Rasional Perniagaan Network Marketing Menjadi Pilihan :

  1. Menawarkan penggunaan produk berkualiti secara bijak dan lebih ekonomik.

  2. Menyediakan peluang niaga kepada ahli yang berminat untuk menjana pendapatan.

  3. Potensi pendapatan tanpa had, berterusan & boleh waris.

  4. Modal kecil, rendah risiko dengan pulangan yang lumayan.

  5. Pendapatan di perolehi dari hasil jualan / belian peribadi serta rangkaian organisasi ( team work ).

  6. Mudah & bebas untuk di kendalikan.

  7. Mendapat bimbingan & tunjuk-ajar dari rakaniaga ( upline ) serta pihak syarikat

  8. Perniagaan sampingan yang ideal - tanpa menganggu kerja yang sedia ada

  9. Pelaburan bijak untuk jangka panjang.

  10. Membentuk jati diri usahawan - bertolong bantu sesama ahli & pelanggan.

  11. Terbukti berjaya & efisen dalam melahirkan usahawan bertaraf jutawan.

  12. Potensi pasaran / prospek yang luas - dalam & luar negara.

Asas kejayaan perniagaan MLM / Network Marketing ialah pengkongsian maklumat serta penggunaan produk, pembinaan rangkaian niaga yang stabil & istiqamah dalam usaha.

Mereka yang berjaya dalam perniagaan ini ialah juga orang biasa seperti anda. Ada yang melakukannya sepenuh masa dan ada yang melakukannya secara sambilan. Mereka berjaya kerana mereka melakukannya dan meneruskannya. Sebagai orang Islam, kita mestilah tawakkal & berdoa.

Alasan yang biasa di beri oleh mereka yang tidak mahu melibatkan diri dengan perniagaan ini :

1. Tidak ada masa ( terlalu sibuk ) :

Satu alasan yang sangat popular dan sering kedengaran. Biasanya orang akan ada masa untuk buat apa yang dia suka. Sebab itu orang yang suka melepak punya banyak masa untuk melepak. Orang yang berjaya ialah orang yang tahu menggunakan masa dengan baik. Tidak semestinya anda perlu bekerja 24 jam untuk jadi kaya, apa yang penting ialah bagaimana anda dapat melakukan sesuatu yang produktif walaupun dalam masa seketika sahaja.


2. Hanya kayakan upline :

Sistem Network Marketing yang sebenar memberi peluang serta ruang kepada kita untuk sama-sama berjaya serta membenarkan kita memperolehi pendapatan yang lebih daripada upline. Bergantung kepada usaha kita sendiri. Perniagaan Network Marketing adalah perniagaan peribadi. Kita berniaga bukan untuk upline kita. Jika kita bekerja dengan bersungguh-sungguh, kita yang akan merasai hasilnya, bukannya upline kita.

Satu perkara pasti yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya atau tidak memperolehi apa-apa pendapatan dalam perniagaan  ini ialah apabila mereka mempersia-siakan peluang yang ada atau sememangnya tidak berminat untuk melakukannya. Dalam perniagaan ini tiada apa yang hendak kita rugikan melainkan peluang yang terlepas atau terbiar begitu saja.