PERSAUDARAAN NASRULHAQ MALAYSIA

 

Segala isi kandung dalam teks dibawah adalah pandangan peribadi dan ia tidak menggambarkan keseluruhan ahli Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia atau pengikut ilmu jurus dari pengajian pondok tradisional.  Laman ini juga disediakan bagi memberi laluan kepada pendekatan baru yang bakal melihat ilmu jurus itu berkembang dengan silibus yang lebih teratur dan kemas bagi menjamin kesedaran terhadap pengikut ilmu jurus itu.

 

 

 

Dikemaskini pada Ogos, 21 2005

Tempat: Kuala Kangsar Bandar Diraja

 

PNM: Pendekatan baru lebih fleksibel dengan kehendak dan budaya berilmu selain memelihara adat dan adap dalam perguruan

 

Salam bahagia, terima kasih.
Terima kasih kepada seluruh warga ahli dan bekas PNM, khususnya kepada invididu yang memberi sokongan, saudara Saiful Niza bin Yazid adalah seorang penggiat seni ilmu mempertahankan diri dan pengamal ilmu kebatinan dan rawatan tradisional Islam. Saya sendiri, alhamdulillah dan adalah pujian-pujian itu bisa kepada 'tuan' punya segala bentuk kehidupan, alam dan benda yang bernyawa maupun tidak. Kini, saya lebih berkeyakinan yang sudah pasti, apakah perlu bagi penggiat seni ilmu mempertahankan diri PNM, samada terdiri dari ahli atau bekas PNM itu memelihara 'ilmu jurus' yang mereka miliki.


Tahun 2005, sudah 18 tahun (bermula dari awal 1987) saya masih mengamati, melihat sambil membuat bandingan, mencari jawapan dan persoalan terhadap beberapa kemusykilan, keraguan serta permasalahan-permasalahan dalam ilmu jurus PNM itu hingga persatuan itu sudah semacam berkubur. Diskusi pada suatu majlis yang diadakan di antara pihak jabatan agama Islam (JAKIM) dan pihak pengurusan PNM pada masa itu bukan ketetapan fatwa oleh mufti, perkara itulah menjadi bahan-bahan dan topik perbincangan antara kalangan masyarakat. Perkara fatwa bukan terletak di kuasa Jabatan Agama Islam (JAKIM) dan perkara ini perlu difahami.

Malah tidak terkecuali artikel itu turut disebarkan dalam media cetak dan kini ia disalin-tulis dalam media elektronik/ internet dan adalah sebahagian dakwaan sebagai bukti, bahawa ajaran dan pegangan ahli dan pemimpin PNM adalah suatu yang menyalahi dari ajaran dan pegangan agama. Lebih dari itu 'ia' ilmu jurus dianggap tidak Islamik dan perlu dijauhi kerana boleh merosakan 'akidah' umat Islam dan bangsa Melayu.  Itu apa yang boleh didapati dari sebuah artikel dan dinaungi oleh sebuah parti politik agama.  Saya turut difahamkan bahawa kehendak untuk menolak ilmu jurus itu terdiri dari pemimpin parti PAS pada masa itu.
 

Kita belajar. Belajar dari pengalaman.  Tanya dengan ilmu pengetahuan, kemudian kita lihat.  Fatwa berhubung suatu perkara tertakluk kepada kuasa mufti yang dipersetujui oleh sultan.  Sultan sebagai raja orang Melayu adalah ketua agama.  Tidak hairan jika kita lihat bagaimana setengah perkara dianggap sesat oleh JAKIM, kemudian apabila didakwa di Mahkamah Syariah Negeri perkara itu ditolak kerana tidak ada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti negeri.  Kalau tidak bisa melihat itu, lebih baik kita diamkan diri sahaja.  Ruangan ini bukan untuk golongan muda-mudi yang hendak menguji-nguji pengetahuan dengan alasan mereka berlatarbelakangkan kepada pendidikan sekolah agama. Pada akhir kalam ini  adalah sinopsis dari satu bentuk wadah yang telah diterokai, mendasari dan mengamati.  Kemudian cukuplah untuk diri sebagai orang yang ingin melihat dan mencari suatu pengenalan.

 

Mereka yang masih memiliki perbagai persoalan, boleh menghubungi email di anazil73@celcom.net.my, pertanyaan dari bekas dan ahli PNM dan ilmu jurus yang dipusakai dari pondok-pondok tradisional juga amat dialukan.  Moga-moga pandangan dalam laman ini dapat diperhalusi dan diamati.  Akal fikiran yang bebas dari syahwat dan nafsu, adalah neraca bersifat timbangan, di situ adalah ruang permulaan. Penentu dan penetapan mutlak adalah agama. Ke-ESA-an itu perlu suatu perjalanan dan ketelusan. 

 

Ilmu jurus dan Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia

Ahli dan bekas ahli, penggiat seni dan mereka yang masih memelihara sebagai 'satu' wadah ilmu tempur bila masa diperlukan;

Pada pertengahan Julai 2005 yang lalu, kesempatan untuk berkunjung ke Seremban sambil menemui seorang kenalan juga bekas PNM, saudara Saiful Niza Yazid, kami sempat berbincang dan berbual-bual sepintas lalu tentang PNM. Saudara Saiful itu bekas pelajar pondok di Kuala Terengganu (lupa untuk bertanya nama pondoknya). Saiful yang belajar di sekolah pondok sejak dari tahun pertama hingga kepada akhir tamat. Seusia dan kehidupannya dihabiskan dengan pengajian di pondok. Sudah pasti tidak dapat diragui 'pengetahuan', ilmu dan disiplin-disiplin baik dalam pengajian agama dan lainnya dapat kita sandarkan. Penyandaran itu perlu bagi kita yang kurang mahir dan jahil dalam selok-belok berhubungan dengan agama.

 

Suatu perkara jika dikias tanpa jaringan dari mana-mana sudut agama maka jadilah ia satu pegangan falsafah, kemudian jika satu perkara itu dikias secara mantik dan kalamnya kemudian disertai jaringan mana-mana kepercayaan agama, maka ia menjadi 2 perkara: (1) falsafah (pandangan berdasar ilmu pengalaman) dan (2) apa yang tersirat itu menjadi kepercayaan kepada iman wujud ketuhanan yang menjadikan sifat-NYA mutlak.

Perbincangan antara dua muka berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya terhadap ilmu jurus (PNM) dan pengetahuan yg dimiliki olehnya, pada ruang itu membuka dan salin kait mengait terhadap beberapa buah fikiran, pengalaman, persoalan dan jawapan, penemuan beberapa perkara yang 'perlu diperbaiki', jalan-jalan yang menimbulkan masalah dan sebagainya menjadikan kami berdua dalam majlis perbincangan tidak formal, sepintas lalu. Perbincangan diantara dua orang yang berlainan latarbelakang pendidikan dan kelulusan, banyak perkara dipersetujui. Sangat sedikit kontranya. Kontra bukan berdiri di atas paksi dua orang ahli PNM, tetapi di atas landasan pengalaman, pengamatan dan perhatian langsung atau tidak serta melalui ulasan-ulasan yang boleh dijadi pedoman bersumberkan kepercayaan terhadap agama (panduan Quran).

ILMU JURUS


Ilmu jurus bukan baru.
Ilmu jurus sudah bertapak di sekolah-sekolah dan madrasah tradisional sebelum Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia melalui Tan Sri Samad Idris dan Tuan Haji Johannes Choeldi mendaftar sebagai sebuah pertubuhan. Ilmu jurus Persaudaraan Nasrulhaq atau ilmu nasrulhaq itu asalnya dari 'ilmu jurus'. Susur gaurnya juga turut dari Palembang, Sumatera hingga kepada Acheh. Sejarah dan salsilahnya juga tidak menunjukan 'ia' terhasil dari pengetahuan dan kemahiran orang Melayu yang mengembangkannya sebagai ilmu mempertahankan diri. Ia boleh dikaji dan diselidiki hingga ke akar umbinya.

 

Kalau hendak diikuti dari salsilah dan awalan, jurus PNM itu dikembangkan oleh Tan Sri Samad Idris dan Tuan Haji Johannes diterima sewaktu mengerjakan haji.  Salah seorang dari mereka mendapat petunjuk sewaktu berada dalam gua hira', manakala seorang pula dihadapan Ka'bah.  Itu lebih molek dari kedudukannya seperti setengah salsilah pertubuhan seni silat lain, ada setengah mendakwa beroleh petunjuk dari roh-roh orang yang sudah mati.  Penerima itu sekadar orang awam sahaja yang beramal dengan ilmu silat bukan ada apa keistimewaan.  Tidak pula orang itu terkenal sebagai ahli ibadat (abid), ahli agama dan sebagainya tetapi tidak pula ingin mengaitkan dengan unsur kepercayaan yang menyesatkan.

