya untuk meninggikan kalimatullah. Dan ta'rif Jihad yang lebih mendasar dan lebih mencakup adalah yang dinyatakan dalam Mazhab Hanafi yaitu: Mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan berperang di jalan Allah SWT, dengan jiwa, harta dan lisan dan selain itu." (Al-Kisani, Badai'u Ash-Shanai'i 9/4299) 

Ibnu Rusyd mengatakan: 
"Setiap orang yang meletihkan dirinya di dalam mentaati Allah, maka sungguh ia telah berjihad di jalanNya, kecuali bahawasanya perkataan 'Jihad fie Sabilillah' bila dinyatakan secara mutlak, maka dengan kemutlakannya itu tidak dapat diartikan selain dari: Memerangi orang orang kafir dengan pedang, hingga mereka masuk kedalam agama Islam atau membayar Jizyah dari tangan mereka, sedang mereka dalam keadaan hina." (Muqaddimah Ibnu Rusyd 1/369) 

Dan perkataan 'fie Sabilillah' jika dinyatakan secara mutlak atas sesuatu perbuatan, yang dimaksud adalah Jihad yang maknanya Perang. Oleh karena itu kita lihat banyak para ulama penyusun berbagai kitab mencantumkan hadist-hadist yang mengandung perkataan 'fie Sabilillah' didalam bab-bab Jihad. Misalnya Hadist: 

"Sesiapa yang berpuasa sehari fie sabilillah niscaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka 70 tahun perjalanan." (Fathul Bari no. 2840, Kitabul Jihad, Bab Fadlus Soum fie Sabilillah 6/47) 

Untuk lebih menyakinkan kita rujuk kitab kitab: Shahih Bukhari, Sunan Nasai, Sunan Tirmidzi, At-Targhib wat Tarhib, dan lain-lain 

Ibnu Hajar berkata: 
"Dan yang tidak memerlukan pemikiran yang panjang untuk memahami lafaz 'fie sabilillah adalah Jihad." 

****

Kerja-kerja Islam memerlukan pendukungnya  berjihad : Ya jihad yang asas iaitu senantiasa memastikan roh jihad 'on' 24 jam. Setiap  kita dibekalkan dengan   3 kurnia yang agung sebagai modal , apa lagi yang kita mahukan semuanya telah diberikan Allah.
1. Jasad 
- alhamdulillah, dah diberikan makanan , minuman tak pernah miss...
2. Akal 
- hok ni masalah sikit ...tanpa kita disedari , makanan nya ialah hanya suratkhabar bisu dan majalah2 hiburan yang melalaikan...hal ini berlaku kepada ahli gerakan Islam...sedangkan dalam apa jua keadaan kita mesti mendapatkan makanan..iaitu bahan2 bacaan yang menyemarakkan jihad....sirah Nabi, kisah penderitaan para Nabi auliya, sahabat2 dalam memperjuangkan Islam...sentiasa mendapatkan riwayat manusia2 agung yang kini sejarahnya dibaca..
3.Ruh 
Dan hati kita sentiasa di berikan makanan rohani - berzikir , baca Al qur'an ..


 

Back


1