3.75% Kereta Pembiayaan semula
[e-bike][ISO9001][Price][Global Offices][Enquiry & Contact us]

Language : | French | German | Spanish | Mandarin | Italy | English | Arabic |

[RM100,000 Government Servant Loan][13.7% Bank Fixed Deposit][House Re-finance][Credit Card]

Pembiayaan Semula Kereta dan Wang tunai tersedia

3.75% selama 9 tahun

Tanpa Penjamin, tiada liabiliti tambahan dengan pinjaman rasmi


Skim Pembiayaan Semula Kereta e-tunai membolehkan anda melakukan penjadualan semula ke atas komitmen ansuran tetap bulanan yang sedia ada untuk kereta anda. Dengan ini, anda juga akan menikmati aliran tunai janga panjang yang lebih baik.

Anda boleh memanfaatkan kadar untung semasanya yang rendah dan tempoh lebih lama untuk bayaran balik bulanan yang lebih rendah. Anda juga akan mendapat margin pembiayaan semula yang lebih tinggi, sambil mengekalkan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) insurans anda dan milikan kenderaan anda.

Direka untuk mematuhi peruntukan Akta Sewa Beli 1967, ia juga membolehkan anda mendapat ketenangan fikiran.

Apakah manfaatnya untuk saya?

  1. Aliran tunai yang lebih mudah - bayaran balik pinjaman bulanan lebih rendah
  2. Wang tunai serta-merta
  3. Tiada liabiliti tambahan
  4. Mengekalkan milikan - nama anda dikekalkan pada kad pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  5. NCD insurans dikekalkan
  6. Peluang untuk beralih kepada kadar keuntungan lebih rendah
  7. Satu tawaran alternatif untuk pakej semula pinjaman anda yang sedia ada kepada pembiayaan yang berlandaskan prinsip Islam
Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Milikan ditukarkan dari pelanggan sewa beli semasa (individu atau syarikat) kepada e-tunai dan kemudian, kembali kepada nama pelanggan sewa beli melalui satu proses pertukaran berganda dengan JPJ. Oleh yang demikian, yuran pertukaran akan dicajkan sebanyak dua kali.
Penerangan Bercontoh

Urus Niaga Sewa Beli Biasa:
Pelanggan A --> e-tunai --> Pelanggan B

Sekim Pembiayaan Semula Auto e-tunai:
Pelanggan A --> e-car --> e-tunai --> Pelanggan A

Insurans mesti tidak kurang daripada 1 tahun, dengan semua kenderaan diinsuranskan dengan insurans komprehensif. Sebagai satu perkhidmatan nilai tambahan, kami menyediakan perkindugan Insurans Kenderaan yang cepat di bawah e-tunai.

Yuran Pentadbiran dengan julat dari RM850 hingga RM1,550 atau kadar sama rata 1 % daripada amaun pinjaman.

Cukai Jalan boleh:-

  1. Diperbaharui atas permintaan pelanggan
  2. Dipotong dari Hasil Jualan Bersih
Pembayaran baki pinjaman belum dijelaskan dengan mana-mana pembiaya atau organisasi lain akan dilakukan oleh e-tunai.

Masa Pemprosesan adalah berbeza-besa. Pembayaran penuh akan mengambil masa 2 minggu untuk kenderaan yang tiada bebanan dan 3 minggu untuk kereta di bawah pinjaman lain.

Prosedur

Permohonan Pinjaman "Care Memohon" -
Setelah keputusan diambil e-tunai akan menghubungi anda untuk mengatur pelaksanaan pinjaman dan pemeriksaan kenderaan.
Menandatangani dokumen pinjaman & Pemerksaan kenderaan Pelaksanaan pinjaman:
Anda mesti hadir dengan membawa semua dokumen asal.

Perlindungan insurans:
Jika anda sendiri yang menguruskan insurans, sijil yang telah diendorskan dan lanjutan perlindungan insurans mesti disertakan.

Pembayaran penuh dengan Syarikat Kewangan lain:
Jika masih terdapat mana-mana baki yang belum dijelaskan ke atas kenderaan anda, anda dikehendaki untuk menyediakan 1 salinan amaun pembayaran penuh, yang mana adalah sah untuk sekurang-kurangnya 14 hari.

