Rangkaian Produk Pemakanan Kesihatan Tempatan - Di Jamin Berkualiti, Berkhasiat, Halal dan Ekonomik. Peluang niaga sambilan/sepenuh masa. HUBUNGI SEGERA : 019-9336315 ( Ahmad Fares ) ...

 

Profail Syarikat

" Ekonomi fardhu kifayah adalah ekonomi bertujuan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah agar dengan itu umat Islam mendapat keperluan yang dijamin halal dan suci di sisi Islam serta terselamat dari dosa......"

- Prof. of Development Studies & Head of Islamic Management Project, USM :
Prof. Muhammad Syukri Salleh

" Usahawan-usahawan bumiputera patut mewujudkan satu rangkaian ekonomi untuk memantapkan peranan mereka dalam era globalisasi dan liberalisasi ekonomi......."

- Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia : Datuk Seri Abdul Rahman Maidin

" Sureco mempunyai kekuatan istimewa kerana ia diasaskan oleh usahawan bumiputera selain memiliki teknik penanaman cendawan dan mengkudu yang menjadi asas bahan mentah untuk mengeluarkan produknya. Selain ladang, ia juga mempunyai kilang dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan rangkaian pengedar yang luas..."

- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pertanian :
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

- sila klik galeri berita & artikel -

NAMA 
E-MAIL
NO. TEL
NEGARI
NEGARA

Berminat dengan produk & program niaga

Saya hanya berminat dengan produknya sahaja
MAKLUM BALAS

@ Hakcipta Terpelihara
E-Sureco Network 2004

 

 

 

 

 

Sure Return Corporation (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat korporat sendirian berhad pada 15hb. Januari 1999 di bawah Akta Syarikat di  Malaysia : 475749-W. Berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna : AJL 931308. Lesen Jualan Langsung di sambung sehingga 15hb. Januari 2009 ( 5 tahun ). Merupakan sebuah syarikat Bumiputra 100% dengan modal berbayar sebanyak RM251,000 dan modal dibenar berjumlah RM500,000.

Di tunjangi oleh pengasas-pengasas yang berpengalaman, berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu untuk membentuk sebuah pengurusan korporat (corporate governance) yang mantap bagi mencapai matlamat dan wawasan syarikat, terdiri daripada : Hj. Rashid Abdullah, Dr. Zainol Anuar, Hj. Shaharudin Hj. Nordin, En. Mohammad Rozi dan Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin. Syarikat mempunyai pejabat urusan, pusat pameran serta pengedaran yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Manakala kilangnya bertapak di Teluk Intan, Perak. Memiliki tanah peladangan yang beratus ekar di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Dan kini menjadi projek angkat Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna kerana semua produk di hasilkan sendiri termasuk bahan mentah yang ditanam sendiri.

Dari atas sebelah kiri :

1) Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin 
2) En. Mohd. Jelani Bahaudin,
P.M.P 
3) Hj.Mohammad Rozi Hj. Harun 
4) Encik Jalil Hj. Yunus 

Bawah sebelah kiri :

5) Hj. Rasyid Abdullah 
6) Hj. Shaharudin Hj. Nordin,
A.M.S, P.P.N, P.J.K
7) Dr. Zainol Anuar Mohd. Sharif,
Phd.

Pengerusi Eksekutif : Hj. Shaharudin Hj. Nordin, A.M.S, P.P.N, P.J.K
Pengarah Urusan : Hj. Rasyid Abdullah
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat & EDP : Dr. Zainol Anuar Mohd. Sharif, Phd.
Pengarah Eksekutif R&D / Rawatan Alternatif  : Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin
Pengarah Eksekutif Perladangan : En. Mohd. Jelani Bahaudin, P.M.P
Pengarah Eksekutif Pengeluaran & Logistik : Hj.Mohammad Rozi Hj. Harun
Pengarah & Pengurus Penternakan Spirulina : Encik Jalil Hj. Yunus

Alamat Pejabat

No. 8-2, Jalan 4/27F, Off Jalan Genting Kelang
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel:03-41495992 ,41438221    Faks:03-41496021,41438226

Aktiviti utama SURECO adalah sebagai pengeluar produk-produk yang berasaskan mengkudu (Morinda Citrifolia) dan cendawan merah (Ganoderma) yang memenuhi citarasa dan selera manusia dialaf baru ini. Syarikat ini mempunyai teknologi yang tersendiri dalam bidang penanaman, pemprosesan dan pemasaran. Disamping itu, SURECO berdaftar sebagai ahli Dewan Usahawan Industri Desa serta mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan lain-lain Agensi Kerajaan dalam berbagai-bagai projek yang berpotensi.

Kini, SURECO dengan kepastian dan keyakinan yang jitu mengorak langkah ke dunia industri MLM, membuka peluang kepada semua pihak untuk bersama bagi mencapai kesejahteraan hidup.

MATLAMAT SYARIKAT

  • Membantu ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dari segi fisikal, mental dan rohani melalui pengamalan makanan kesihatan yang berasaskan herba-herba tempatan.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia (tempatan).
  • Mengeluar dan memasarkan produk berasaskan bahan mentah dan barangan tempatan sepenuhnya (100%) selaras dengan seruan Kerajaan untuk membeli dan menggunakan barangan tempatan. Dengan ini dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara.
  • Mengeksport barangan tempatan ke pasaran antarabangsa demi ekonomi dan imej negara Malaysia selaras dengan seruan Kerajaan ke arah perlaksanaan konsep globalisasi.
Profail | Produk | Program Niaga | Penyertaan | Testimonial