NOMO SNIZ

KANDUNGAN : 30 Biji

KHASIAT :

Selesema adalah suatu masalah yang biasa mengganggu sesiapa sahaja, terutama mereka yang sangat peka terhadap perubahan cuaca dan kesejukan. 

Antara simptom biasa selesema ialah: 

   Lemah dan bisa-bisa tubuh      

   Demam  

*    Berhingus, koriza katar 

*    Bersin - bersin 

 *    Menggigil kesejukan 

 *    Sakit kepala.

Walaupun ramai yang mengatakan bahawa selesema boleh berjangkit, tetapi Prof. Dr. Azizan b Hj Ismail, perumus NOMO SNIZ ini, tegas dengan pegangannya bahawa selesema tidak berjangkit. Selesema bukanlah penyakit, akan tetapi adalah merupakan simptom biasa yang ringan jika dibandingkan dengan simptom-simptom lain yang melibatkan simptom pernafasan seperti batuk kronik, bronkotis, asma (lelah), tibi, pneumonia dan sebagainya.

 Pemerhatian menunjukkan gangguan selesema mudah dihidapi oleh seseorang yang lahir dari keluarga yang menghidap sama ada batuk kronik, bronkitis, asma atau tibi, atau masalah kronik yang lain yang melibatkan sistem pernafasan. 

Selesema terjadi akibat daripada terhimpunnya kotoran beracun dalam tubuh, terutama dalam organ sistem pernafasan. Demi menjaga kesihatan tubuh berusaha menghapuskan kotoran beracun ini dengan menyalirkan keluar melalui liang hidung. Peranan ini dilakukan oleh sel yang melapisi membran saluran pernafasan dan silia.

Memang terdapat aneka zarah-zarah benda asing yang terdiri daripada habuk dan asap yang berterbangan di dalam udara. Apabila seseorang menyedut udara sewaktu bernafas, zarah-zarah ini akan terbang masuk dalam saluran pernafasan. Zarah yang tidak terperangkap oleh saringan bulu hidung, akan terus masuk ke dalam peparu. 

Silia adalah bulu halus yang tumbuh di sepanjang saluran pernafasan. Silia berperanan menolak keluar lendir yang mengandungi zarah benda asing yang terperangkap dalam lendir. Kadangkala lendir itu menjadi pekat dan likat menyulitkan silia hendak keluar. Dalam keadaan begini, akan timbul iritasi di kerongkong (keadaan terengsa, gatal dan geli) yang menyebabkan kita terpaksa batuk atau bersin. Maka hembusan kuat daripada batuk dan bersin itu akan mendesak lendir kotor tadi keluar. Oleh itu kita percaya bahawa bersin dan batuk adalah suatu proses biasa di mana tubuh berusaha untuk menghapuskan kotoran beracun daripada sistem pernafasan

HARGA : RM 24.00 SS RM 26.00

 

KEMBALI KE LAMAN UTAMA