| Hakcipta EX Team Group Cakoi |
| EKSPEDISI KE BUKIT TABOH (PERMATANG GENTING KLANG) |
| Pada 2 Feb 2002 group exteam telah mendaki Bukit Taboh di Ulu Klang. Ia berdekatan dengan empangan klang gate. Kami mula bergerak dari Taman Melati ke bukit taboh pada pukul 4.30 ptg dan kami memulakan pendakian pada pukul 5.30 ptg.(Gambar ini dirakam semasa kami berehat pada pertengahan pendakian) |
| Kami terpaksa melalui pendakian yang sukar. Kami terpaksa menggunakan tali yang telah disediakan oleh pendaki yang telah disediakan. (Gambar ini dirakam semasa kami hendak turun dgn menggunakan tali) |
| Wan menaiki bukit batu di Bukit Taboh. |
| Kami sampai dipuncak Bukit Taboh pada pukul 6.45 ptg.Kami berehat sambil melihat pemandangan Kuala lumpur. Ketua ekspedisi kami iaitu saudara Arie Penaga telah memasak makanan kegemaran ramai iatu maggi ayam untuk makan malam. (Gambar ini dirakam semasa kami mendirikan khemah) |
| Kami dapat melihat Menara Kuala Lumpur dan KLCC dengan jelas dan sebahagian kawasan Ulu Klang Pada waktu malam. |
| Pemandangan Kuala Lumpur dari Bukit Taboh.(Permatang Genting Klang) |
| Pemandangan sebahgian SMT Gombak, British Malaysian Institute dan UIA dari Bukit Taboh.(Permatang Genting Klang) |
| Pemandangan pada waktu malam Universiti Islam Antarabangsa dari Bukit Taboh.(Permatang Genting Klang) |
| Pemandangan pada Universiti Islam Antarabangsa dari Bukit Taboh.(Permatang Genting Klang) |