 

Kedua pemimpin PNM itupun orang awam, tetapi tempat menerima petunjuk lebih molek berbanding seni silat yang adakala gurunya menerima petunjuk dengan bertapa.  Ke'dian beranggapan itu adalah roh-roh orang yang sudah mati seperti Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya.  Tidak kurang setengahnya perlukan roh orang mati pula yang bakal menamatkan perguruan mereka. Sepatutnya orang yang dimuliakan oleh tuhan jika berkesempatan kembali kedunia, sudah tentu ilmu untuk mencapai kecemerlangan kehidupan akhirat itulah yang diajarkan, tetapi 'roh' itu mengajar ilmu silat, ilmu dunia pula. Itu persoalan yang anda perlu renungi? Kitapun sama-sama renungi.  

 

Ruangan ini tidak akan menjadi sebuah buku sejarah atau tidak mungkin menjadi sebuah penyelidikan dengan fakta-fakta sebagaimana ruangan yang dibuat orang banyak itu.  Cukuplah sebagai tatapan peribadi dan pedoman tidak formal kepada bekas dan ahli Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia untuk lebih memahami kedudukan ilmu jurus itu - sejarah, perkembangan dan amalan.  Selain bagaimana ilmu jurus itu berteras kepada ajaran mengtauhidkan kepada Allah t'ala.  PNM bukan satu ajaran campur-campuran dengan berbagai unsur luaran dan penyelewengan.

Ilmu jurus itu 'islamik' atau tidak, perkatakan bagaimana ukuran ilmu itu akan dianggap Islam dan sebaliknya. Perkatakan itu? Perkatakan. Kita akan dapati, terdapat kekeliruan segolongan besar kalangan dan pendiri agama yang meletakan sesuatu yang dianggap Islamik ialah apabila ia diterajui, dipusakai oleh orang Islam, kemudian perkara itu akan dianggap 'islamik'. Jika suatu perkara itu diluar dari penganutnya, maka sesuatu perkara itu tidak akan dianggap 'islamik'. Pemikiran seperti ini terus dipusakai dan dikembang dari generasi kepada generasi, dari satu kelompok kepada kelompok yang lain.

 

Asal 'ilmu' itu ianya bersifat 'natural'.

 

Adalah tanggungjawab generasi muda-mudi dan terkemudian, menyintai ilmu pengetahuan.  Baik berupa ilmu kepercayaan berhubung dengan ketuhanan atau ilmu pengetahuan terhadap unsur-unsur dari alam raya.  Bebaskan diri dari pemikiran ortodok dan ketinggalan kerana dengkilnya sifat ingin tahu, menerokai, menjadi penyelidik, akal fikiran dimatikan dengan ilmu politik dan kuasa, menjadikan orang yang bersoal-jawap dengan pengetahuan al-Quran serta jadikan diri orang yang merdeka dari kejahilan.  Budaya research bagi orang yang suka kepada pengetahuan bisa menjadikan diri mereka orang yang membuat bandingan, penyelidikan, pengamatan, mereka tidak akan mudah bertakliq kepada apa yang sudah dibicarakan tanpa mengetahui apakah salahnya, benarnya, seleweng dan berbagai-bagai perkara.

 

Perkara berhubung kepercayaan dan pengetahuan tentang ilmu alam, dunia orang Melayu beragama Islam di Tanah Melayu ini agak mengalami 'kemunduran' cara berfikir dan menerima sesuatu.  Perkara ini berlaku apabila satu generasi menganuti apa yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang dianggap tokoh agama tanpa mereka perlu menyelidiki, menyelami, mengamati, mengambil dan mempelajari sesuatu itu dari sumber asalnya.  Satu generasi kepada generasi, dari kepercayaan menjadi satu kebudayaan hingga generasi seterusnya tidak berminat menambah pengetahuan dan ilmu mereka.  Mereka hanya perlu memelihara dan menguasai tanpa perlu ditambah pengetahuan mereka untuk menguasai sejumlah besar ilmu yang boleh diterokai, langsung budaya turutan itu tadi menjadi sebahagian dari hukum agama.

 

Contohnya mari kita lihat bagaimana orang Melayu melihat konsep muzik dalam Islam.  Mereka agak ketinggalan, bukan sahaja dari perspektif perkembangan seni dan budaya di peringkat antarabangsa malah jiran mereka terdekat - Indonesia juga terkebelakang.  Muzik dan seni, sudah jauh berkembang di Indonesia atau di negara Islam seperti Mesir, Iran ataupun Arab Saudi itu sendiri.  Apabila disebut lagu agama, tidak lagi merujuk kepada nasyid bertemakan kepada bunyi rebana, kebab atau kompang.  Itu dari perspektif seni musikal malah begitu kepada yang lain.

 

Rata-rata kalangan kita mengatakan muzik itu haram kerana alat-alatan yang digunakan, termasuk yang bertali ataupun tidak, malah lebih 'membingungkan' suatu pandangan bahawa muzik yang tidak menggunakan elektrik seperti gitar elektrik dan sebagainya.  K'dian mari kita duduk dan renungi?  Selidiki dan bagaimana keadaan seperti itu, malah bagaimana dikalangan ulamak dan hukamak Indonesia dan beberapa negara lain di Asia Barat turut memberi laluan kepada seni dan muzik dikalangan masyarakat dan pendiri-pendiri dikalangan agama?

 

Bila kita kaji dan teliti, rupanya muzik itu bukan merujuk kepada peralatan.  Muzik dan musika dari perkataan Arabnya - seni bunyi.  Seni bunyi itulah berkembangnya ilmu nahu, syair, muazam, qasidah yang dianuti oleh orang Melayu itu tetapi mereka tidak memahami konsep asal muzik itu.  Dari kepercayaan tanpa pengetahuan dan ilmu itulah menjadi sebahagian dari hukum agama yang dituruti dan dianuti dari satu generasi kepada generasi yang lain.  Maka seolah-olah agama Islam itu tidak sesuai dengan fitrah kehidupan manusia dan naluri mereka sendiri.

 

Itu contoh bagaimana setengah perkara biarpun ia sebahagian dari hukum agama namun, disebabkan kepercayaan yang dituruti tanpa pengetahuan sumber asal  maka perkara yang asalnya itu sesuai dengan fitrah manusia yang suka kepada keindahan dan kesenian pada bunyi-bunyian untuk habuan yang mendengar (telinga), ia sudah menjadi sebagai satu bentuk perkara yang tidak boleh dikecapi dan dinikmati.  Telinga itu untuk mendengar, keindahan dari alam ciptaan.  K'dian kita jadikan telinga yang mendengar keindahan itu dihalang, kita ciptakan dunia kita sendiri yang kononnya adalah ajaran Islam.

 

Contoh yang lain pula ialah bagaimana orang Melayu menyambut ketibaan bulan Syawal? Contoh itu dapat melihat bagaimana kepercayaan dianuti dari nenek moyang sudah berubah (tranform) kepada satu bentuk adat dan budaya.  Bagaimana ajaran nabi Muhamad menyambut bulan Syawal dan Ramadhan, serta konsep yang kita anuti turun temurun itu?  Bukankah pendekatan menyambut Syawal itu sudah menjadi budaya dan bukan lagi satu kesedaran terhadap tuntutan agama dan apa yang diajarkan oleh nabi kepada kita. Mari kita selami ertikata aidilfitri? Orang Arab sangat kagum bagaimana penduduk Malaysia menyambut awal Syawal sedang ditempat mereka bulan Ramadhan itulah hari besar sebesarnya untuk berusaha melakukan kebajikan dan kebaikan. Jadi ada beberapa perkara cara kita berfikir dan merenungi selok-belok perkara berhubung dengan agama itu perlu diperhalusi moga-moga dapat memisahkan kepercayaan agama dan kepercayaan yang dianuti dari nenek moyang.

 

Kembali semula kepada permasalahan ilmu jurus PNM.

Ilmu jurus sudah sedia dikenali di sekolah pondok tradisional.  Namun proses pengambilan dan pengijazahan terhadap para murid dan pelajar sangat terbatas.  Tidak dalam organisasi PNM lebih kepada pembudayaan ilmu mempertahankan diri dan seni silat yang jauh dari adat dan adap, selain kesopanan yang perlu dipelihara apa yang dituruti oleh pendidikan sekolah agama tradisional dan pondok-pondok.  Perbualan dengan saudara Saiful itu, kita dapati bagaimana satu jurus sahaja terpaksa diulang-ulangi bagi tempuh satu bulan dan ia satu masa yang sangat perlukan kesungguhan, ketekunan dan kesabaran.

ILMU JURUS DENGAN NAMA NASRULHAQ

Ilmu nasrulhaq itu ialah ilmu jurus.
Perbezaannya ialah pendekatan, adap dan disiplin terhadap penerimaan dan proses memberi pengajaran kepada pengikut. Ruang ini sangat berbeza dan perlu kepada pengkajian dan pendekatan semula dalam ertikata memelihara nama baik PNM itu sendiri. Permasalahan timbul pada aspek ini, yakni 'penyediaan silibus' dan 'proses bimbingan' kepada pengikut pertubuhan itu yang jauh dari apa yang dianuti dan diikuti oleh pengajian mereka di sekolah-sekolah pondok tradisional. Ruang ini sangat memerlukan pembaikan dan pendidikan dengan pendekatan baru. Lain bahasa, bahawa Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia perlu mengubahsuai pendekatan mereka dalam menerima kemasukan pelajar-pelajar dan pengikut baru.

