Seri Balas
Assalammualaikum w.b.t.
Seribu ritma dilagukan, mana sama budaya.
Salam senandung buat pendukung irama yang disanjung. Berbanggalah dengan irama budaya kita sendiri, kerana kita adalah nyawanya. Tanpa kita, irama ini akan hilang nadanya.
Sebagai peminat kepada Siti Nurhaliza , Noraniza Idris dan juga peminat lagu melayu tradisional, saya merasa tersentuh dengan irama lagu-lagu didalam album Seri Balas ini. Bukan sahaja boleh dibanggakan, malah inilah langkah setapak lagi untuk meninggikan lagi metabat irama melayu asli di mata dunia. Inspirasi yang sangat mengkagumkan, padat dan penuh kebanggaan. Hayatilah kata-katanya, alunkanlah iramanya, rasailah keindahan karyanya, yang tersurat segala bicara...........:)
Irama Kita Irama Dunia
Kami yang mendengar penuh bangga.
I made this page especially for my favorite artist Siti Nurhaliza and Noraniza Idris.
Not to forget the great inspirations of Pak Ngah.
Keep up the good work!
To listen to the song click here:
Hati Kama |
* {Noraniza} Mengindang-indang padi huma
Mengindang dalam tampian
{Siti} Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
{Noraniza} Bisik-berbisik pada pekerti mulia,
{Siti} Risik-merisik mana lahir asal usulnya.
(Repeat 2x)
~
{Noraniza} Mendengar suara lela lebur
bertentangan mata panah arjuna
{Siti} Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara
{Noraniza} Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
{Siti} Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani
{Back chorus * 2x}
~
Tawanlah jiwaku bebaskan sayap juwita, turutlah janjiku tinggalkan segenap lara.
Burung yang terbang salam, utuskan salam
Pada renungan pandang, selayang pandang.......
Bukan gahara......bukan gahara
Atau pesona.......atau pesona
Insan biasa.......insan biasa.
Lagu: Pak Ngah
Lirik: Hairul Anuar Harun