Lebihkan Pendapatan Anda

Pada masa sekarang ini, timbulnya masalah perbelanjaan melebihi pendapatan bulanan adalah berpunca dari perkara yang perlu dibeli dengan wang dan pendapatan bulanan tidak cukup untuk menampungnya.

Fenomena ini berlaku terutamanya di bandar-bandar besar. walaupun kos untuk membeli makanan asas masih boleh , berbagai perbelanjaan lain perlu di libatkan seperti membayar tol, sewa rumah yang mahal,bayaran letak kereta, bil air-letrik, downpayment kenderaan dan sebagainya lagi. 

 

Pada asasnya, jika anda tinggal di bandar, pendapatan yang kurang dari RM1000 besar kemungkinannya akan meyebabkan anda terlebih belanja. Pada masa sekarang ini bagi keluarga yang mana suami isteri bekerja, perbelanjaan bulanan RM2,500 di anggap biasa saja.

Perubahan dan kemajuan dunia dengan sendirinya menyebabkan kos hidup bertambah tinggi dari hari ke sehari. Ini tidak dapat di elakkan. Malah membuat keputusan mengurangkan perbelanjaan juga sukar dilakukan terutamanya jika perbelanjaan itu merupakan perbelanjaan yang tidak boleh tidak mesti di libatkan. Jalan yang paling baik ialah BIJAK BEKERJA bagi menambahkan pendapatan.

BIJAK BEKERJA berbeza dengan rajin bekerja.Jika anda rajin bekerja anda mungkin dapat bonus 3 bulan dalam setahun tetapi jika anda BIJAK BEKERJA anda boleh dapat bonus setiap bulan.

BEKERJA BIJAK boleh di lakukan dengan banyak cara, contohnya melakukan 2 kerja. Kerja yang ke 2 itu anda pilih sendiri dari kerja yang anda suka, dengan itu anda tidak akan merasa penat malah gembira melakukannya. Dari pengalaman saya sendiri, rakan-rakan serta lain-lain sumber, di dapati bahawa kerja ke 2 itu mampu menjana pendapatan berlipat ganda berbanding kerja pertama dan masa yang di peruntukkan untuk kerja ke 2 tidaklah sepanjang masa.

Kesimpulannya, jika anda anda tidak mahu terlebih belanja, maka lebihkan pendapatan anda. Tindakan ini lebih baik dari berusaha mengurangkan perbelanjaan semata-mata kerana perbelanjaan yang kurang pun akan meningkat dari masa ke semasa....