Pada tulisan/ artikel saya terdahulu bahawasanya PNM itu satu pertubuhan ilmu mempertahankan diri dan sudah pastilah tidak dpt menyaingi institusi yang lebih teratur dan dinamik seperti sekolah-sekolah pondok. Pemimpin dan pembimbing mereka itu terdiri dari golongan cerdik-pandai agama (alim) dan lagi warak, manakala dalam PNM, apa yang tinggal ialah para guru silat. Walau ada pembimbing dalam PNM, sudah pasti tidak dapat memberi perhatian yang lebih teratur dalam proses membimbing dan menunjuk ajar pada pelajarnya. (
KLIK HALAMAN AWAL PNM)

Saya tidak berkata para pemimpin PNM dan guru serta jurulatih ilmu jurus nasrulhaq itu orang yang jahil-jahil belaka. Hanya 'proses membimbing', penyediaan dan persiapan terhadap para pelajar yang dianggap longgar kerana PNM bergerak sebagai sebuah organisasi ilmu mempertahakan diri dan bukanlah sebuah pertubuhan keagamaan ataupun sekolah pondok. Ini bisa dimengerti dan dilihat secara positif tanpa perlu melaku atau menjadi penghukum ke atas satu golongan kepada golongan yang lain.  Golongan yang suka menghukum orang lain firman Allah ta'aa, "..janganlah kamu mengherdik satu kaum, kemungkinan kaum yang kamu herdik itu lebih baik dari kamu..(amalan)";

Andaikata jika kita berkata ilmu jurus itu tidak Islamik dari pendokong agama, maka kejahilan itulah bisa dilihat kerana seandai mereka dari pengajian pondok-pondok tradisional, sudah pasti menemui ilmu jurus itu bukan hanya mengetahui selepas ia bergerak sebagai sebuah pertubuhan seni bela diri atau 'pertubuhan ilmu silat'. Kiasanya umpama, kita berkata "..tulisan Astora Jabat itu menyeleweng dan seorang yang terkeluar agamanya apabila dia berbincang (menulis) tentang 'aurat' dalam Islam.."; andaikata orang itu dari pengajian yang lebih teratur dan sumber asalnya dengan pengetahuan dan pendedahannya terhadap usul sudah tentu apa yg dikatakan Astora itu benar-benar belaka.


Hari ini kita lebih suka untuk menjadi penghukum dengan alasan mereka sudah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh tuhan kepada mereka sedangkan mereka tidak mau mengambil bahagian dengan melihat, memerhati, mengkaji, mengamati dan belajar dari pengalaman terhadap suatu perkara. Sikap itu (saya) tidak berminat dan tidak pula berminat untuk berjumpa dengan mereka yang mempunyai 'pegangan mentaliti' seperti itu. Setiap kejadian alam dan manusia, adalah untuk membenarkan kita berfikir, mencari penyelesaian dan bandingan baik berupa pegangan falsafah dan agama. Kemudian pekerjaan itu tadi membuahkan pedoman dan panduan untuk dijadikan iktibar kepada diri kita, keluarga, sahabat handai dan rakan-taulan.

Ilmu jurus PNM itu tautannya dari Tan Sri Samad Idris dan Tuan Haji Johanness manakala ilmu jurus dari pengajian pondok dipusakai turun-temurun dari guru yang terdiri dari 'mudir' mereka yang bersilih ganti dan akar-umbinya dari Palembang, Sumatera hingga ke negeri Acheh. Kata-kata dari dua orang pemimpin PNM itu sendiri menyatakan, "..asalnya, amalan zikirullah itu semata-mata untuk akhirat.."; yakni, amalan kerohanian dengan mendekatkan diri kepada tuhan itu sedia maklum lebih tua usianya dari pergerakan ilmu jurus Persaudaraan Nasrulhaq. Amalan kerohanian itulah 'nadi' kepada gerak tempur tanpa senjata ini. Saya selalu mengulang-ngulang kata itu kerana sangat utama kepada ahli dan bekas ahli PNM memahami antara wujud dua perkara 1) ilmu mendekatkan diri kepada tuhan dan 2) jurus sebagai senjata tempur.

Ilmu jurus bukan baru.
Nama ilmu jurus nasrulhaq itulah yang baru dan bergerak sebagai sebuah pertubuhan. Persoalan tentang latihan zikirullah dengan mendekatkan diri dengan tuhan, adalah nadi kepada 'kekuatan kerohanian' dan 'tenaga batin' itu sendiri. Kemudian dalam ruang akhir kalam ini saya akan ulas kepada 3 pecahan, 1) fahaman secara falsafah 2) pendekatan terhadap kepercayaan beragama dan 3) ialah 'hakikat' terhadap yang 'hak atas sesuatu dan kaitannya dengan 'kewujudan tenaga yang batin'.

(1) FALSAFAH: TENAGA

Kuasa apa yang mengakibatkan apabila sekali jurus dengan kuasa hentakan, kemudian musuh dihadapan akan tumbang? Andai bahasa jika saya orang yang tidak memiliki apa2 kepercayaan tuhan dan agama, maka segala kekuatan ilmu dan pengetahuan akan ditumpu sepenuh jiwa dan kekuatan untuk merungkaikan 'tenaga' yang tidak nampak itu. Baik sudut ukuran meta-fizikanya maupun 'tenaga yang dianggap super-natural/ luar biasa' dari kaca mata logik (fikiran). Sudah pasti segala bentuk peralatan, perkakasan, ekperimentasi dan keperluan-keperluan makmal kimia dan fizik diperlukan bagi menghuraikan secara ilmiah yg dapat disandarkan oleh hukum logikal (fikiran). Pekerjaan itu nanti akan melibatkan waktu, masa dan usia. Manusia sanggup mengabadikan nyawa, wang ringgit dan usia semata-mata ingin mencari jawapan-jawapan terhdp persoalan tentang alam benda, nyawa dan perubahan persekitaran.

Firman Allah ta'ala, ".. apakah kamu tidak perhatikan bagaimana KAMI jadikan siang dan malam beredar (waktu bersilih ganti) itu tetap pada waktunya.."; dan "..apakah kamu tidak lihat, bagaimana KAMI ciptakan langit dan bumi.."; Kemudian firman-NYA, "..tidaklah KAMI jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..";

Dalam ilmu alamiah, tenaga itu dinamai orang sebagai 'atom, nukleus, oksigen, dan perbagai istilah', cabang-cabang kimia dan lain, daripada huraian dan ungkaian itu tadi setiap dari alam ini mengandungi suatu unsur atau lebih, terkemudian unsur kimia itu tadi samada diproses kembali, dipecah, digabung atau dimodifikasi hingga pula dpt menghasilkan satu tenaga atau unsur yang lain pula. Penemuan itu akan memberi sumbangan dua perkara yang membina dan menambah nilai kehidupan sejagat yang lebih sempurna ataupun bencana dan kerosakan.

Firman Allah ta'ala, "..berlakulah kerosakan di atas muka bumi, disebabkan oleh tangan-tangan kamu (manusia)..";

Tenaga itu sedia ada. Sedia ada disini bermaksud sudah 'wujud' yang hanya menemui bersifat 'baru' ialah pengetahuan manusia. Kembali kepada persoalan 'tenaga jurus', ia kiasannya seperti tenaga tarikan dan tolakan magnet. Tenaga apakah yang menolak atau menarik itu? Mari kita berkumpul kemudian fikir sejenak.

Sabda nabi Muhammad saw, "..sedetik kamu bertafakur (merenungi) lebih baik dari 1000 kali bersholat (amalan)..";

Hairan bukan.
Tenaga dalaman itu juga dapat dikuasai, diterokai oleh lain-lain bangsa dan agama. Tidak khusus kepada orang yg beragama Islam sahaja. Tenaga yang diperolehi oleh ilmu jurus melalui jalan dan kaedah meditasi, tafakur dan sebagainya sudah sedia ada, hanya bagaimana untuk meningkat dan mengguna pakai tenaga itu menjadi satu persoalan, pencarian dan penerokaan. Pekerjaan itulah lahir semacam bentuk tenaga yang dapat diguna pakai untuk ilmu pertempuran. Perkara ini tidak pelik, menjadi pelik kerana ia baru, janggal kerana ia diluar dari hukum fikiran yang tidak faham.
 


Hubungan pengetahuan tentang sains dan alam, negara China lebih dahulu maju dan berkembang dari negara nusantara terutama dikalangan orang Melayu. Pertembungan ilmu, pengetahuan dalam perbagai aspek berhubung kepercayaan, budaya dan kemahiran, kepakaran perubatan negara-negara asing terutamanya negara CHina sudah lebih jauh meninggalkan kita. Hubungan dagang antara blok China sudah bermula sejak beribu-ribu dan berjuta tahun dengan negara-negara Arab sekaligus melibatkan pertukaran pengetahuan dan pengalaman.