Pembayaran pinjaman
(untuk kenderaan masih dengan pinjaman lain)
e-tunai akan membayar penuh ke atas pinjaman yang sedia ada, setelah pendokumenan dan pemeriksaan siap dilaksanakan.
Pertukaran kepada JPJ Setelah memperoleh surat pelepasan, e-tunai akan mengemukakan semua dokumen pertukaran kepada JPJ untuk 1 pertukaran berganda.
Wang tunai untuk anda Setelah pertukaran siap dilaksanakan, e-tunai akan mengembalikan baki wang kepada anda
Ansuran bulanan/
pembaharuan cukai jalan
dan insurans
Para pelanggan boleh melakukan semua ini di Internet http://www.oocities.com/etunai/ecar.htm
Selesai -

Syarat dan Peraturan

Margin & tempoh pembiayaan Sepertimana garis panduan standard Sewa Beli e-tunai.
Kadar faedah Julat dari 3.75% hingga 5%
Usia kenderaan yang layak untuk pembiayaan semula Sehingga usia 13 tahun
Kelayakan untuk pelanggan sewa beli Individu atau syarikat yang tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan kerana hutang yang belum dibayar.

Warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun. Seorang penjamin adalah diperlukan untuk pemohon yang terdiri daripada warga asing atau pemohon yang berumur lebih daripada 55 tahun. Badan-badan korporat mesti ditubuhkan di Malaysia.

Untuk pemohon individu, bayaran balik bulanan mesti tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar beliau (seperti yang dibuktikan dengan bukti pendapatan). Pemohon korporat mesti menjalankanperniagaan yang sah dan bukannya palsu, dengan mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk memenuhi liabiliti semasa.

Yuran dan Caj

Amaun pinjaman (RM) Yuran pentadbiran
20,000 dan ke bawah RM850
21,000 dan ke atas Antara RM950 hingga RM1,550 atau 1% daripada amaun pinjaman, yang mana lebih tinggi

Yuran pertukaran RM
Tempatan 400
Tempat lain 450
Pembiayaan semula dengan pembiaya terkemuka
e-tunai adalah ahli Bank Negara Malaysia dan pembiaya pinjaman semula kereta yang terkemuka di Malaysia. Dan apa yang lebih baik ialah e-tunai memberi kadar paling kompetitif kepada anda, dengan kos penutup yang serendah mungkin, serta syarat dan peraturan sewa beli yang menarik.

Cara Memohon?
Pilihan 1 Telefon / e mel 0128328587 0128282799
Pilihan 2 Faks dan e mel 088.237358 print89@yahoo.com
Nama, telefon, amaun pinjaman diperlukan, Pembiaya sekarang, Amaun pembayaran
Pilihan 3 SMS 0128328587 0128282799

Soalan-soalan Sering Ditanya

Bagaimanakah Skim Pembiayaan Semula Kereta berfungsi?
e-tunai akan membeli kenderaan anda daripada anda. Anda kemudiannya akan melantik e-tunai untuk mengatur 1 kemudahan pembiayaan sewa beli baru bagi pihak anda, dengan tujuan untuk menyewa beli kembali kenderaan tersebut. E-tunai seterusnyaakan menjual kenderaan tersebut kepada e-tunai, yang mana akan menyewa beli kenderaan tersebut kepada anda untuk 1 tempoh masa. Perjanjian sewa beli ini akan merangkumi 1 pilihan untuk anda membeli kenderaan tersebut di penghujung tempoh sewa beli berkenaan.

Apakah manfaatnya?
Skim ini membolehkan anda melakukan penjadualan semula ke atas komitmen kewangan anda yang sedia ada. Anda boleh memilih untuk memanjangkan tempoh pinjaman sewa beli anda yang sedia ada sehingga maksimum 108 bulan. Ini bermakna, bayaran balik pinjaman anda adalah dikurangkan dan anda akan mempunyai aliran tunai tambahan, yang mana boleh diguankan untuk mengurus perbelanjaan anda. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan wang tunai daripada kenderaan anda dengan memohon untuk pembiayaan maksimum yang boleh dibenarkan ( cth. 90% daripada harga jualan), setelah menjualkan kereta anda kepada e-tunai.

Adakah e-tunai membiayai semula barangan konsumer?
Tidak. Kami hanya membiayai semula kenderaan bermotor sahaja, dan bukannya barangan konsumer seperti unit penyaman udara atau mesin jahit.

Adakah e-tunai membiayaisemula lori, bas, peralatan dan jentera berat?
Skim ini belum lagi diperluaskan untuk merangkumi pembiayaan semula kenderaan / jentera tersebut.

Bolehkah saya memohon jika kereta saya sedang dibiayai oleh syarikat lain?
Tentu sekali boleh. Apabila kami bersetuju untuk membeli kereta anda dan e-tunai bersetuju untuk memberi 1 pinjaman sewa beli lagi pembiayaan semula kereta anda, kami akan membuat pembayaran penuh ke atas pinjaman sewa beli anda yang sedia ada dan melaksanakan semua urus niaga pertukaran yang perlu di JPJ.

