Kerjaya Di Rumah : Secara Sambilan atau Sepenuh Masa

Bentuk kerjaya yang mula-mula wujud dalam sejarah ialah kerjaya atau perniagaan di rumah. Hinggalah berlakunya revolusi industri di mana kesinambungan kerjaya atau perniagaan di rumah sedikit tergugat.

Tapi KINI kerjaya di rumah telah kembali popular. Mungkin suatu masa dahulu ramai orang menganggap memulakan kerjaya di rumah sebagai perniagaan orang yang penakut dan berhati kecil. Sekarang anggapan itu tidak boleh di pakai lagi. Boleh di katakan semua multi-millionaire dan billionaire memulakan kerjaya atau perniagaan di rumah.
Ia adalah satu perancangan awal yang mempunyai perkiraan yang bijak. Yang penting ialah perancangan masa depan yang baik dan menggunakan kebolehan yang ada.

Berjuta orang sekarang in yakin perniagaan di rumah adalah jenis kerjaya terbaik. menjelang akhir 1999, 16 juta warga Amerika berniaga di rumah sepenuh masa dan 14 juta berniaga secara separuh masa. Menjelang 2000 lebih dari 40% tenaga kerja di Amerika dan Kanada beroperasi di rumah.

Keadaan ini dijangka berlaku juga di Malaysia, di mana sekarang semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta kian cenderung mendapatkan tambahan pendapatan bagi menampung kos hidup yang meningkat di samping dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan menggelakkan pengganguran.

KEUTAMAAN KERJAYA DI RUMAH

Menambahkan pendapatan
Membantu mengatasi masalah kewangan, di mana secara teorinya tiada had pendapatan yang boleh di perolehi dengan bekerja sendiri.

Persediaan awal
Sebagai satu alternatif ( pilihan ) yang bijak bagi menampung keperluan hidup di masa hadapan dan membuka peluang pekerjaan.

Kebebasan
Bebas menguruskan kerjaya anda sendiri dan menentukan jumlah pendapatan yang di ingini.

Kurang tekanan dan risiko
Tiada tekanan kerana anda bekerja untuk diri anda sendiri dan lebih memberi kepuasan.

Menjimatkan masa dan kos
Menjadikan masa anda lebih produktif tanpa menganggu kerja harian dan masa rehat anda di samping dapat merangka jadual kerja andasendiri.

Menurut Puan Hasnah Ismail, Pegawai Hal Ehwal Wanita, Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, perniagaan di rumah memang mempunyai potensi besar untuk maju dan berkembang seiring dengan perniagaan yang beoperasi di pejabat...Home-base sangat baik untuk menguji keupayaan usahawan dalam bidang perniagaan sebelum terlibat dengan perniagaan yang lebih besar. ( Petikan Majalah Usahawan April 1999 )

Memulakan kerjaya atau perniagaan di rumah di jangka akan mendapat sambutan yang lebih hangat di Malaysia menjelang tahun 2000 terutama di kalangan Bumiputra. Apa yang penting ialah membuka mata dan menyedari bahawa terdapat cukup banyak bentuk kerjaya atau perniagaan yang boleh di jalankan di rumah, jangan hadkan erti perniagaan kepada runcit dan kedai makan saja. Kos hidup yang semakin meningkat di bandar-bandar juga akan dengan sendirinya mendorong masyarakat untuk berfikir dan bertindak menambahkan pendapatan.