 

Pemimpin-pemimpin agama konservatif kalangan orang Melayu sering mengandai sesuatu yang dianggap islamik itu bisa diterokai oleh orang Melayu terlebih dahulu atau seseorang yang menggunakan nama seorang Islam.  Tetapi bagaimana kedudukannya bangsa dan negara-negara lain yang memiliki dua nama atau lebih. Contohnya Dinasti Ming seorang Islam dan Laksamana Cheng Ho juga seorang Islam pada agamanya tetapi menggunakan nama bangsanya. K'dian pemimpin ortodok itu tadi jika ilmu dibawa dan dikembang oleh mereka yang bernama Islam, perkara itu akan dianggap islamik dan diterima pakai.  Jika kita teliti, ilmu tidak dipengaruhi oleh faktor kepercayaan, tidak pula mempengaruhi warna dan bahasa. Ilmu bersifat natural dan ia berkembang mengikut peningkatan kefahaman dan pengetahuan manusia.

 

Contoh lain, bagaimana sejarah Ibnu Sinar yang terkenal dengan kitab-kitab atau buku-buku sains perubatan.  Koleksi nama-nama tumbuhan, cara perubatan, penggunaan rawatan, herba, beberapa bahan kimia turut diambil dari masyarakat persekitaran dengan budaya, kepercayaan dan bangsa yang berlainan.  Penghijrahan dari Barat Rusia, India hingga dicatatkan pernah belajar dengan membuat rujukan dari buku ilmiah sains perubatan dari tulisan-tulisan bangsa Greek dan Yunani.  Perkembangan dan kemajuan dalam ilmu pengetahuan itu membuat dia mahir disamping melakukan beberapa penerokaan dengan kajian-kajian dan eksperimen.  Jika kita berfahaman pada setengah kumpulan konservatif ini, tamadun dan budaya tidak akan dapat berkembang dan membangun mengikut peredaran masa dan suasana.

 

IKLAN MERDEKA YANG LALU, "..KITA BERJALAN KENA KEDEPAN, BUKAN KEBELAKANG.." atau tulisan Datuk Nakhaie, "..apa yang hendak kita capai ialah kecemerlangan ilmu seperti mana yang dicapai oleh umat islam terdahulu tetapi bukan tamadunnya.. yang sudah ketinggalan lebih beratus-ratus tahun ke belakang.."



Perbualan saya dengan saudara Saiful Niza bin Yazid, menceritakan; pernah ada permohonan seorang sami untuk mendapat keizinan dari mudir membolehkan ilmu jurus yang diajar di sekolah itu dipindah milik kepada orang lain yang bukan Islam. Sami itu berpendapat tenaga yang dihasilkan oleh 'ilmu jurus' dalam pengajian pondok lebih praktikal dan 'arus jurusnya' kuat. Saya memahamkan pendapat sami itu mengenai, tenaga aura yang dihasilkan dalam teknik ilmu jurus pondok lebih berkesan dan menepati ciri-ciri berhubung unsur angin, tanah, api dan air yang bertaut dengan alam.

Mari lihat pemikiran lebih 'moden'.
Teknologi selular sebelum berkembangnya 'sel radio' digital,gelombang radio 'analog' sudah sedia ada. Sedia ada disini bermaksud, ia sudah terdapat pada alam raya. K'dian manusia menemui gelombang radio itu dan menemui 'jalan', kaedah bagaimana dapat memanfaatkan sepenuhnya gelombang itu. Sedikit demi sedikit, pengetahuan dan pengalaman manusia yang berusaha gigih, cekal akhirnya mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain walaupun dua atau tiga tempat yang beratus-ratus batu jauhnya.

Kiasan dan contoh yang lain tentang 'tenaga', marilah kita lihat penggunaan pusat janakuasa elektrik yang dihasilkan oleh 'tenaga nuklear'. Hidroelektrik sudah dianggap perkara konvensional dan penggunaan sumber tenaga air untuk menggerakan 'turbin' adalah penemuan baru pengetahuan manusia bagaimana sumber tenaga alam kemudian dapat pula menghasil satu bentuk tenaga baru. Tenaga (elektrik) itu pula disalur kepada seluruh pengguna yang berjauhan antara satu yang lain. Pengalaman, pengetahuan, usaha yang gigih, ketulusan dan sifat ingin meneroka pada kehidupan, kini tenaga baru ditemui untuk menggantikan 'tenaga hidro' dalam penjanaan elektrik. Tenaga nuklear adalah sumber baru yang dimanupulasikan dari gabungan beberapa bahan dari sumber alam. Gabungan sumber dari alam untuk menghasilkan 'tenaga nuklear' itupun manusia terdedah kepada risiko penyalahgunaan kepada 2 perkara 1) menambah nilai kehidupan dan kemudahan atau kepada 2) membuat bahan letupan yang lebih dahsyat kesannya dari bom atom yang pernah dihasilkan walau ianya hanya sebesar 'bola tenis' digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima.

Ini kaitan dengan tenaga yang kita dapati dari sumber alam.
Tenaga dan bahan-bahan itu sedia ada. Sekali lagi saya ulangi, sedia ada di situ ia wujud hanya menanti pengetahuan dan pengalaman manusia untuk menyelidiki, menemui dan memahami terhadap bagaimana cara, kaedah dan penggunaan terhadap kehidupan. Mari kita kembali persoalan 'tenaga' dalam kontek ilmu mempertahankan diri ini.

Pengetahuan manusia yang bersifat baru - 'menemukan' sesuatu dari alam. Mengapa perlu melalui meditasi dan perbezaan antara kehendak zikirullah itu lebih ampuh untuk mendapatkan tenaga (batin) dalam persoalan ilmu jurus ini?

Apa guna dan faedah bermeditasi?
Meditasi merujuk kepada perubatan. Rawatan meditasi sangat popular dikalangan pengikut Hindusme dan Buddhisme. Kehendak 'meditasi' ialah 'merehatkan minda' atau 'memberikan tumpuan daya minda'. Kemudian apakah 'objektif' orang yang sering menjadikan 'zikirullah' ini? Tujuannya juga adalah sama. Kedua-dua pekerjaan itu dengan pengistilahan merehatkan minda. Tetapi kehendak 'meditasi atau tafakur' dengan anjuran, kaedah dan peraturan yang dicanang lain dari Islam, sudah tentu 'tumpuan', dan 'fokus'nya tidak sama dengan kehendak ajaran agama itu tadi. Islam memberikan tumpuan dan fokus kepada 'minda' mereka kepada 'konsep wujudnya ketuhanan yang bersifat ESA'.

Firman Allah ta'ala, "..hendaklah kamu ingat akan AKU, nescaya hati kamu akan tenang..";

Minda berhubung secara teknikalnya dengan fungsi otak. Otak itu bekerja, berfungsi dengan berjuta saluran dan keperluan tenaga (elektron) dengan segala macam simpang siurnya sel-sel elektrik dengan perbagai tujuan dan fungsi.  Saluran itu membawa isyarat dan gelombang-gelombang dari setiap bahagian tubuh. Minda itu juga dalam alamiahnya menghasilkan gelombang apabila berfikir atau bekerja. Pengistilahan aura merujuk kepada 'cahaya' dan 'gelombang'. Maka aura itu adalah sebahagian dari unsur alam. Kini manusia dapat merakam aura yang dihasilkan oleh seorang individu dengan kamera khas berbantu kepada teknologi komputer (teknikal 'aura' itu 'cahaya').

Mungkin saya meminjam perkataan pemimpin Cakera Alam, keberangkalian kerana beliau seorang doktor. Ustaz itu pernah memberi butiran bagaimana teknik 'tenaga dalam' dapat dieksploit oleh manusia mengikut kepentingan-kepentingan dan tujuannya. Maka jalannya ialah dengan latihan minda . Meditasi dan bertafakur adalah dua perkataan yang bersifat mudah. M'gkin orang akan berkata pengetahuan Dr. Arif itu yang diambil dari pengaruh luar kerana beliau pernah menuntut bertahun-tahun lamanya di India. Baik, di negara Eropah seperti Jerman sudah menggunakan teknik perubatan dengan menggunakan sentuhan tangan (jari) kepada pesakit. Seorang doktor hanya menyentuh badan (atau tempat) pesakit dengan tujuan rawatan. Kaedah itu ialah dengan memindahkan aura dari (terdiri dari caj elektron positif dipindahkan) tubuh badan doktor kepada badan pesakit tanpa perlu pembedahan dan rawatan biasa. Pengetahuan itu diambil dari negara China. Mari kita fikir sebentar, bagaimana? Doktor yang merawat juga melalui latihan meditasi dan bertafakur.

Apa yang saya katakan seandainya tidak memiliki kepercayaan dan agama, sudah tentulah saya akan mengabdikan diri dengan penerokaan alam, dunia meta-fizika hanya kerana untuk membuktikan bahawa persekitaran kita ini terdpt tenaga yang boleh dimanupulasikan bagi kepentingan-kepentingan tertentu.  Kita perlu berusaha untuk mencari maklumat, tidak mudah melenting pada sesuatu hanya kerana kita tidak mahir atau tidak mendalami sesuatu perkara.  Lebih baik kita berdiam diri ke'gkinan perkara yang dilihat sebagai diluar dari ajaran agama itu sebenarnya kitalah yang jahil. Firman Allah ta'ala, "..janganlah kamu berkata (ikut) sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentangnya..";

 

Sabda nabi Muhammad saw, "..duduk beramai itu lebih baik dari duduk berdua-duaan.  Duduk berdua itu lebih baik dari bersendirian tetapi duduk bersendirian lebih baik dari bergaul dengan manusia yang jahat.."

