CLEANSER

HARGA :
SEM   : RM 25.00
SS     : RM 27.50
BRUNEI : BND 16.00

Membersih secara lebih mendalam dan efektif tanpa mengurangkan lembapan kulit. Berkesan untuk mencuci kulit wajah daripada bahan-bahan solekan serta menanggalkan sel-sel mati. Untuk menjadikan kulit lembut, cerah dan bersih berseri, gunakan 2 kali sehari secara rutin untuk kesan yang lebih anda ingini.

                                                                                                               KANDUNGAN :

CITRUS AURANTIFOLIA :

Herba ini banyak digunakan di dalam perawatan kecantikan termasuklah dalam urutan, mandian dan bau-bauan. Mampu mencuci dan menanggalkan kesan minyak serta tompokan terutama di “zon T ”. Terkenal sebagai agen pemutih yang lembut, mampu menaikkan keserian kulit wajah yang kusam dan mengurangkan kesan keradangan. Mengandungi astringen, antiseptik dan PENENTANG bakteria semulajadi. Citrus juga mengekalkan keseimbangan pH kulit dengan meneutralkan asid melalui permukaan kulit. Memberi kesan kesegaran kepada wajah

MORINDA CITRIFOLIA :

Masyarakat Polynesia menggunakan buah mengkudu yang dianggap “keajaiban dari syurga” ini untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Menurut kajian yang dibuat ia mengandungi bahan anti-kanser, vitamin C dan beta karoten untuk mengurangkan kesan tindakan cahaya matahari kepada kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. Untuk memelihara kecantikan wajah, morinda bertindak mengurangkan tompok-tompok cela yang timbul di wajah, kesan terbakar panas matahari serta menghalang proses penuaan kulit.

PIPER BETLE :

Piper betle bersifat astringen, bertindak membersihkan rembesan yang dihasilkan oleh kulit seperti minyak dan asid. Menghilangkan bau-bau yang terhasil dari proses tersebut di kulit.

 

KEMBALI KE LAMAN UTAMA