Kereta untuk kegunaan seisi keluarga saya telah didaftarkan atas nama isteri saya. Jadi, bolehkah saya mendapatkan pembiayaan semula bagi kereta tersebut atas nama saya?
Tidak. Kami hanya akan melakukan pembiayaan semula kereta yang didaftarkan atas nama pemilik semasa, yang mana dalam hal ini adalah isteri anda.

Adakah lebih baik untuk melakukan pembiayaan semula kereta saya dengan menjualkannya kepada pihak ketiga?
Di sebalik pendapat umum, ini bukanlah 1 cara yang baik untuk melakukan pembiayaan semula kereta anda. Dengan menjualkannya kepada pihak ketiga dan terus menggunakan kereta tersebut, anda mungkin mengenepikan keperluan mengikut undang-undang di bawah Akta Sewa Beli 1967, yang mana memerlukan anda untuk memaklumkan syarikat kewangan anda mengenai tempat di mana kereta tersebut diletakkan. Walaupun anda terus menggunakannya, kereta tersebut bukan lagi sah milik anda. Adakah anda sanggup menanggung risiko seperti ini?

Saya pernah terdengar bahawa pakej pembiayaan semula adalah menyalahi undang-undang. Jadi, mungkinkah saya akan menghadapi sebarang masalah?
Kami telah mendapatkan nasihat guaman yang menyakinkan semasa peringkat perancangan Skim ini. Dengan berkongsi kepakaran dan pengalaman bersama, kami telah berjaya merangka 1 pakej pembiayaan semula kereta yang mematuhi peruntukan dalam Akta Sewa Beli 1967 dan menepati keperluan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Bolehkah syarikat saya mendapatkan pembiayaan semula untuk keretanya?
Sudah pasti boleh! Kami sentiasa gembira membantu syarikat anda untuk melakukan penjadualan semula komitmennya dan memperbaiki pengurusan aliran tunainya.

Mengapakah memilih pembiayaan semula dengan e-tunai, bukan dengan syarikat lain?
Ini adalah keran kami di sokong oleh e-tunai - ahli Bank Negara Malaysia, pembiaya sewa beli kereta No. 1 di Malaysia.

Bagaimanakah kosnya?
Kami akan mengenakan satu yuran pengendalian untuk membeli kereta daripada pelanggan. Ini adalah berbeza-beza mengikut amaun pinjaman pembiayaan semula yang dimohon oleh seseorang pelanggan. Julat caj pengendalian tersebut adalah dari RM850 untuk pinjaman di bawah RM20,000 hingga RM1,500 atau satu kadar sama rata sebanyak 1%, bergantung kepada amaun pinjaman. Pelanggan juga perlu membayar satu yuran sebanyak lebih kurang RM400 untuk pendaftaran dan pertukaran milikan di JPJ. Kesemua caj ini akan dipotong daripada baki perlu dibayar kepada anda, hasil daripada jualan kereta anda kepada e-tunai .

Saya tinggal di luar Lembah Kelang. Bolehkah saya memohon untuk pakej pembiayaan semula daripada e-tunai ?
Kami juga menyediakan pakej pembiayaan semula kepada mereka yang tinggal di luar Lembah Kelang. Dan dalam masa terdekat ini, kami akan membuka lebih banyak cawangan di lokasi-lokasi yang strategik di Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

Margin Pembiayaan

Bolehkah saya mendapat pembiayaan semula dengan 100% nilai pasaran?
Kami terikat dengan peruntukan Akta Sewa Beli 1965, yang mana telah menetapkan bahawa pembiayaan sewa beli hanya boleh memberi pembiayaan semula maksimum sebanyak 90% daripada nilai pasaran.

Bagaimanakah saya dapat pastikan yang nilai pasaran yang anda sebutkan adalah wajar?
Nilai pasaran yang disebut loeh kami adalah berdasarkan pada Garis Panduan Jawatankuasa Penentuan Harga Dalaman kami, satu ikhtisar nilai pasaran purata yang komprehensif bagi hampir semua jenis kereta di atas jalan raya pada hari ini. Harga yang digunakan adalah berdasarkan cadangan yang dilakukan oleh pakar-pakar penilaian kenderaan kami, yang mana mereka sering menganalisis pasaran kereta terpakai semasa. Anda boleh menyemak harga di pasaran untuk melihat ketepatan penilaian kami. Memandangkan kami menilainya melalui proses yang sungguh teliti, ia sering diterima sebagai rujukan untuk penentuan harga di pasaran.