 

Tidaklah semua yang memberi kemusykilan dan persoalan tentang ilmu PNM itu sebenar mencari satu penyelesaian melainkan sekadar ingin menguji pengetahuan orang lain.  Jika orang itu tidak dapat mengatasi kemusykilannya maka perkara itu akan dianggap salah dan sesat hanya kerana mereka berjaya menumpaskan soal-jawap.  Orang yang kalah dalam perdebatannya dianggap salah dan menang itu orang yang benar.  Konsep fikiran seperti itu sudah menular dimana-mana, kerana mereka lebih berminat belajar agama untuk menjadi pemidato dan ahli politik dan bukan mencari kebenaran di dalam kehidupan.  Jadilah satu bentuk pengetahuan agama yang mereka anuti itu untuk berpolitik dan mengadakan agama politik sebagai jalan hidup, bukanlah agama itu untuk mencari kebenaran.

(2) ILMU JURUS & TENAGA BATIN: KEPERCAYAAN SEBAGAI SEORANG YANG BERAGAMA

Firman Allah ta'ala, "..orang-orang yang beriman itu percaya kepada perkara ghaib..";

Ghaib - tersembunyi. Tidak kelihatan oleh pancaindera zahir. Perkara ghaib itu kepada dua bahagian 1) ghaib yang wujud dan 2) ghaib mutlak sifatnya. Maka ghaib mutlak itu adalah sifat dan zhat Allah ta'ala itu sendiri (sebagai rabbi). Lain bahasa DIALAH yang dikatakan 'energi' (kuasa yang tidak kelihatan oleh mata) atau 'kuasa yang menguasai' alam ini. Saya tidak pernah merujuk kepada Kitab Sirar Asrar karangan Syeikh Abdul Qadir Jalaini tetapi mereka boleh melihat kupasan yang terkandung dalam kitab itu dari persoalan ghaib yang wujud dan ghaib mutlak. Keghaiban juga diterima dalam ilmu alam, tetapi tidaklah istilah kepada perkataan 'ghaib'. Ghaib itu merujuk kepada persoalan meta-fizika dan super-natural (tenaga).

 

Dua perkara yang berlainan; 1) latihan kerohanian dan 2) latihan fizikal terdiri dari gerakan latihan jurus. Latihan kerohanian ialah dengan mendekatkan diri dengan Zikir kepada tuhan. Konsep zikir juga merujuk kepada 'doa'. Firman Allah ta'ala, "..hendaklah kamu berdoa kepada KU nescaya akan AKU perkenankan.."; Fadhilat zikir, selain terhadap kepentingan amalan dan rahsia dari perbuatan itu tidak boleh dinafikan sama sekali. Selain dari tuntutan kepada manusia yang percaya kepada kewujudan ketuhanan yang ESA dan AGUNG, zikir juga adalah 'latihan merehatkan minda' (meditasi dan tafakur). Peranan berzikir kepada Allah ta'ala amat besar dan luas. Zikir atau zikri itu merujuk kepada fikir (berfikir) atau 'ingat'. Zikir itu pula dengan lafaz lidah (ucapan), berbuatan dan hati, ia tidak tertakluk kepada satu pekerjaan seperti hanya ucap-ucapan.

Meditasi atau bertafakur yang diamalkan kebanyakan orang dengan perbagai tujuan dan seluruhnya untuk kesihatan, tidaklah setanding dengan merehatkan minda dengan kontek berzikirullah ini.  Perjalanan minda dalam pengistilahan berzikir itu lebih fokus kepada satu perjalanan untuk mengabdi diri kepada Penguasa dan Berkuasa (khudhrat wal iradhat).  Lain perkataan ialah fokus dalam zikir itu sebagai ibadat kepada-NYA, bermaksud mengagung-agungkan ketuhanan pada af'al, asma dan sifat yang berhubung langsung dengan ketuhanan dan ke-ESA-an.

 

Meditasi atau bertafakur sekadar mengembalikan ketenangan fikiran. 

Lain bahasa ialah fokus kepada meneutralkan kotak fikiran bebas dari sebarang bentuk tekanan (stress), kekecewaan, faktor-faktor penyumbang kepada segala bentuk gejala, mengembalikan kestabilan kepada sistem tubuh badan dengan menyahkan  ion-ion atau caj-caj negatif kepada positif dan neutral.  Segala tujuannya tertakluk kepada lingkungan kehidupan fizikal bukan kepada satu sudut lain yang lebih berperanan yakni persoalan spiritual dan wujud ketuhanan.  Seandai kepada tahap spiritual masih terdapat kelonggaran dan kekecewaan kerana ia meletakan kebendaan menguasai kehidupan sedangkan, konsep zikirullah itu meletakan ketuhanan sebagai rabbul'alamin.

 

Firman Allah ta'ala, "..katakan, ALLAH itu ESA (Ahad).."

Ketenangan dengan pengistilahan rehatkan minda, sebenar-benarnya perlu kembali kepada pemilik kehidupan dan alam benda itu yakni tuhan yang bersifat ke-unggul-an.  Berkuasa lagi menguasai.  Lagi firman Allah ta'ala, "..KAMI yang menjadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi, dan kedua-duanya sekali.."; tidak ada komproni atau penyengutuan dalam ke-kuasa-an dan pentadbiran.  Tidak timbul ilmu jurus nasrulhaq mengajar pengikut dengan ajaran-ajaran kebatinan khulul atau berbantu dengan memohon kepada jin apalagi syaithan.

 

Perbagai tujuan manusia dengan tuhannya (permohonan).
Dalam konsep ilmu PNM/ jurus ini manusia berzikir dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada tuhannya. Mereka perlu mendekatkan diri dengan memelihara diri dengan perintah agama dan 'ingatan hati'. Manusia yang 'kotor' dan 'jauh' dari tuhan bagaimana mungkin bakal memperolehi pertolongan atau bagaimana mungkin bakal doanya dimakbulkan atau bagaimana mungkin seorang manusia terhadap tuhannya bakal tuhannya memberi hikmat terhadap ilmu yang dipelajari? Segala mungkin dengan harapan doa dan hajat, kepada tuhan-NYA-lah tempat tujuan dan dumba.

 

Pada syari'enya sebegitu.  Firman Allah ta'ala, "..kamu akan dibalas dengan apa yang kamu usahakan ..";

Allah ta'ala itu raja segala raja, raja kepada manusia, kehidupan, kuasa dan keghaiban. Raja itu yang berkuasa atas segala dikatakan manusia berkuasa, raja yang memiliki pengetahuan dan raja kepada segala bijaksana dan berbagai lagi sifat kesempurnaan (pada sifat atau asma). Allah ta'ala itu adalah 'energi' (siapa kuasa dan berkuasa) yang menghidup dan pencetus kepada segala bentuk kehidupan alam (natural). 

Zikirullah itu intipati rohani.
Latihan rohani bertujuan membimbing para pelajar dengan hati yang cekal, kuat, gagah perkasa dengan penuh harapan dan dumbaan tanpa berbelah bahagi. Zikir itu akan mencetus sifat tawakal ilallah yang sangat 'padu'. Penyerahan diri. Firman Allah ta'ala, "..bahkan, jika kamu beramal sholeh dan berserah diri kepada Allah, apabila kamu berhadapan dengan musuh yang berlari kencang, nescaya KAMI akan berikan bantuan ..";

Al-maunah, pertolongan dari Allah ta'ala kepada orang awam sebahagian dari 'karamah'. Dan al-maunah itu bukanlah satu perkara besar topik perbincangan dan tujuan untuk latihan zikir dalam ilmu jurus ini. Andaikata kalau penggunaan al-maunah itu digembur atau di'highlight' maka orang akan berkata bahawa ahli pertubuhan itu mendakwa dgn suatu dakwaan bahawa mereka memperolehi karamah sepertimana berlaku terhadap Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri al-maunah yang lalu. Penuh dengan kontroversi.

Malahan seorang imam di Shah Alam yang menguasai ilmu untuk 'menghalang hujan' berkata, '..jika permohonan (doa) saya dimakbulkan dari 100 kali tetapi hanya sekali dua itu sudah cukup baik dan bersyukur kerana merupakan 'maunah' (yakni pertolongan Allah ta'ala) kepada orang awam seperti saya kerana kita bukan mertabat wali dan sebagainya..'. Sambil memberitau bahawa ilmu yang dipelajari itu terdiri dari doa dan beberapa amalan yang diambil dari (salsilah) saidina Ali , diwarisi oleh para ulamak turun temurun.

Perkataan maunah bukan menjadi topik besar dan isu. Saya mengambil kesempatan untuk mengulangkaji jika pihak-pihak berkenaan terlupa dengan persoalan perkara yang ghaib dan batin. Latihan kerohanian itu juga adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhan dengan lain perkataan sepertimana kata Profesor Muchtar Lintang, "..nasrulhaq bukan sekadar ilmu jurus tetapi lebih dari itu.."; lebih dari itu seperti mana ditekankan oleh Tan Sri Samad Idris bahawa ia adalah 'amalan mentauhidkan Allah ta'ala.

