Sajak : Hargai Hidup
Oleh : Cikgu Latifah Ashaari

Aku bersyukur diberi hidup,
Melihat tuhan menaikkan langit,
Setinggi-tingginya,
Menyinari siang,
Seterang-terangnya.

Aku bisa merenung lautan,
Yang Allah hamparkan,
Seluas-luasnya,
Kaki kotorku dapat,
Melangkahi batas-batas bumi,
Yang Allah bentangkan,
Selebar-lebarnya,
Dan aku dapat tidur,
Dalam kesunyian gelita malam,
Yang Allah gelapkan,
Segelap-gelapnya.

Aku mampu merasa dan meraih,
Nikmat dan anugerah,
Yang Allah berikan,
Sebanyak-banyaknya,
Aku cukup terharu,
Diri bergelar hamba,
Walau di celah-celah kebesarannya,
Di antara-antara keagungannya,
Aku hanya berdiri sebagai,
Sehina-hinanya manusia,
Sekerdil-kerdilnya insan,
Semiskin-miskinnya hamba.

Sempena Annual Festival of BKPJM 2006 (AF 1 '06)

Pertandingan Mereka Wall Paper

Pertandingan Design Wallpaper:

*Terbuka Untuk Ahli BKPJM dan Bukan Ahli BKPJM Di Mesir
*Hantar Dalam Format JPEG Atau BMP atau Format Yang Sesuai.
*Anda Boleh Menggunakan Program Adobe Photoshop atau Program Yang Sesuai
*Wallpaper Tersebut Mestilah Memaparkan Logo BKPJM
*Wallpaper Direka Berdasarkan Sajak Yang Dilampirkan di sebelah kiri anda (Hargai Hidup)
*Tiada Had Penyertaan
*Tarikh tamat 14 Julai 2006

*Hantar Penyertaan Anda Ke E-mel
annualwallpaper@gmail.com

*Klik Sini Untuk Mendapatkan Logo-Logo BKPJM

 
Capaian Lain
<< Pertandingan Blog >>
<< Pertandingan Mengarang >>
<< Pertandingan Mereka Islamic Presentation >>