Tempoh Pemegangan

Selama manakah tempoh pemegangan minimum untuk pembiayaan semula kereta saya?
24 bulan

Selama manakah pula tempoh pemegangan maksimum?
108 bulan, bergantung kepada pengeluar, model dan usia kereta berkenaan.

Kadar

Berapakah kadar keuntungan pembiayaan semula ini?
Bergantung kepada pengeluar, model dan usia kereta berkenaan, kami boleh menawarkan kadar serendah 3.75% kepada pelanggan kami.

Adakah kadar ini boleh dirundingkan?
Ya. Kami akan mengambil kira rekod kredit setiap pelanggan kami sebelum menawarkan kadar yang sebaik mungkin.

Kelayakan

Siapakah yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 55 tahun atau syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, yang tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan kerana hutang yang belum dibayar.

Bolehkah rakyat asing memohon?
Boleh, dengan syarat seorang rakyat Malaysia menjadi penjamin bagi pembiayaan semula yang dimohon oleh beliau.

Penjamin

Adakah penjamin diperlukan?
Seorang oenjamin adalah diperlukan dalam keadaan seperti berikut.
Jika peminjam adalah:
Seorang individu
- Yang berpendapatan kurang daripada 1/3 darripada kriteria pendapatan
- Yang berumur melebihi 55 tahun
- Yang mana penilaian kredit menunjukkanbahaawa seorang penjamin diperlukan untuk mengesahkan permohonan beliau.

Seorang rakyat asing - Penjamin mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia
Sebuah syarikat - Seorang pengarah boleh menjadi penjamin.

Pendokumenan

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan daripada seorang individu?
  1. Salinan fotostat K/P dan lesen memandu anda ( kedua-dua belah)
  2. Dokumen sokongan pendapatan
  3. Bil utiliti seperti bil eletrik atau bil air
  4. Salinan kad pendaftaran ( untuk pembiayaan semula kereta terpakai sahaja)
  5. Slip bayaran balik ( jika ada )
  6. Dokumen sokongan oleh penjamin / penjamin-penjamin yang layak ( diperlukan jika pemohon tidak menepati tahap kredit )
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pemohonan daripada sebuah syarikat?
  1. Salinan pendaftaran perniagaan
  2. Borang B ( untuk syarikat keempunyaan tunggal sahaja )
  3. Borang D ( untuk syarikat perkongsian sahaja )
  4. Borang 24, 44, 49 dan M&A ( untuk syarikat sendirian berhad )
  5. Penyata kewangan / akaun teraudit untuk syarikat sendirian berhad.
  6. Penyata bank untuk 3 bulan terakhir.
  7. Slip Bayaran Balik ( jika ada )
  8. Dokumen sokongan oleh penjamin / penjamin-penjamin yang layak ( sekurang kurangnya seorang penjamin mesti terdiri daripada pengarah syarikat berkenaan dan warganegara Malaysia )
Apakah dokumen yang diperlukan daripada penjamin untuk permohonan ini?
  1. Salinan K/P dan lesen memandu
  2. Slip gaji untuk 3 bulan terakhir
  3. Borang J dan Borang EA
  4. Salinan penyata bank dan buku simpanan

Kelulusan & Pembayaran

Secepat manakah permohonan pinjaman saya akan diluluskan?
Dalam masa 1 minggu selepas kami menerima borang permohonan anda yang telah dilengkapkan dan semua borang dokumen anda yang diperlukan, serta selepas pemeriksaan kredit yang perlu, dilakukan.

Secepat manakah pinjaman tersebut akan dibayar kepada saya?
Hasil jualan bersih akan dibayar kepada anda sebaik sahaja pertukaran milikan dan endorsan tuntutan milikan e-tunai di JPJ telah dilakukan. Ini mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 minggu.

Insurans

Bolehkah e-tunai mengatur perlindungan insurans motor yang perlu?
Jika anda tidak mempunyai wakil insurans sendiri, kami boleh mengatur insurans motor untuk anda, yang mana akan dilindungi oleh e-tunai, bagi tujuan pakej pembiayaan semula.

Pembiayaan Semula Kereta
P.O.Box : 13257, 88836 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Pejabat : Likas Square, KK Plaza, Bandaran Berjaya, Damai Plaza
Email : print89@yahoo.com
Handphone : +6.0128282799 / +6.0128328587

[e-bike][ISO9001][Price][Global Offices][Enquiry & Contact us]

[RM100,000 Government Servant Loan][13.7% Bank Fixed Deposit][House Re-finance][Credit Card]

Launched on 1998 & updated on July 2005
1