Firman Allah ta'ala, "..beruntunglah orang2 orang menyucikan diri (jiwa) mereka..";

Latihan kerohanian memantapkan jiwa, 'kesedaran' dan 'kesanggupan' untuk bahawasanya 'penyerahan diri' terhadap tuhan yang Unggul dan Ulung.  Pada ruang seperti ini bagaimana dapat kita memberikan bimbingan?  Pelajar dan pengikut yang berbagai latarbelakang pendidikan sudah pasti memiliki kefahaman yang berbeza mengikut apa yang mereka ketahui.  Maka ruang membimbing ini perlu diperhalusi dan dipertanggungjawabkan ke atas orang yang benar-benar layak.

 

Pengkhususan diperlukan. PNM itu bergerak secara tradisional sebagai sebuah pertubuhan seni silat maka pengkhususan itu tidak diambil kira.  Pengambilan dengan mengambil kira itu suatu keperluan, seperti mana pengkhususan yang diambil kira dalam sekolah-sekolah dan madrasah ilmu kerohanian seperti tasawuf tareqat dan tasawuf.  Bukan perlu ilmu disembunyi dari pengetahuan orang ramai, tetapi ianya satu pengkhususan.  Tanpa pengkhususan mereka yang belajar dan menjadi pengikut itu tidak akan dapat menguasai sepenuhnya apa yang mereka belajar dan selami.  Sebab akibat dari itu tadi, fitnah-lah bakal timbul kerana mereka tidak dapat menguasai dan memahami suatu ikutan dan ilmu dengan sebenar-benarnya.  Pendidikan rasulullah saw juga ada melakukan beberapa pengkhususan (yang berbentuk ilmu pengetahuan) yang tidak disebar secara umum kerana dikhuatiri bakal mengundang masalah, dan pekerjaan itu bukan menyembunyikan ilmu seperti sabda nabi, "..sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat.." (tentang ilmu).

LATIHAN FIZIKAL, GERAKAN JURUS

Jurus adalah latihan fizikal.
Jurus itu merupakan 'alat' sebagai 'gerak tempur' berhadapan dengan serangan musuh.
Jurus itu terdiri dari beberapa gerakan, gerak jurus 1 hingga ke 17 yang dinamai sebagai 'ibu jurus' atau 'gerakan Seperempat Alif'. Latihan gerakan jurus ini terdiri dari beberapa gerakan dan langkah turutan yang berlainan antara satu yang lain. Gerakan fizikal jurus itu juga seperti silat lain merupakan 'buah untuk gerak tempur'. Hanya membezakan ialah 'gerakan' yang tidak menyentuh secara langsung atau tidak langsung musuh.


Rasullullah saw pernah menggunakan tektik perumpamaan menggunakan ilmu batin, seperti mana sejarah sewaktu baginda menziarahi satu kawasan (wadi).  Kawasan itu didiami oleh bangsa jin, kemudian baginda mengarahkan beberapa orang yang mengikutinya duduk dalam satu tempat sambil baginda membuat satu lingkaran bulatan dengan menggunakan sebatang kayu.  Sambil mengarahkan, walau apapun bakal berlaku terhadapnya mereka jangan keluar atau meninggalkan lingkaran itu.  Tentang sejarah dan hadis ini boleh dirujuk dalam Sahih Bukhari (kalau tidak silap saya).  Di sini menunjukan kewujudan kebatinan sudah dipraktikan oleh baginda.



Persoalan ilmu jurus, jurus itu sebenarnya juga turut didapati dari ajaran agama yang lain.  Apakah yang membezakan antara jurus itu dengan ilmu jurus PNM ini? Maka persoalan itu ialah perhati bagaimana saya katakan pada ruangan di atas tentang 'tenaga dan bagaimana manusia menerokai ruang alam' dengan pengetahuan untuk mengeksploit kegunaan dan kepentingan tertentu.

Soalan itu juga harus ditanya, apakah terdapat kelainan dikatakan 'ilmu' diantara seorang Muslim dan bukan? Lain dari itu ialah apakah yang dikatakan ilham dan minda itu berbeza antara seorang Kristian, Budha dan Muslim atau seorang Yahudi?

Jika kita bercakap secara falsafah konsep 'tenaga', maka unsur itu adalah sama.
Sama di sini ia dari 'alam raya'.  Tenaga itu kupasan secara teknikal merujuk kepada penghasilan metabolisme tubuh badan.  Pengajian metabolisme ini sudah jauh dikaji dan diteliti orang, kerana itu terhasil dengan perbagai istilah seperti aura, medan magnetik, gelombang dan sebagainya. Segala turutan dan ceraian sistem tubuh badan, mengandungi getaran dan denyutan tenaga elektrik seperumpamaan seperti sebuah papan litar. 

Namun, dalam pengajian dan kepercayaan beragama, pada ruang yang tidak nampak oleh pancaindera itu perlu kepada pengkhususan yang akan memberi jalan kepada 'hak' dan yang bersifat 'bathil'. Setiap yang hak itu datang dari Allah ta'ala manakala yang tidak itu datang dari unsur-unsur yang menyesatkan. Unsur-unsur atau jalan-jalan atau penyeteruan yang bakal mengundang kerosakan, kemusnahan seorang individu terhadap kepercayaan ketuhanannya. Lain bahasa ialah tidak semestinya yang bersifat 'batin' dan 'ghaib' itu atau yang bersifat super-natural itu akan membawa manfaatkan kepada kehidupan dan kepercayaan seorang muslim terhadap tuhannya.  Pada sudut yang lain, unsur yang menyesatkan itu juga tidak akan terpisah dengan konsep ke-ESA-an terhadap Allah ta'ala.  Itu yang sudah pasti.

 

Firman Allah ta'ala ".. barang siapa diberi petunjuk, tidak ada siapa yang dapat menyesatkannya dan siapa yang disesatkan, tiada siapa dapat memberi petunjuk.."

 

Wujud tenaga batin (tenaga tidak nampak secara fizikal)

 

Perbincangan sepintas lalu antara saudara Saiful dan saya bersetuju dan memiliki pendekatan yang sama, yakni kelonggaran-kelonggaran di dalam penerimaan pelajar dan murid baru perlu diperbaiki.  Mengenai tenaga yang diambil dari unsur alam itu tadi adalah pandangan peribadi saya dan ia bukan satu pendapat dan pandangan keseluruhan pertubuhan itu.  Malah sewaktu teks ini ditulis juga adalah diluar dari pengetahuan saudara Saiful.  Pandangan dalam teks ini adalah kesudahan mengikut apa yang telah saya terokai dan fahami dari pekerjaan-pekerjaan lalu yang memerhati, melakukan beberapa bandingan, menguji pandu dan lain bahasa, keseluruhan teks dalam laman ini dan dahulu itu adalah sebagai seorang researcher yang tidak formal dan ia tidak boleh dipertanggungjawab untuk dijadikan sebagai satu pegangan.

 

Unsur luar akan terhasil.

Unsur luar pada asalnya tenaga dalaman itu dari unsur alam yang diperolehi melalui jalan bermeditasi yakni jalan kerohanian dengan konsep amalan berzikir itu tadi sudah bercampur dengan makhluk ghaib.  Bermaksud, seseorang yang menuntut ilmu jurus PNM walau tidak melatih diri dengan kaedah pengisian zikir dan amalan lain, turut dapat memiliki tenaga yang batin.  Tenaga yang diterima itu atau tenaga yang terhasil itu bukanlah dari sumber asalnya dari unsur alam, tetapi melalui perantaraan makhluk ghaib. 

 

Perkara bantuan jin dan percampuran dengan jin itu dipersetujui oleh saudara Saiful sambil mengulas, terdapat begitu banyak aliran ilmu mempertahankan diri persilatan menggunakan perantaraan makhluk ghaib dengan berbagai tujuan dan maksud.  Percampuran tenaga batin dalam ilmu jurus Persaudaraan Nasrulhaq juga tidak terkecuali seperti mana pengalaman kita melihat karenah-karenah setengah dari ahli pertubuhan dan beberapa dakwaan yang dilakukan.

 

ADALAH SANGAT PENTING, TENAGA BATIN YANG DIPEROLEHI MELALUI ILMU PNM INI PERLU MELALUI LATIHAN ZIKIRULLAH, TANPA AMALAN SEPERTI ITU TENAGA YANG DIPEROLEHI ITU SUDAH TIDAK DIANGGAP 'SUCI'.  SUCI DISINI MERUJUK KEPADA TENAGA YANG HAK DAN BEBAS DARI PERCAMPURAN UNSUR LUAR DENGAN BANTUAN DARI MAKHLUK GHAIB (JIN).

 

Kata Imam Ghazali, "..tidak bebas anak cucu Adam itu dari gangguan syaithan, melainkan dengan ikhlas.";

 

Atas landasan-landasan itulah nabi Muhammad saw juga menganjurkan umatnya untuk melazimkan ayat-ayat lazim seperti 3 qul itu tadi.  Bukan sekadar kita menghafal tetapi tidak mengamati maksud ayat-ayat itu tidak akan dapat memberi manfaat.  Bermanfaat ayat al-Quran itu apabila kita memahami apa yang dikatakan (diperturunkan), terkemudian bakal dijadikan ingatan, pedoman dan bandingan.  Amalan dari ilmu jurus PNM itu juga terdapatnya kafi'at, maka turutilah dengan kesungguhan dan keikhlasan. 

 

Firman Allah ta'ala, "..sebahagian dari laki-laki manusia meminta pertolongan dari laki bangsa jin, tiadalah beroleh manfaat melainkan bertambah sesatlah mereka itu..";

 

DIALAH ALLAH YANG BATIN DAN ZHAHIR.

Allah itulah yang maha batin, tersembunyi oleh pancaindera yang zahir dan ZHAHIRUN, ialah menjadikan sesuatu, menyatakan sesuatu.  DIA menjadikan sesuatu atau menciptakan sesuatu dengan af'al dan asma.  PNM itu sangat telus dan bebas dari sebarang bentuk yang merosakan kepercayaan agama, kerana ia adalah ilmu mentauhidkan Allah ta'ala dan perkara itu selalu saya ulang-ulangi dan turut diperjelaskan oleh Tan Sri Samad Idris dan beberapa orang pemimpin terdahulu yang lain.

 

Kebatinan, serta keghaiban tidak dapat dibukti secara fizikal.  Namun ia dapat diterima dengan iman.  Perkara ghaib dan batin juga diterima oleh mereka yang menganuti kepercayaan agama.  Jalan untuk memahami selain dari iman itu ialah dengan jalan  falsafah dan kiasan yang bersumber kepada ilmu alam, serta logikal dan akal fikiran yang waras dapat melihat kewujudan tenaga-tenaga yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera. Ghaib dan batin dengan perbagai istilah sains turut diterima tetapi dengan perbagai istilah metafizika dan kimia.  Hanya yang membezakan ialah cabang-cabang penerokaan ilmu dan falsafah, berkembang dan bercambah-cambah manakala melalui kepercayaan agama, pernerokaan itu akan bertambah percaya mereka terhadap kewujudan tuhan.

 

Bagi seorang Muslim, sudah pasti penerokaan-penerokaan baik sudut ilmu dan falsafahnya berakhir dengan penyataan bahawa wujud tuhan yang unggul dan esa. 

 

(3) KEPADA SIAPA YANG HAQ?

 

Kepada siapa yang haq? Kepada siapa yang lebih benar untuk meminta pertolongan dan bantuan?  'nasrulhaq' itu sendiri dinamai demikian kerana sifat dan amalan yang berteras kepada ajaran mentauhidkan Allah ta'ala.  Erti kata mentauhidkan itu ialah bagaimana cara dan kaedah untuk menyatakan bahawa wujud benar-benarlah yang unggul, terbilang berkuasa, maha bijaksana, mencipta dan menjadikan sesuatu itu adalah tidak lain se-NYA adalah Allah ta'ala.

 

Kenapa perlu bersengkongkol dengan beberapa amalan khurafat dalam ilmu PNM ini?  Itu namanya syirik.  Selidiki perkara-perkara yang boleh merosakan iman?  Fahami ertikata tentang mentauhidkan Allah ta'ala.  K'dian kenapa perlu dalam beberapa doa dari beberapa kumpulan dari pecahan-pecahan ilmu jurus Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia itu mencampurkan beberapa lafaz-lafaz yang kabur?  Doa-doa yang tidak jelas maksudnya?  Kenapa perlu bersandar dengan menyeru nama-nama tertentu sewaktu mereka melakukan latihan jurus?  Perkara-perkara seperti ini perlu dihapus sama sekali.   Tidak dikatakan ajaran yang mentauhidkan Allah ta'ala kalau lafaz (doa) kita itu bercampur-campur dengan perantaraan makhluk ghaib.  Menyeru dengan nama-nama tertentu dan sebagainya dan KENAPA PERLU LAKUKAN ITU?

 

Nasrulhaq itu terkumpul kepada 3 kumpulan utama 1) ilmu jurus, 2) tradisional dan 3) nasrulhaq tepi jalan (seleweng).  Saya tidak pasti apakah saudara Saiful itu menglabelkan nasrulhaq tepi jalan itu merujuk kepada istilah yang lebih tepatnya ialah nasrulhaq yang sesat?  Sesat itu merujuk kepada penyelewengan baik dari segi adap dan kesopanan dalam perguruan atau terhadap amalan-amalan kerohaniannya?  Maka dalam teks ini saya mengguna pengistilahan seleweng kerana itu lebih mudah.

 

Nasrulhaq: ilmu jurus

 

Golongan pertama itu ialah bersumber kepada ilmu jurus.  Yakni ilmu jurus yang diambil dari pengajian-pengajian pondok tradisional yang diwarisi dan dipusakai turun temurun dari guru dan mudir-mudir mereka.  Diperturun dengan silibus-silibus yang sangat kompleks dan penuh disiplin.  Hanya mereka yang memiliki kesanggupan dan kesabaran yang unggul dan julung-julung sahaja diijazahkan ilmu jurus itu dan tidak kepada seluruh warga pondok.  Ilmu jurus itu dipusakai dan memiliki salsilahnya dari Sumatera hingga ke Acheh dan sejarah itu kalau diturut mampu menemukan satu titik pertemuan di negeri Acheh.

 

TENTANG ALIRAN-ALIRAN JURUS

 

Nasrulhaq: tradisional

 

Ilmu jurus yang dipusakai secara tradisional inilah merujuk kepada ilmu mempertahankan diri Persaudaraan Nasrulhaq.  Ilmu jurus itu diperturunkan sebagai sebuah seni ilmu mempertahankan diri yang berpaksi kepada ajaran mentauhidkan kepada Allah ta'ala.  Bergerak dan diwarisi sebagai ilmu mempertahankan diri  atau ilmu persilatan kebatinan.

 

Persoalan dan penyelewengan dari konsep asal dan percampuran unsur luaran ini berlaku pada ilmu jurus yang dinaungi sebagai satu ilmu persilatan.  Percampura-percampuran itu berlaku kerana faktor-faktor tertentu.  Paling utama ialah tidak ada satu bentuk pengkhususan bagi para pengikut mendalami atau tidak ada satu silibus untuk membolehkan para pengikut memahami dengan sebenar apakah dikatakan aliran ilmu jurus yang berpaksi kepada ajaran mentauhidkan kepada Allah ta'ala semata-mata.

 

Dasar pertubuhan dan kehendak persekitaran yang memaksa, adalah lebih baik menerima kemasukan pengikut tanpa perlu menapis atau menyediakan satu bentuk pengkhususan kepada keperluan-keperluan asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum dapat mengikuti silibus ilmu jurus.   Perkara asas itu ialah menyediakan kelas pemahaman atau ulangkaji atau peringatan tentang apakah yang dikatakan tauhid atau apakah yang dikatakan sifat yang wajib bagi Allah ta'ala itu?

 

Kelonggaran-kelonggaran itulah yang membawa kepada beberapa persoalan yang tidak molek.  Sejumlah besar dan saya percayakan itu, seluruh pengikut dan pelajar yang menerima ilmu jurus PNM tidak lebih dari ilmu mempertahankan diri dan seni persilatan.  Fundamental ajaran ilmu jurus itu ialah mentauhidkan Allah ta'ala.

 

Nasrulhaq: Tepi jalan

 

Saya tidak pasti apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nasrulhaq tepi jalan?  Maka dalam teks ini saya menglabel tepi jalan itu sebagai nasrulhaq yang seleweng dari ajaran dan kehendak asalnya.  Kehendak asal ilmu jurus itu meletakan Allah ta'ala paling unggul dan menjadikan penyerahan diri (konsep bertawakal) kepada tuhan tidak kepada lain dengan mengadakan seteruan dengan-NYA.

 

KEMBALI KEPADA AJARAN ASAL.

Di Daerah Kuala Kangsar ini juga tidak ketinggalan dari unsur penyelewengan itu.  Saya menerima beberapa pertanyaan dan bandingan terdapat, beberapa amalan seperti doa yang mengandungi penyeteruan terhadap nama-nama tertentu yang dikatakan wali dan sebagainya.  Malah terdapat juga setengah individu yang mendakwa mengajarkan ilmu nasrulhaq, apabila mereka sudah tamatkan latihan jurus, menjadi kewajipan untuk bertapa untuk mendapatkan habuan.  Habuan disitu ialah apa yang diberikan.  Saya bertanya siapa yang memberikan habuan itu?  Sambil bekas anak murid itu terpinga-pinga tidak pasti siapa yang memberikan habuan itu?

 

Individu dan kumpulan-kumpulan tertentu yang diluar  dari ajaran Persaudaraan Nasrulhaq dan ilmu jurus yang asalnya, jangan ada-adakan pembohongan.  Jangan dikaitkan apa yang mereka ada-adakan itu sebahagian dari ajaran yang dikembangkan oleh Tan Sri Samad Idris dan pengikut yang lain.  KEMBALI KEPADA FUNDAMENTAL ASAL ILMU JURUS ITU IALAH MENTAUHIDKAN ALLAH TA'ALA.

 

Mengadakan suatu penyeteruan dengan tuhan itu bukan mentauhidkan-NYA, itu pekerjaan mensyirik kepada Allah ta'ala. 

 

Dasar inti pati ilmu jurus PNM bukan ilmu berdampingan dengan makhluk ghaib. Tidak ada kena mengena dengan ajaran pertolongan makhluk halus seperti jin, orang bunian dan apa-apa kontek berhubungan dengan roh atau para wali.  Ilmu jurus PNM itu tidak pula sebahagian atau campuran dari ajaran-ajaran khulul yakni doktrin terhadap konsep ketuhanan menyerap atau tuhan bersatu bersama makhluk dalam mantik atau pegangan (iktikad).

 

Ilmu jurus PNM bukan berdamping dengan hantu raya seperti mana dakwaan seorang guru dari pertubuhan seni silat yang mengelarkan dirinya ustaz.  Selidiki individu yang mendakwa menuntut atau mempelajari ilmu jurus tetapi dari mana asal usul dan sumber perguruan mereka.  Jangan diletakan satu mangkuk susu dengan setitik nila berwarna biru.  Ilmu jurus ini akidahnya mengtauhidkan Allah ta'ala dan tidak akan ada perubahan atau pinda-pindaan terhadap konsep dan doktrin itu. 

 

Mengenai pandangan-pandangan bertentangan dengan apa yang saya miliki ini terutama dari pandangan dari mereka yang menggelarkan dirinya ustaz atau pemimpin agama, perkara ilmu jurus itu boleh diselidiki di sekolah-sekolah pondok tradisional terutama di pantai timur.  Mereka boleh dapatkan infor yang lebih terperinci.  Namun, kotak fikiran manusia tidak sama antara satu yang lain walau memiliki warna rambut dan kulit yang sama.  Begitu dengan konsep iman.  Walau ketayap berwarna putih dan ia tidak menjamin antara seorang itu memiliki kedudukan makam iman yang sama.  Makamalat itu membezakan antara kedudukan seorang hamba dengan hamba yang lain di sisi tuhan-NYA.

 

Firman Allah ta'ala, "..begitulah KAMI berikan pengetahuan agama itu bertingkat-tingkat, dan diberi kepada siapa yang dikehendaki-NYA.."

 

Perbezaan gerak jurus antara beberapa bahagian

 

Ilmu jurus yang dipusakai di pengajian-pengajian pondok itu terdapat beberapa perbezaan kecil dengan gerak jurus Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia.  Namun tujuan dalam gerakan jurus itu tetap sama.  Boleh dan dapat dikiaskan bagaimana terdapat perbezaan tentang  perkara yang membatalkan wudhuk diantara mahzab Syafi'e dan Maliki.  Namun, perbezaan itu tidak merosakan kehendak jurus itu sendiri.

 

Bilangan jurus di antara ilmu jurus dan nasrulhaq itu berlaku sama sekali melainkan terdapat bilangan gerakan dan maju mundur langkah kekuda.  Bilangan jurus 1 hingga 17 itu tetap sama.  Jurus bermula dengan kepal hingga kepada ibu jurus (dalam ilmu jurus) - jurus ke 17, Seper-empat alif.

 

Seseorang itu berfikir mengikut siapa dalam pergaulannya.

Lain dari itu ialah apa yang terdapat dalam lubuk hatinya.  Apakah kehendak, keinginan dan cita-cita yang terbit dalam sanubari.  Hasil dari itu kelak bakal memperlihatkan gerakan dalam kehidupan yang nyata.  Penyelewengan berlaku apabila mereka inginkan kepada kebendaan.  Kebendaan itu berupa kemewahan, mudah menikmati cita-cita dan hajat sedangkan lubuk hati perlu disemai mencari kebenaran dalam memahami pengertian-pengertian dari erti kehidupan yang berbagai ini.

 

KESIMPULAN

 

  1. Ilmu jurus nasrulhaq ini asalnya, ilmu jurus yang disebar di sekolah-sekolah pondok tradisional.  Hanya salsilah bagaimana ia diterajui, dikembang dan asal usul dalam perspektif Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia itu sahaja yang berbeza. Salsilah itu merujuk kepada sejarah awal dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkan.

  2. Ilmu jurus nasrulhaq, bukan ilmu batin dengan bantuan perantaraan mana-mana bahagian dari unsur makhluk ghaib dan sehubungan.

  3. Ilmu jurus terbahagi kepada 3 kumpulan 1) ilmu jurus yang dibawa serta dipusakai oleh pondok tradisional, 2) ilmu jurus Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia secara tradisional, bergerak sebagai ilmu mempertahankan diri dan 3) ilmu jurus PNM tepi jalan, tepi jalan itu merujuk kepada percampuran dengan unsur luaran.

  4. Ilmu jurus dari pengajian pondok mengandungi sebilangan kecil perbezaan diantara gerak dan langkah dengan PNM.

  5. Ilmu jurus PNM, adalah ajaran mengtauhidkan Allah ta'ala.

CADANGAN

 

  1. Ahli yang mengambil dari ajaran PNM yang tidak asli, perlu kembali kepada ajarannya yang sebenar jika ingin menjauhkan diri dari sebarang bentuk penyelewengan.

  2. Silibus PNM perlu mengambil kira sebagaimana pendekatan yang dilakukan oleh mudir-mudir dan pemimpin pondok tradisional tetapi, jangan hingga syarat-syarat kemasukan itu membebankan mereka yang berminat hingga langsung kehilangan pengembangan ilmu itu dikalangan remaja, dewasa dan masyarakat.

  3. Aturcara dan tatacara pengambilan murid serta pelajar baru, perlu disediakan kuliah-kuliah asas agama terutama pengajian-pengajian melibatkan tauhid dan pengukuhan dalam konteks agama - al-quran.

  4. Pemimpin peringkat cawangan dan daerah, perlu menyediakan seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama yang cemerlang untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada murid jika keberangkalian berlaku persoalan, pertanyaan dan kemusykilan.

Pertanyaan lanjut mengenai ilmu jurus nasrulhaq boleh menghubungi saudara Mohd. Saiful bin Yazid di +60162696423, +60176839452 atau +60196315668.

 

Moga-moga ilmu jurus PERSAUDARAAN NASRULHAQ terus dipelihara dan dikembang demi agama dan bangsa.  Insyallah ta'ala, silibus baru dan pendekatan akan mengambil kira yang diguna pakai dari pendidikan pengajian pondok namun, saya secara peribadi berharap tidaklah terlalu ketat atas kehendak syarat-syaratnya yang akan membebankan kepada mereka yang berminat.

 

 

Email anazil73@celcom.net.my

Telefon:+60172239862, +60175962269

 

Segala isi kandung dalam teks diatas adalah pandangan peribadi dan ia tidak menggambarkan keseluruhan ahli Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia atau pengikut ilmu jurus dari pengajian pondok tradisional.  Laman ini juga disediakan bagi memberi laluan kepada pendekatan baru yang bakal melihat ilmu jurus itu berkembang dengan silibus yang lebih teratur dan kemas bagi menjamin kesedaran terhadap pengikut ilmu jurus itu. MANAKALA PETIKAN DARI AYAT AL-QURAN ATAUPUN HADIS, ANDA BOLEH BERUSAHA UNTUK MERUJUK KEPADA SURAH DAN RIWAYAT YANG BERKENAAN.  Petikan di atas diambil sepintas lalu sewaktu menulis laman/ ruangan teks ini.  Jika terdapat sebarang ayat atau hadis yang tidak tepat dengan terjemahan dan susunan, walau bagaimanapun ia tidak akan mengubah objektif mengenai petikan-petikan ayat tersebut. Harap ambil perhatian.

 
     

.::Personal webpage

Ingin tau Lata Kuala Dal yang kurang popular?

Permainan tradisional PANAS/ HOT

Peminat Suhardi Hassan - bekas pelumba Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur

Boy the junior is personal web page.  CLICK 2 Know more

ZainRafie: In progress LOG ON

 

 

.::Martial art

Pertubuhan Seni Silat Telapak Natar Malaysia

Pertubuhan Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia: Kemusykilan dan keraguan satu jawapan (laman awal)

 

.::Commercial links

Perantis projek WEBSCHOOL.NET dibangun untuk kegunaan Daerah Kuala Kangsar KLIK SINI

Tidak faham tentang polisi insuran? Hubungi TOT SERVICES

Hezasquare Sdn. Bhd. is private company and offer you consultant services CLICK HERE MORE

Rumah Rehat Gerik: Offer you lower rate and FREE car park.

 

 

.::Articles

Koleksi tulisan Dr. Othman el- Muhammady

Ajaran pemikiran yang sesat dalam konteks Islam?

Sumbangan Tasawuf dalam perkembangan tamadun nusantara

Persoalan ajaran Nur Muhamad dan kedudukannya dalam Ahlu sunnah wal-Jemaah?

Tajul Muluk: Pandangan Dr. Othman el-Muhammady bagaimana

 

     

 

 

 Copyright Reserved by Anazil bin Nordin is private homepage ®2005

Please read terms and conditions of the page use CLICK HERE MORE

<< Teks appreciation >>